Restoran ini terletak di Lance Court Pasir Panjang, Kuching
Sifood Abi Umi D’Cove, Nikmati Makanan Anda Sambil Santai Di Tepi Pantai. Sekiranya anda sekeluarga sedang mencari port baru untuk bersantai sambil menikmati makanan anda, anda boleh cuba ke Restoran Sifood Abi Umi D’Cove, Kuching!
Terletak di Lance Court Pasir Panjang, restoran ini menawarkan pelbagai makanan menarik serta pemandangan pantai yang indah!
Santai di tepi pantai, gitu~
Tarikan utama restoran ini ialah pemandangan pantai yang mengelilingi restoran ini. Restoran ini menawarkan pengalaman outdoor kepada pelanggan mereka, membolehkan pelanggan menikmati pemandangan indah laut di depan mereka!
Semestinya, makanan yang ditawarkan sama menarik! Antara makanan terbaik yang dihidangkan adalah mi tomato sotong besar, dan ia difahamkan bahawa hidangan laut mereka dibuat daripada hasil tangkapan segar!
Jika anda hanya nak menikmati makanan ringan, restoran ini juga menawarkan hidangan ringan seperti ABC dan rojak.
Bagi kaki karaoke pula, anda boleh memuaskan keinginan karaoke anda di sini kerana restoran ini turut menyediakan perkhidmatan karaoke juga! Ni memang semua ada lah! 😍
Sekiranya anda berminat untuk pergi ke sini, anda hanya perlu cari ‘Lance Court Pasir Panjang’ di Google Maps – anda akan lihat sebuah gerai di tepi pantai tersebut.
