• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Hanya RM 5, Ini Senarai Kedai Makan Yang Menawarkan ‘Menu Rahmah’ Di Kuching

Oleh
Aina Musa
17 Februari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Hanya RM 5, Ini Senarai Kedai Makan Yang Menawarkan 'Menu Rahmah' Di Kuching

Bawah RM 5 pun ada!

Hanya RM 5, Ini Senarai Kedai Makan Yang Menawarkan ‘Menu Rahmah’ Di Kuching. Inisiatif menyediakan menu Rahmah dianggap sebagai cara untuk menarik pengunjung ke gerai makanan dan restoran dengan menawarkan hidangan yang berkualiti pada harga yang mampu milik. Ramai peniaga telah memperkenalkan menu Rahmah di kedai makan mereka dengan harga bermula dari RM4.90, dan menu ini telah mendapat sambutan yang baik dari pelanggan.

Isi Isi Penting
  • 1. Mydin
  • 2. Diet Fit KCH
  • 3. Chicken Shak
  • 4. Warung Hasmida
  • 5. H&L

Berikut adalah senarai 5 kedai di Kuching yang menyediakan menu Rahmah untuk dinikmati bersama keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan yang istimewa ini.

Hanya RM 5, Ini Senarai Kedai Makan Yang Menawarkan Menu Rahmah Di Kuching

1. Mydin

Mydin antara syarikat terawal yang menyahut cabaran kerajaan dalam memperkenalkan Menu Rahmah ini. Setiap set makanan dijual dengan harga RM4.90 sahaja dan anda boleh dapatkan makanan yang enak serta berjimat. Pelanggan boleh dapatkan set makanan ini di Ready-To-Eat section di Pasar Raya Besar MYDIN terpilih antaranya di Mydin Petrajaya, Kuching.

Hanya RM 5, Ini Senarai Kedai Makan Yang Menawarkan 'Menu Rahmah' Di Kuching
Hanya RM 5, Ini Senarai Kedai Makan Yang Menawarkan ‘Menu Rahmah’ Di Kuching. Kredit: Mydin Sarawak

2. Diet Fit KCH

Untuk anda yang tengah berdiet pula, jangan risau Diet Fit KCH turut menawarkan menu Rahmah buat anda! Di sini, mereka menawarkan pelbagai pilihan makanan sihat dengan harga RM 5 sahaja. Tidak terkecuali, pihak Dietfit KCH turut menyahut cabaran menyediakan cabaran namun tampil dengan sedikit kelainan dimana mereka menyediakan menu yang lebih sihat untuk pelanggan.

Masa & hari operasi: Isnin -Sabtu / 10am 6pm

Lokasi: Kedai No 2, Kubah Ria

Hanya RM 5, Ini Senarai Kedai Makan Yang Menawarkan 'Menu Rahmah' Di Kuching

3. Chicken Shak

Sebagai memberi sokongan kepada inisiatif ‘Menu RAHMAH’ di seluruh negara,Chicken Shak ada menawarkan ‘Menu Rahmah’ yang tersendiri dengan harga RM5 untuk set hidangan berserta minuman. Penggemar makanan segera ataupun burger pasti menyukai hidangan ini.

Untuk hidangan ini, mereka menawarkan harga RM5 kepada pelanggan yang ‘dine-in’. Untuk ‘take-away’, cas tambahan RM1.50 akan dikenakan.

Lokasi: No 4, Lot 3505, TT3 Plaza, Jalan Tabuan Tranquility, 93350 Kuching

Masa operasi: Dibuka setiap hari dari jam 11:30 pagi hingga 9 malam

4. Warung Hasmida

Daripada semua senarai yang ditulis, kedai makan yang terletak di tepi jalan ini paling ‘win’. Menghidangkan pelbagai jenis makanan dengan harga serendah RM 2, lokasi ini menjadi port makan murah di Kuching. Macam tak percaya kan ada lagi tempat makan yang menawarkan harga set makanan lengkap semurah ini.

Warung Hasmida merupakan salah satu port makan yang menawarkan menu lengkap seperti laksa Sarawak, Mee Jawa, Bakso dengan harga RM 2 sahaja!

Lokasi: 38, Jalan Tan Sri Datuk William Tan, 93450 Kuching, Sarawak

Waktu beroperasi: Isnin hingga Sabtu, 7 Pagi hingga 2 petang

5. H&L

Sebelum wujudnya menu Rahmah, H&L sudah pun menjual set hidangan nasi campur serendah RM 3.99 sahaja. Lebih murah daripada harga yang dicadangkan oleh pihak kerajaan. Menariknya di sini, anda boleh memilih pelbagai jenis lauk dalam satu bungkusan. Tapi ingat jangan membazir.

Lokasi: H&L Petra Jaya (dalam bangunan Eco Mall)

Masa operasi: Setiap hari dari jam 10 pagi sehingga habis lauk.

Lagi tempat makan menarik:

Memang Murah! Warung Hasmida Di Kuching Menawarkan Semua Menu Dengan Harga RM2 Sahaja
PART 1: Ini 9 Stall Burger Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Disangka Shopping Mall, Perpustakaan Tanjung Aru Jadi Tarikan Pelancong Ke Sabah Disangka Shopping Mall, Bangunan Moden Dan Gah Ini Rupanya Perpustakaan Tanjung Aru Sabah
Next Article Menyajikan Italian Fast Food Di Kuching, Anda Perlu Cuba Restoran Borneo Panini Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?