• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dipercayai Duit Pengundi, Tindakan Wanita Keluar Duit Sampul Di Kedai Emas Buat Netizen Curiga

Oleh
ILB - AI
23 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Pengundi dapat duit tuntutan perjalanan selepas mengundi tetapi ada juga yang tidak mendapat sesen pun duit tuntutan

Dipercayai Duit Pengundi, Tindakan Wanita Keluar Duit Sampul Di Kedai Emas Buat Netizen Curiga. Rasanya bukan perkara baru jika segelintir pengundi di sesetengah kawasan mendapat wang tuntutan perjalanan selepas mereka telah melakukan tanggungjawab mereka untuk mengundi calon wakil rakyat di kawasan mereka.

Namun, tidak sikit juga daripada mereka yang tidak mendapat sesen pun tuntutan. Hal ini dipercayai mungkin berlakunya sikap tidak amanah sesetengah individu yang menguruskan tuntutan tersebut.

Dipercayai Duit Pengundi, Tindakan Wanita Keluar Duit Sampul Di Kedai Emas Buat Netizen Curiga
Dipercayai Duit Pengundi, Tindakan Wanita Keluar Duit Sampul Di Kedai Emas Buat Netizen Curiga. Sumber gambar: Harakahdaily

Tular video tindakan wanita keluarkan duit daripada sampul di hadapan 2 jurujual kedai emas di Sabah

Salah satu video telah tular di media sosial apabila dikatakan tindakan yang ada di dalam video tersebut berkait rapat dengan isu wang tuntutan untuk pengundi yang mengundi.

Dalam video tersebut dapat disaksikan gelagat seorang wanita yang tengah sibuk mengeluarkan duit daripada sampul dalam kuantiti yang banyak di hadapan 2 orang jurujual di kedai emas. Difahamkan kejadian ini berlaku di Sabah.

Dipercayai Duit Pengundi, Tindakan Wanita Keluar Duit Sampul Di Kedai Emas Buat Netizen Curiga
Dipercayai Duit Pengundi, Tindakan Wanita Keluar Duit Sampul Di Kedai Emas Buat Netizen Curiga. Sumber gambar: TikTok @hayatinmalik

Netizen curiga dengan tindakan tersebut dan mereka yakin itu adalah duit tuntutan untuk pengundi yang tidak dapat dituntut oleh mereka sendiri

Tindakan tersebut dicurigai oleh netizen dan mereka mula bengang di ruangan komen dengan tindakan wanita itu kerana mereka yakin bahawa duit tersebut adalah duit tuntutan untuk pengundi di hari pilihanraya beberapa hari yang lalu.

Dipercayai Duit Pengundi, Tindakan Wanita Keluar Duit Sampul Di Kedai Emas Buat Netizen Curiga
Dipercayai Duit Pengundi, Tindakan Wanita Keluar Duit Sampul Di Kedai Emas Buat Netizen Curiga. Sumber gambar: TikTok @hayatinmalik

Bahkan, melihat duit satu per satu dikeluarkan daripada sampul yang memiliki warna yang sama dalam kuantiti yang banyak juga makin meyakinkan netizen bahawa duit tersebut adalah duit rakyat yang mengundi yang diamanahkan kepada seseorang individu tetapi tidak dapat dituntut oleh mereka.

Walaupun belum dapat dipastikan kesahihannya, diharap pihak tersebut dapat menjelaskan hal yang sebenar supaya tidak mendatangkan mudarat di kemudian hari.

SUMBER :HarakahdailyTikTok @hayatinmalik
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sifood Abi Umi D'Cove, Nikmati Makanan Anda Sambil Santai Di Tepi Pantai Sifood Abi Umi D’Cove, Nikmati Makanan Anda Sambil Santai Di Tepi Pantai
Next Article Tarikan Seni Di Saradise, Galeri Saradise Yang Harus Anda Kunjungi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?