I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Dipercayai Golongan Peneroka Pertama Buka Aktiviti Pertanian, Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dipercayai Golongan Peneroka Pertama Buka Aktiviti Pertanian, Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu

Oleh iloveborneo 28 Mei 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Dipercayai Golongan Peneroka Pertama Buka Aktiviti Pertanian, Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu

Masyarakat Foochow merupakan golongan peneroka yang pertama membuka akitiviti pertanian di bandar Sibu

Dipercayai Golongan Peneroka Pertama Buka Aktiviti Pertanian, Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu. Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menurut Sarawak Gazette, Sibu merupakan bandar yang utama di sepanjang Sungai Rejang.

Pada masa itu, Sibu hanya merupakan sebuah kampung Melayu yang kecil di mana rumah mereka diperbuat daripada rumah kayu dan tidak jauh dari situ terdapat pasar orang cina. Di sana kira-kira terdapatnya 60 buah kedai. Di sebelah sungai juga terdapat sebuah masjid. Berikut adalah petikan yang diambil suratkhabar tersebut.

Dipercayai Golongan Peneroka Pertama Buka Aktiviti Pertanian, Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu
Dipercayai Golongan Peneroka Pertama Buka Aktiviti Pertanian, Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu

Bandar Sibu juga berperanan sebagai pusat perniagaan, perdagangan, dan pengeluar kayu balak yang utama

Pada 1 June 1841, Raja Putih, Charles Brooke menjadikan Sibu sebagai division ketiga. Nama Sibu adalah diambil oleh sejenis rambutan yang dipanggil “Buah Sibau” dalam bahasa Iban. ‘Sibau’ ialah buah-buahan kegemaran orang Iban yang mirip kepada rambutan dan banyak terdapat di Sibu. (See Hua Daily New, 3.5.1993 )

Sebelum tahun 2000 bandar Sibu masih menjadi bandar kedua besar di Sarawak. Kini Sibu menjadi menjadi bandar yang ketiga besar di Sarawak selepas bandar Kuching dan Miri (Miri menjadi bandaraya pada 20 May 2005). Suatu ketika dulu ia menjadi pusat pentadbiran Bahagian Sibu yang terdiri daripada Daerah Sibu, Daerah Oya, Dalat, Ballingan, dan Daerah Kanowit.

Dipercayai Golongan Peneroka Pertama Buka Aktiviti Pertanian, Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu

Selain itu, bandar Sibu juga berperanan sebagai pusat perniagaan, perdagangan, dan pengeluar kayu balak yang utama. Oleh itu, boleh dikatakan bandar Sibu ialah bandar utama di lembangan sungai Rajang yang merangkumi bahagian Sibu, Sarikei, Kapit, dan sebahagian timur laut Sri Aman. Semua bandar-bandar ini menjalingkan hubungan yang rapat dengan bandar Sibu.

Jika Kuching merupakan pintu masuk utama di bahagian selatan Sarawak, maka Sibu pula adalah merupakan pintu masuk utama di kawasan tengah Sarawak.

Dipercayai Golongan Peneroka Pertama Buka Aktiviti Pertanian, Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu
Dipercayai Golongan Peneroka Pertama Buka Aktiviti Pertanian, Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu

Sibu dipilih sebagai tanah baru untuk dijadikan tapak penempatan baharu.

Pada tahun 1901, sebuah rombongan orang cina yang berdialek “foochows” di bawah pimpinan oleh Mr. Wong Nai Siong bertapak di Sibu. Mr. Wong merupakan seorang ahli dalam persatuan pembangkang “Ming Ching”. Terdapat dua faktor utama beliau datang ke Sibu dan membuka tanah di sini.

(a) Larikan diri daripada pemeritahan dinasti Ching yang bersifat keganasan dan keadaan huru hara di negara China.

(b) Mencari tapak atau tempat baru untuk dijadikan kawasan penempatan baru.

Sebelum Wong sampai ke Sibu, beliau juga pernah mengunjungi ke Semenanjung Malaysia, Singapura, dan Sumatera. Namun kawasan tersebut tidak sesuai untuk dijadikan tempat tapak kediaman, sehingga beliau datang ke Pulau Borneo. Wong mendapati kawasan tanah di tepi sungai Rejang amat sesuai dan subur untuk aktiviti pertanian. Dengan itu, akhirnya beliau memilih Sibu sebagai tanah baru untuk dijadikan tapak penempatan bagi mereka.

Dipercayai Golongan Peneroka Pertama Buka Aktiviti Pertanian, Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu
Dipercayai Golongan Peneroka Pertama Buka Aktiviti Pertanian, Ketahui Sejarah Asal Usul Bandar Sibu

Terdapat tiga kumpulan orang cina datang ke Sibu

Wong dengan serta merta berjumpa dengan Raja Muda Borneo, Charles Brooke membincangkan dengan isu pendirian tapak pertanian di kawasan Sibu. Satu perjanjian telah ditangani antara Raja Brooke dengan Wong Nai Siong pada 9 july 1900 di Kuching. Perjanjian tersebut mengandungi 17 syarat, salah satu syarat membenarkan imigran orang cina datang untuk menjalankan aktiviti pertanian di kawasan ini. Selepas perjanjian 9 july ditangani, terdapat tiga kumpulan orang cina (kebanyakan orang Foochow) datang ke Sibu.

Kumpulan pertama : 20-2-1901 sebanyak 72 orang.

Kumpulan kedua : 16-3-1901 sebanyak 535 orang.

Kumpulan ketiga : 7-6-1902 sebanyak 511 orang.

Pada akhirnya sejumlah 1118 orang cina imigran datang ke Sibu selepas perjanjian ditandatangani. Mereka mendirikan kawasan penempatan di tepi Sungai Merah dan dijadikan titik permulaan penerokaan. Usaha mereka bukan berhenti di sini sahaja malah terus meneroka ke kawasan pedalaman dan di sepanjang kawasan Lanang. Golongan Foochow inilah menjadi masyarakat yang dominan di bandar Sibu. Jadi bandar Sibu juga dikenali ‘New Foochow’ seperti yang dicatatkan dalam salah satu suratkhabar yang wujud paling awal di Sarawak ‘Sarawak Gazette’, menurutnya :

The Settlers are from Foochow and style their place the New Foochow.

Kesimpulannya, masyarakat yang dominan (Foochow), mereka memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bandar Sibu dan semangat keusahaan mereka tidak terputus sehingga hari ini. Selain itu, mereka dipercayai merupakan golongan peneroka yang pertama membuka akitiviti pertanian di bandar Sibu. Namum selain Foochow, Kantonis, dan Heng Hua juga berperanan dalam perkembangan sektor pertanian di bandar Sibu.

Sumber : Sarawak Gazette,SHDN

Antara kisah legenda yang diceritakan dalam kalangan masyarakat Bidayuh ialah kisah legenda Kaleng Buran. Mengisahkan seorang lelaki yang tampan wajahnya dan gagah iaitu Kaleng Buran, hanya bertukar menjadi hodoh apabila bulan tidak lagi mengambang. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh dan Lima Pemakai Terakhir di Sarawak
Next Article Servis SPAY Global Akhirnya Kembali Berfungsi Selepas Lebih 24 Jam Servis SPAY Global Akhirnya Kembali Berfungsi Selepas Lebih 24 Jam

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?