• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Disangka Meninggal Dunia, Satu Kampung Terkejut Apabila Wanita Ini Tiba-Tiba Balik Rumah

Oleh
Husna Hazmi
25 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Majlis pengebumian juga telah dilakukan.

Disangka Meninggal Dunia, Satu Kampung Terkejut Apabila Wanita Ini Tiba-Tiba Balik Rumah. Kejadian aneh ini berlaku di Guduvancherry, India apabila seorang wanita ini balik ke kampungnya dan telah mengejutkan semua orang dengan ketibaannya.

S Chandra yang merupakan warga emas berusia 72 tahun itu dilaporkan berjalan kaki membawa bagasi besar menuju ke rumahnya dan telah membuatkan seluruh penduduk kampung terkejut.

Disangka Meninggal Dunia, Satu Kampung Terkejut Apabila Wanita Ini Tiba-Tiba Balik Rumah
Disangka Meninggal Dunia, Satu Kampung Terkejut Apabila Wanita Ini Tiba-Tiba Balik Rumah. Kredit gambar: Times of India

Disangka maut dalam kemalangan kereta api

Wanita tersebut disangka telah meninggal dunia akibat kemalangan kereta api dan anaknya pula telah mengesahkan kematian ibunya itu.

Chandra yang merupakan penduduk di Ambedkar Nagar dan tinggal bersama anak lelakinya, Vadivelu, berusia 48 tahun, selepas kematian suaminya 10 tahun lalu.

Disangka Meninggal Dunia, Satu Kampung Terkejut Apabila Wanita Ini Tiba-Tiba Balik Rumah
Kredit gambar: Times of India

Pengebumiannya telah dibuat

Warga emas itu juga terkejut apabila dia balik ke rumahnya dan melihat namanya tertulis di dalam sebuah notis yang mengatakan dia sudah meninggal dunia dan pengebumian juga telah dilakukan oleh keluarganya.

Chandara juga dilaporkan sering mengunjungi kuil Hanumanthapuram di Singaperumal Koil sekitar 22 kilometer dari rumahnya.

Pada Isnin lalu, dia sudah memaklumkan ahli keluarga yang lain untuk mengunjungi kuil berkenaan namun memutuskan untuk pergi ke beberapa kuil lain selepas itu. Pada hari Khamis pula, polis kemudiannya telah menerima aduan mengenai kemalangan di stesen kereta api yang melibatkan seorang warga emas.

Baca lagi cerita aneh di sini:

Kejadian Aneh Air Laut Di India Bertukar Manis Pada Tahun 2006, Punca Fenomena Ini Kekal Misteri
Pelanggan Wanita Ini Minta Tiktoker Sarawak Kongsi Wangian Serupa Tuala Wanita

SUMBER :Times of India
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Memo Pegawai Kanan Minta Sumbangan RM30 Untuk Perkahwinan Anak Dato Tular, Undang Komen Panas Netizen
Next Article Jalan Sempadan Malaysia-Indonesia Bakal Dinaik Taraf Bagi Bantu Promosi Sarawak Jalan Sempadan Malaysia-Indonesia Bakal Dinaik Taraf Bagi Bantu Promosi Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?