• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Disangka Shopping Mall, Bangunan Moden Dan Gah Ini Rupanya Perpustakaan Tanjung Aru Sabah

Oleh
Aina Musa
17 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Disangka Shopping Mall, Perpustakaan Tanjung Aru Jadi Tarikan Pelancong Ke Sabah

Sebiji macam shopping mall

Disangka Shopping Mall, Bangunan Moden Dan Gah Ini Rupanya Perpustakaan Tanjung Aru Sabah. Perpustakaan Tanjung Aru terletak berhampiran dengan Pantai Tanjung Aru, jadi apabila menuju ke pantai, pasti akan melintasi bangunan perpustakaan yang tersergam indah ini.

Perpustakaan Tanjung Aru mempunyai enam (6) tingkat dan keluasan 62,000 kaki persegi, direka dengan konsep ‘green design’ yang mengambil kira motif etnik Sabah dalam rekabentuknya. Bangunan ini sangat unik kerana ia menggabungkan unsur-unsur tema futuristik dan tradisional.

Disangka Shopping Mall, Perpustakaan Tanjung Aru Jadi Tarikan Pelancong Ke Sabah
Disangka Shopping Mall, Bangunan Moden Dan Gah Ini Rupanya Perpustakaan Tanjung Aru Sabah. Kredit: ASEAN Skyline

Reka bentuknya yang futuristik dan moden menyebabkan ramai yang keliru perpustakaan ini sebagai pusat beli belah.

Turut mesra kanak-kanak

Setiap tingkat perpustakaan mempunyai rekabentuk dan hiasan yang unik, tetapi apa yang membuatkan perpustakaan Tanjung Aru ini lain daripada yang lain ialah ia dilengkapi dengan bahagian kanak-kanak di tingkat satu yang sangat berwarna-warni dan kreatif.

Disangka Shopping Mall, Perpustakaan Tanjung Aru Jadi Tarikan Pelancong Ke Sabah

Bagi sesiapa yang melawat ke Kota Kinabalu, Perpustakaan Tanjung Aru sepatutnya dijadikan sebagai salah satu destinasi yang wajib dilawati. Selain daripada pelbagai jenis buku dan majalah yang boleh dibaca, terdapat banyak lokasi menarik untuk dijadikan latar belakang gambar bagi penggemar fesyen OOTD.

Selain itu, pengunjung juga boleh berehat di taman yang terletak di luar perpustakaan, menikmati kopi di kafe yang terdapat di lobi sambil melihat pemandangan.

Turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti menarik!

Perpustakaan Tanjung Aru merupakan tempat yang wajib dilawati apabila anda berada di Kota Kinabalu. Selain menjadi tempat untuk membaca dan mencari ilmu, perpustakaan ini juga menawarkan pengalaman yang unik dan menarik untuk semua pengunjung.

Jika anda ingin menikmati pemandangan yang indah, membaca buku, atau sekadar bersantai, Perpustakaan Tanjung Aru adalah tempat yang sesuai untuk anda kunjungi.

Lokasi: Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Tanjung Aru, Jalan Mat Salleh 88100 Kota Kinabau, Sabah.

Masa operasi:

Lagi tempat menarik di Sabah:

Destinasi Percutian Anda Seterusnya, Nikmati Pemandangan Gunung Kinabalu Di Mountain Valley Resort Kundasang
Tarikan Terbaru Di Semporna, Nikmati Percutian Anda Di Sky Water Villa Resort
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Ustaz Madi' Kongsi Gambar Jelajah Sarawak, Tapi Kapsyennya Buat Netizen Terhibur ‘Ustaz Madi’ Kongsi Gambar Jelajah Sarawak, Tapi Kapsyennya Buat Netizen Terhibur
Next Article Hanya RM 5, Ini Senarai Kedai Makan Yang Menawarkan 'Menu Rahmah' Di Kuching Hanya RM 5, Ini Senarai Kedai Makan Yang Menawarkan ‘Menu Rahmah’ Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?