• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

Peluang Dibimbing Oleh Pengasas Fave, Jom Sertai TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2021

Oleh
Ismail NA
7 Jun 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Program tahunan anjuran Hub Inovasi Digital TEGAS kini memasuki edisi keempat tahun ini.

Peluang Dibimbing Oleh Pengasas Fave, Jom Sertai TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2021. Anda mempunyai perniagaan? Ingin memantapkan dan mengembangkan perniagaan anda tetapi tidak tahu nak mula bagaimana? Inilah peluang anda untuk membawa perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi!

Isi Isi Penting
  • Program tahunan anjuran Hub Inovasi Digital TEGAS kini memasuki edisi keempat tahun ini.
  • Program satu minggu untuk mengesahkan idea perniagaan sehingga pelancaran produk ke pasaran
  • Anda akan dibimbing oleh CEO dan pengasas syarikat ternama di Malaysia!
  • Apa kata alumni TPAB?
  • TPAB bantu suburkan inovasi digital melalui syarikat pemula di Sarawak
  • Mohon TPAB 2021 Sekarang!
  • Ketahui juga pencapaian peserta program anjuran Hub Inovasi Digital TEGAS :

Program TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2021 (TPAB) kini telah membuka permohonan baharu. Program yang telah memasuki edisi keempat tahun ini akan dijalankan 100% dalam talian secara maya/virtual selama 1 minggu iaitu bermula daripada 1 hingga 7 Ogos 2021.

Program satu minggu untuk mengesahkan idea perniagaan sehingga pelancaran produk ke pasaran

TPAB merupakan program bimbingan satu minggu yang direka khas untuk membawa perniagaan atau syarikat pemula (start-up) peringkat awal untuk berkembang ke peringkat yang selanjutnya. Bermula daripada mengesahkan idea sehinggalah mencipta minimum viable product (MVP) serta strategi go-to-market.

Peluang Dibimbing Oleh Pengasas Fave, Jom Sertai TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2021
Peluang Dibimbing Oleh Pengasas Fave, Jom Sertai TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2021

Ini bermakna, sekiranya anda terpilih, anda boleh menyertai program ini di mana-mana sahaja anda berada!

Hub Inovasi Digital Tabung Gagasan Ekonomi Anak Sarawak (TEGAS) bekerjasama dengan pelbagai rakan ekosistem dari seluruh negara untuk menjayakan program edisi keempat ini.

Kandungan program ini akan disampaikan oleh pakar industri dan usahawan yang berpengalaman, merangkumi topik seperti;

  • Memulakan start-up
  • Model perniagaan (Business modelling)
  • Model kewangan (Financial modelling)
  • Pembangunan produk (Product development)
  • Pengumpulan dana (Fundraising)
  • Pitching
Peluang Dibimbing Oleh Pengasas Fave, Jom Sertai TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2021

Anda akan dibimbing oleh CEO dan pengasas syarikat ternama di Malaysia!

Tahun ini, barisan mentor yang bakal membimbing peserta sememangnya bukan calang-calang! Mereka terdiri daripada barisan ketua pegawai eksekutif (CEO) yang ternama di Malaysia seperti;

  1. Brian Tan (CEO FutureLab)
  2. Rashvin Pal Singh (CEO Biji-Biji Initiative & Me.reka)
  3. Jey Bala (Ketua Bahagian Pendidikan, Me.reka)
  4. Arif Tukiman (Co-founder & CEO RunCloud)
  5. Zaharah Malim (Pengasas Mindswitch)
  6. Sharifah Rafidah (Pengarah Urusan Centacube)
  7. Karen Puah (Presiden Fintech Association of Malaysia)
  8. Sam Shafie (Co-founder & CEO pitchIN)
  9. Shahrizan Abd Latif (Ketua Kampus pitchIN)
  10. Nadhir Ashafiq (Co-founder & CEO The Lorry)
  11. Yeoh Chen Heow (Co-founder Fave)
  12. Razwan Zakaria (Ketua Pegawai Produk, Aerodyne Group)
Peluang Dibimbing Oleh Pengasas Fave, Jom Sertai TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2021

Di akhir program ini, para peserta akan dipersiapkan untuk ‘Digital Demo Day’ bagi memilih 3 peserta terbaik. Malah, ketiga-tiga peserta yang terpilih ini juga berpeluang untuk membentangkan idea mereka kepada pelabur pemula serta mendapatkan laluan hijau untuk menyertai TEGAS Startup Lab Accelerator, TEGAS Social Impact Accelerator dan Sarawak Shell LiveWIRE.

