• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Songket Sarawak, Tenunan Unik Menggunakan 30 Sifir Khas

Oleh
Ismail NA
9 Jun 2022
Kongsi
11 Min Bacaan

Songket Sarawak mempunyai keunikannya yang tersendiri berbanding songket Pantai Timur

Kenali Songket Sarawak, Tenunan Unik Menggunakan 30 Sifir Khas. Terhasil daripada benang kapas, benang emas, benang perak atau gabungannya, songket Sarawak mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Songket Sarawak ini juga sangat unik dan berlainan dengan songket yang selalu anda temui di Pantai Timur Malaysia seperti di Terengganu. Ini kerana songket Sarawak menggunakan teknik ‘tapok’ atau sembunyi benang semasa proses menyolek.

Teknik sembunyi benang ini menjadikan jahitan di bahagian luar dan dalam seolah-olah tiada beza sama sekali, menjadikan corak songket Sarawak ini boleh dipakai di kedua-dua belah muka. Keistimewaan ini digelar sebagai ‘siang dan malam’ oleh penenun Melanau di kawasan Rajang, Sarawak.

Kenali Songket Sarawak, Tenunan Unik Menggunakan 30 Sifir Khas
Kenali Songket Sarawak, Tenunan Unik Menggunakan 30 Sifir Khas. Kain songket Sarawak tempahan VVIP daripada Seri Gedong Songket. Sumber : FB Seri Gedong Songket.

Proses Tenunan Songket Sarawak

Dari segi proses tenunan, songket Sarawak dan songket Terengganu dan Kelantan tidak mempunyai perbezaan kerana ketiga-tiganya bermula dengan proses melonseng, menganing, menggulung benang, mengarap dan menyolek bunga.

Berbanding menggunakan istilah ‘menenun’, penghasilan songket Sarawak menggunakan istilah ‘menyolek’. Oleh yang demikian, para pembuat songket Sarawak ini haruslah mempunyai kemahiran menyolek songket yang tinggi. Secara purata, sehelai kain berukuran lebar 92.5 cm dan 2.3 meter panjang mengambil masa selama 2 hingga 3 bulan untuk disiapkan. Bagi menghasilkan selembar songket Sarawak yang cantik dan berkualiti tinggi, para penenun ini perlu menguasai 30 sifir khas songket Sarawak.

Apa itu 30 Sifir Khas Songket Sarawak?

30 sifir khas songket Sarawak ini adalah seumpama formula yang digunakan oleh penenun songket Sarawak semasa mengikat benang di loseng sebelum memulakan proses menyolek. Benang yang berlainan ini akan dibahagikan mengikut sifir bagi menampakkan motif songket yang diingini oleh penenun.

Pengiraan bermula dari reka corak motif, penghasilan loseng sama ada kosong atau pun berjalur serta pakan teknik ikat.

Kenali Songket Sarawak, Tenunan Unik Menggunakan 30 Sifir Khas
Ditenun Menggunakan Sifir Khas, Kenali Keunikan Songket Sarawak. Sumber : FB Seri Gedong Songket

Asal Usul 30 Sifir Khas Songket Sarawak

Sifir ini diasaskan oleh Cik Su’anah Suhaili, Tukang Ulung Tenunan Songket Sarawak dan Dayang Norsalam Pengiran Parsih, tokoh Adiguru Kraf Tenunan Songket Sarawak, Kraftangan Malaysia pada tahun 1989.

Kenali Songket Sarawak, Tenunan Unik Menggunakan 30 Sifir Khas
Cik Saanah Suhaili, Tukang Ulung Tenunan Songket Sarawak
Kenali Songket Sarawak, Tenunan Unik Menggunakan 30 Sifir Khas
Dayang Norsalam Pengiran Parsih, tokoh Adiguru Kraf Tenunan Songket Sarawak

Boleh dikatakan sifir ini adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap penenun sebelum mereka mempelajari kemahiran yang lain kerana ia adalah asas penting teknik ‘tapok’ atau sembunyi benang bagi memastikan kekemasan songket.

Malah, tukang tenun yang ‘bersekolah tinggi’ juga tidak akan dapat memahami sifir ini dengan sekali pandang sahaja tanpa mempelajarinya terlebih dahulu. Tiada kemahiran sifir ini juga bermakna para penenun juga tidak akan dapat menghasilkan motif pada kain songket Sarawak.

Antara motif yang sering dihasilkan adalah seperti motif tampuk pedada, motif bunga ros, motif bunga kesambab, motif pucuk rebung bunga ros dan motif bunga ros bertubuk corak berdiri.

Puan Dayang Norsalam pula adalah pengasas untuk motif songket corak emas rebung, kayak tersusun, bunga semalu, bunga mawar dan bunga cabit. Selain itu, motif ros duduk yang diasaskan oleh penenun songket veteran Sarawak, Dayang Zakiah Abang Hassan menguatkan lagi songket ini sebagai identiti dari Sarawak.

