• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ditawar Kerja Tidak Wujud, Influencer Dari Sibu Terpedaya Hampir RM 17K

Oleh
Husna Hazmi
14 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Penipuan dalam talian di Sarawak semakin berleluasa.

Ditawar Kerja Tidak Wujud, Influencer Dari Sibu Terpedaya Hampir RM 17K. Semakin berleluasa, penipuan secara dalam talian kini dilihat kerap berlaku dan ramai yang sudah terpedaya dengan sindiket-sindiket ini.

Dilaporkan bahawa seorang influencer media sosial di Sibu telah mengalami kerugian sebanyak RM16,799 selepas tertarik dengan iklan kerja kosong sebagai ‘Live-Host’ di laman Facebook.

Ditawar Kerja Tidak Wujud, Influencer Dari Sibu Terpedaya Hampir RM 17K
Ditawar Kerja Tidak Wujud, Influencer Dari Sibu Terpedaya Hampir RM 17K

Terima tawaran pekerjaan

Influencer wanita berusia 28 tahun yang berhasrat menambah pendapatan telah menerima tawaran berkenaan dan menghubungi suspek yang menawarkan komisen sebanyak RM1,000 minimum 30 jam seminggu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili, pihak beliau menerima laporan polis daripada mangsa yang terperdaya dengan tawaran kerja dalam talian menerusi aplikasi Facebook pada jam 10.40 pagi Ahad lalu.

Dikatakan bahawa mangsa yang bekerja sebagai influencer media sosial itu telah diminta untuk mendaftar maklumat peribadi serta dikenakan caj RM1 sebagai yuran pendaftaran dalam satu aplikasi bagi mendapatkan kerja ditawarkan.

Ditawar Kerja Tidak Wujud, Influencer Dari Sibu Terpedaya Hampir RM 17K

Mangsa mengisi maklumat perbankan termasuk ID serta kata laluan

Kemudian, mangsa bertindak mengisi maklumat perbankan termasuk ID serta kata laluan membayar caj pendaftaran melalui aplikasi diberikan namun menerima mesej menyatakan proses tersebut gagal.

Seterusnya, mangsa telah menerima mesej notifikasi terdapat transaksi pemindahan wang berlaku tanpa pengetahuan mangsa lalu menyedari dirinya diperdaya. Wang dalam akaun bank miliknya pula hilang dan mangsa terus membuat laporan polis pada Ahad lalu.

Keseluruhan jumlah kerugian dialami mangsa berjumlah RM16,799, manakala kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Ditawar Kerja Tidak Wujud, Influencer Dari Sibu Terpedaya Hampir RM 17K

Oleh demikian, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mudah terperdaya dan terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

Orang ramai juga boleh membuat semakan dengan balai polis terdekat atau membuat semakan di http://semakmule.rmp.gov.my, CCID Infoline di talian 013-2111222, CCID Response Centre di talian 03- 26101559/03-26101599 atau Facebook CyberCrimeAlertRMP dan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Ahli Perniagaan Dari Kuching Hilang RM1 Juta Lepas Jawab Call 14 Saat Daripada ‘Poslaju’
Whoscall, Aplikasi Kesan Panggilan ‘Scammer’ Dengan Kerjasama PDRM
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dahulunya Suram, Taman Reakreasi Pending Kini Dinaik Taraf Dengan 'Wajah Baru' Dahulunya Suram, Taman Reakreasi Pending Kini Dinaik Taraf Dengan ‘Wajah Baru’
Next Article Hanya RM10 Sahaja, Hock Lee Hotel Tawar Sajian Lokal Hingga Western 'Mesra Poket' Hanya RM10 Sahaja, Hock Lee Hotel Tawar Sajian Lokal Hingga Western ‘Mesra Poket’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?