Pemenang ‘Digital Demo Day’ juga akan menerima hadiah menarik yang merangkumi sokongan pendaftaran syarikat daripada TEGAS, akses 6 bulan ke platform mentor FutureLab, bantuan percuma daripada rakan ekosistem dan akses percuma selama 3 bulan di Hub Inovasi Digital TEGAS (DIH) di Kuching, Bintulu dan Miri.

Boleh tahan lumayan kan?

Apa kata alumni TPAB?

“Program ini telah membantu kami untuk menyusun idea kami untuk memperhalusi produk kami bagi memenuhi keperluan pasaran. Kami juga dilengkapkan dengan alatan/bantuan yang hebat daripada mentor dan jurulatih program serta strategi untuk membawa idea kami ke pasaran,”

Wong Qin Yuan, co-founder Darmadia/pemenang TPAB 2020
Peluang Dibimbing Oleh Pengasas Fave, Jom Sertai TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2021

TPAB bantu suburkan inovasi digital melalui syarikat pemula di Sarawak

Pengerusi TEGAS, Datu Haji Len Talif Salleh yang merangkap Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah & Alam Sekitar, menjelaskan bahawa program ini bertujuan untuk membantu pertumbuhan syarikat pemula peringkat awal dan perusahaan sosial sebagai salah satu usaha untuk menyuburkan inovasi digital dan keusahawanan di Sarawak.

Memasuki edisi keempat program ini, pihak TEGAS percaya program ini mampu menjadi pemangkin yang hebat untuk usahawan muda di Sarawak untuk menyusun dan mengesahkan idea inovatif mereka sebelum diniagakan ke pasaran.

Peluang Dibimbing Oleh Pengasas Fave, Jom Sertai TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2021

Hub Inovasi Tegas TEGAS (TDIH) juga berperanan sebagai platform inklusif untuk menyokong dan memperkasakan syarikat pemula peringkat awal dan perusahaan sosial di Sarawak.

Dengan pembiayaan daripada kerajaan Sarawak dan diuruskan oleh TEGAS, TDIH menawarkan akses kepada ruang co-working yang mampu milik, inkubasi serta program pecutan dan akses kepada jaringan Perkampungan Ekosistem Digital Sarawak (Sarawak Digital Village Ecosystem).

Mohon TPAB 2021 Sekarang!

Peluang Dibimbing Oleh Pengasas Fave, Jom Sertai TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2021

Permohonan TPAB 2021 terbuka kepada semua warga Sarawak (syarikat pemula peringkat awal) atau syarikat pemula/perniagaan yang memiliki sekurang-kurangnya seorang pengasas bersama (co-founder) warga Sarawak.

Itu sahaja!

Untuk mendapatkan peluang keemasan ini, klik butang berikut :

PENDAFTARAN PROGRAM TEGAS PRE-ACCELERATOR BOOTCAMP 2021

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang program yang dianjurkan oleh Hub Inovasi Digital TEGAS, layari laman sesawang dan sosial media mereka di pautan berikut:
Laman sesawang : https://www.innovatesarawak.com/
Facebook : TEGAS Digital Innovation Hub
Instagram : @tegasdigital

Ketahui juga pencapaian peserta program anjuran Hub Inovasi Digital TEGAS :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hingga 30 Jun 2021 Sahaja, Penjaja Dan Peniaga Kecil Baharu Yang Tidak Berlesen Boleh Mohon BKSS Hingga 30 Jun 2021 Sahaja, Penjaja Dan Peniaga Kecil Baharu Yang Tidak Berlesen Boleh Mohon BKSS
Next Article Dipercayai Mati Gantung Diri, Teman Wanita Temui Mayat Kekasih Di Ruang Tamu Rumah Sewa Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?