Bekas Perdana Menteri Jepun telah ditembak hari ini semasa memberi ucapan
Ditembak Semasa Beri Ucapan, Bekas PM Jepun Shinzo Abe Kini Kritikal. Dilaporkan bekas perdana menteri (PM) Jepun, Shinzo Abe, telah ditembak semasa menyampaikan ucapan untuk satu acara menjelang pilihan raya Dewan Perwakilan pada Ahad ini.
Ia dilaporkan Abe telah ditembak sekitar jam 11:30AM di wilayah barat Jepun, Nara, dan kini berada di hospital tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda vital.
Suspek telah ditangkap
Menurut laporan, Abe ditembak di dada sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans dan kemudian dipindahkan ke Nara Medical University.
Seorang lelaki, dipercayai penembak, telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh dan pistol digunakan suspek telah dirampas.
Abe, 67 tahun, sedang menyampaikan ucapan apabila bunyi tembakan kedengaran. Menurut seorang saksi, bekas PM itu sedang berucap apabila seorang lelaki datang dari belakang, dengan tembakan pertama berbunyi seperti mainan.
Dia (Abe) tidak jatuh dan berlaku satu letupan besar. Tembakan kedua lebih jelas, anda boleh melihat percikan api dan asap. Selepas tembakan kedua, orang ramai mengelilinginya dan memberinya urutan cardiac,”
kata saksi tersebut.Abe dilaporkan telah rebah dan berdarah dari lahir susulan kejadian itu dan kali terakhir dilaporkan sedang dirawat di Nara Medical University tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda vital.
Media tempatan, termasuk penyiar kebangsaan NHK dan agensi berita Kyodo, berkata bekas PM itu kelihatan dalam keadaan cardiorespiratory arrest (funsgi jantung dan pernafasan terhenti), istilah yang sering digunakan di Jepun sebelum kematian boleh disahkan secara rasmi oleh koroner.
Kejadian yang mengejutkan seluruh negara Jepun
Menurut agensi berita Jiji, kerajaan Jepun telah menyatakan pasukan petugas telah ditubuhkan susulan insiden terbabit dan reaksi sudah mula mencurah-curah.
Kejadian ini merupakan sesuatu kejadian yang mengejutkan kerana negara tersebut terkenal dengan tahap jenayah kekerasan yang rendah dan undang-undang senjata api yang ketat, dan insiden ini turut melibatkan seorang ahli politik terkenal di Jepun.
Abe merupakan perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat, memegang jawatan pada tahun 2006 selama satu tahun dan sekali lagi dari tahun 2012 hingga 2020, hanya meletakkan jawatan akibat masalah kesihatan.
Seorang konservatif, beliau mendesak semakan perlembagaan pasifis Jepun untuk mengiktiraf tentera negara itu dan kekal sebagai tokoh politik terkemuka walaupun selepas meletak jawatan.
Jepun mempunyai beberapa undang-undang kawalan senjata yang paling ketat di dunia, dengan kematian tahunan akibat senjata api di negara yang mempunyai 125 juta orang itu selalunya dalam angka tunggal.
Hanya untuk mendapatkan lesen senjata api sahaja adalah proses yang panjang dan rumit, walaupun warga Jepun.
Untuk mendapatkan lesen senjata api sebagai seorang warga Jepun, mereka dikehendaki mendapatkan cadangan daripada persatuan menembak dahulu dan kemudian menjalani pemeriksaan polis yang ketat.
