• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Wartawan Terkemuka Arab Ditembak ‘Headshot’ Oleh Tentera Israel Ketika Buat Liputan Berita

Oleh
Ismail NA
12 Mei 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Wartawan Terkemuka Arab Ditembak 'Headshot' Oleh Tentera Israel Ketika Buat Liputan Berita

Rakan penerbit yang terselamat mengesahkan tembakan tersebut dibuat oleh tentera Israel.

Wartawan Terkemuka Arab Ditembak ‘Headshot’ Oleh Tentera Israel Ketika Buat Liputan Berita. Dunia semalam dikejutkan dengan kematian seorang wartawan terkemuka Arab, Shireen Abu Akleh yang ditembak oleh tentera Israel sewaktu membuat liputan berita di Tebing Barat Jenin.

Isi Isi Penting
  • Rakan penerbit yang terselamat mengesahkan tembakan tersebut dibuat oleh tentera Israel.
  • Kumpulan wartawan tetap dihujani tembakan meskipun Shireen telah rebah
  • Tiada rakyat Palestin bersenjata di kawasan berdekatan, terang-terang hanya ada tentera Israel
  • Israel sangkal dakwaan, salahkan warga Palestin bersenjata
  • Shireen pelopor liputan warga Palestin
  • Tahun lalu, krisis Israel-Palestin memuncak dan merupakan yang terburuk sejak tahun 2017 sehingga memaksa kuasa luar untuk campur tangan bagi meredakan keadaan. Baca selanjutnya di sini:

Wartawan Al-Jazeera yang berketurunan Palestin-Amerika tersebut berada di kem pelarian Jenin untuk membuat liputan berita dengan memakai helmat dan jaket kalis peluru yang tertera perkataan ‘PRESS’ (Media).

Wartawan Terkemuka Arab Ditembak ‘Headshot’ Oleh Tentera Israel Ketika Buat Liputan Berita

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan bahawa Shireen ditembak menggunakan peluru hidup di bahagian kepala, menyebabkan kematian serta merta kepada wartawan terbabit. Penerbit Al-Jazeera yang juga merupakan penerbit kepada Shireen, Ali Al-Samudi turut terkena tembakan namun berada dalam keadaan stabil.

Kumpulan wartawan tetap dihujani tembakan meskipun Shireen telah rebah

Dalam satu video yang diperolehi oleh CNN, tentera Israel tetap melepaskan tembakan walaupun setelah Shireen telah rebah. Beberapa orang wartawan termasuk Mujahed Al-Saadi, cuba untuk menyelamatkan beliau dan meminta pertolongan. Wajah Shireen dipenuhi dengan darah akibat daripada tembakan peluru di kepalanya.

Seorang lagi rakan wartawan yang turut membuat liputan di Jenin memberitahu bahawa Shireen dan beberapa orang wartawan yang menyertai liputan di kawasan tersebut telah memperkenalkan diri mereka sebagai pengamal media kepada tentera Israel di kawasan itu sebelum mereka ditembak.

Wartawan Terkemuka Arab Ditembak 'Headshot' Oleh Tentera Israel Ketika Buat Liputan Berita
Shireen cuba diselamatkan oleh rakan wartawan setelah siri tembakan oleh tentera Israel. Sumber foto: https://thedefenderngr.com/

Syarikat penyiaran Al-Jazeera mendakwa bahawa anggota keselamatan Israel sememangnya menyasarkan untuk membunuh Shireen yang merupakan wartawan dunia Arab yang terkemuka. Kenyataan ini disokong oleh rakan wartawan yang memberitahu bahawa tembakan terkena di bawah telinga Shireen dan pasukan tentera terus menerus menyasarkan kumpulan wartawan terbabit meskipun setelah Shireen rebah dan tidak bernyawa.

Justeru, masyarakat dunia diseru untuk mengutuk dan mengecam tindakan Israel dan mahu negara tersebut bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.

Tiada rakyat Palestin bersenjata di kawasan berdekatan, terang-terang hanya ada tentera Israel

Tiga orang saksi memberitahu bahawa wartawan tersebut diakui ditembak oleh tentera Israel memandangkan tiada warga Palestin yang berada berdekatan kawasan di mana wartawan tersebut berada.

Kenyataan yang sama dikeluarkan oleh Ali Al-Samudi yang mana beliau mendakwa tentera Israel yang bertanggungjawab menyerang mereka dengan tembakan sewaktu bertugas. Beliau yang turut tercedera dalam situasi buruk itu turut memberitahu bahawa tiada warga Palestin yang bersenjata di kawasan terbabit.

Wartawan Terkemuka Arab Ditembak 'Headshot' Oleh Tentera Israel Ketika Buat Liputan Berita
Penerbit Al-Jazeera yang terselamat, Ali Al- Samudi

Israel sangkal dakwaan, salahkan warga Palestin bersenjata

Walau bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Israel (IDF) menafikan dakwaan berkenaan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa anggota mereka ‘bertugas’ untuk menahan suspek yang terlibat dalam aktiviti teroris di sekitar kem pelarian Jenin.

Mereka turut menyalahkan warga Palestin yang menjadi pelarian yang dikatakan sering menembak anggota IDF dan melempar bahan letupan.

Jurucakap Israel mengesahkan bahawa siri tembakan di Jenin itu mengakibatkan kematian 2 warga Palestin namun mereka tidak menyatakan nama mereka. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan dan Hospital Utama Jenin mengesahkan bahawa 2 individu Palestin yang mengalami kecederaan (dan meninggal) tersebut adalah Shireen dan Ali Al-Samudi.

Shireen pelopor liputan warga Palestin

Shireen merupakan wartawan Arab yang telah lantang melaporkan peperangan Israel-Palestin, keganasan Israel serta membela warga Palestin sejak dua setengah dekad yang lalu. Wartawan dari keluarga Kristian ini dilahirkan di Baitulmaqdis dan telah menyertai Al-Jazeera sejak ianya mula ditubuhkan pada tahun 1997.

Wartawan Terkemuka Arab Ditembak 'Headshot' Oleh Tentera Israel Ketika Buat Liputan Berita
Warga Palestin mengiringi mayat Shireen untuk dikebumikan. Sumber foto: AP Photo/Majdi Mohammed
Wartawan Terkemuka Arab Ditembak 'Headshot' Oleh Tentera Israel Ketika Buat Liputan Berita
Sumber foto: AFP

Seluruh warga Palestin menangisi pemergiannya memandangkan kehilangan wanita ini adalah kehilangan kepada suara rakyat Palestin yang tertindas sejak sekian lamanya.

Tahun lalu, krisis Israel-Palestin memuncak dan merupakan yang terburuk sejak tahun 2017 sehingga memaksa kuasa luar untuk campur tangan bagi meredakan keadaan. Baca selanjutnya di sini:

SUMBER :CNN
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kemalangan Ngeri Di Jalan FAC Matang Ragut 2 Nyawa Sepasang Suami Isteri Kemalangan Ngeri Di Jalan FAC Matang Ragut 2 Nyawa Sepasang Suami Isteri
Next Article Syaitan Bertopengkan Manusia, Warga Emas Tergamak Bunuh Bayi 6 Bulan Di Sabah TERKINI : Malaysia Dipilih Sebagai Tuan Rumah Sukan SEA Edisi Ke-34

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?