Kenali Songket Sarawak, Tenunan Unik Menggunakan 30 Sifir Khas
Motif ros duduk pada kain songket penakan. Sumber : FB Mohammad Firdouz

Gabungan beberapa sifir berupaya menghasilan motif yang rumit

Bagi sesetengah penenun berpengalaman yang mahu menghasilkan motif yang sedikit rumit, mereka boleh menggabungkan beberapa siri sifir. Cik Saanah dan Dayang Norsalam yang berasal dari Kampung Rajang, Belawai ini juga telah mempelopori ciptaan sifir khas hasil daripada gabungan beberapa sifir untuk motif seperti ‘manis-manis sayang’, ‘sukit lidi’ dan ‘tabar’ pada tahun 1993. Selain itu, terdapat juga beberapa motif jalinan beberapa sifir yang lain seperti berikut;

  • Motif manis-manis sayang
  • Motif sukit lidi
  • Motif tabar
  • Motif ikatan janji
  • Motif belangkas
  • Motif pucuk rebung
  • Motif tampuk manggis
  • Motif pekin
  • Motif bunga retis
  • Motif kuih kuyak
  • Motif keris
  • Motif orang ulu

Dari segi susunan motif pada songket, corak ini boleh disolek sama ada secara corak penuh, corak bunga tabur, ataupun berjalur. Kebiasaannya, corak bunga tabur lebih mahal daripada corak bunga penuh kerana ia perlu disolek satu per satu, memerlukan benang yang lebih banyak dan masa yang lebih lama. Berbeza dengan corak bunga penuh, motif tersebut boleh disolek sekaligus dan tidak perlu menukar benang.

Teknik tenunan Songket Sarawak

Songket Sarawak ini juga ditenun menggunakan 3 teknik iaitu teknik dua kali ketuk, empat kali ketuk dan enam kali ketuk.

Kenali Songket Sarawak, Tenunan Unik Menggunakan 30 Sifir Khas
Proses tenunan songket Sarawak. Sumber : FB Seri Gedong Songket

Mari kita kenali pula 5 jenis songket Sarawak yang selalu dihasilkan oleh para penenun.

1. Kain Songket Belatak

Kain songket belatak merupakan tenunan songket yang bercorak bunga penuh. Ia turut dikenali dengan nama Jong Sarat di kawasan utara Sarawak. Corak dua muka belah dalam dan luarnya yang seolah-olah sama inilah yang menjadi keunikan kain belatak. Kain songket belatak ini juga tidak menggunakan banyak motif tetapi tenunannya begitu sarat dan padat sehingga ia hanya jalinan motif benang emas yang timbul sahaja jelas kelihatan.

Oleh sebab rupanya yang tampak mewah dan berprestij, ia sering digunakan sebagai kain busana perkahwinan.

Kenali Songket Sarawak, Tenunan Unik Menggunakan 30 Sifir Khas
Songket Sampin Merah Hati (Belatak). Sumber : FB Pustaka Negeri Sarawak
Kenali Songket Sarawak, Tenunan Unik Menggunakan 30 Sifir Khas
Sumber : FB Seri Gedong Songket
Ditenun Menggunakan Sifir Khas, Kenali Keunikan Songket Sarawak
Sumber : FB Seri Gedong Songket

2. Kain Songket Beturus

Dari namanya, anda pasti sudah dapat mengagak bahawa kain songket beturus ini mempunyai corak berdiri dan disolek dengan motir berjalur emas. Kain jenis ini mempunyai corak seakan-akan lurus atau berbelang-belang dan kelihatan menegak apabila digunakan oleh si pemakai. Ia kebiasaannya digunakan sebagai kain baju atau disebut sebagai kain tapeh.

Bahagian kepala kainnya disolek corak geometri dan kadang kala diselang selikan dengan motif bunga ros duduk atau motif bunga ros melelat. Di bahagian badan kainnya, kain songket beturus ini ditenun dengan corak petak berwarna warni atau menggunakan satu warna sahaja sama ada warna biru gelap, ungu, merah manggis, jingga, hijau lumut, merah hati dan warna tanah. Bagi menyerlahkan lagi keindahan kain songket ini, corak menggunakan benang pakan emas turut disolek secara berselang seli dan berulang-ulang.

Ditenun Menggunakan Sifir Khas, Kenali Keunikan Songket Sarawak
Sumber : FB Seri Gedong Songket

3. Kain Songket Berunei

Kain songket dipanggil kain songket Berunei bukan kerana ia ditenun dari negara Brunei tetapi ia sebenarnya merujuk kepada susun atur corak yang ada pada kain, terutamanya di bahagian kepala kain atau punca yang besar. Teknik tenunan kain songket Berunei ini dikatakan hampir sama dengan teknik tenunan kain songket betabor iaitu menggunakan teknik selit ikat dan matikan benang.

Kain songket Berunei ini mempunyai motif yang padat dan sangat hampir di setiap satu motif atau bunga.

Ditenun Menggunakan Sifir Khas, Kenali Keunikan Songket Sarawak
Sumber : FB Seri Gedong Songket
Ditenun Menggunakan Sifir Khas, Kenali Keunikan Songket Sarawak
Sumber : FB Seri Gedong Songket
Ditenun Menggunakan Sifir Khas, Kenali Keunikan Songket Sarawak
Sumber : FB Seri Gedong Songket

4. Kain Songket Penakan

Kain songket ini pula boleh dikatakan sebagai jenis songket yang sangat popular di Sarawak. Ia juga mudah dikenali kerana warnanya yang terang, seakan-akan buah pinang masak. Tanah kainnya pula adalah jenis yang berpetak-petak dengan corak motif yang disusun secara menegak.

Ditenun Menggunakan Sifir Khas, Kenali Keunikan Songket Sarawak
Kain Penakan Pinang Masak (Bintang Beralih). Sumber : MyCraft Shoppe
Ditenun Menggunakan Sifir Khas, Kenali Keunikan Songket Sarawak
Sumber : MyCraft Shoppe
Ditenun Menggunakan Sifir Khas, Kenali Keunikan Songket Sarawak
Sumber : MyCraft Shoppe
Ditenun Menggunakan Sifir Khas, Kenali Keunikan Songket Sarawak
Sumber : FB Seri Gedong Songket

5. Kain Songket Betabor

Kain songket betabor ini mempunyai 4 bahagian iaitu badan kain, pengapit kaki atas, pengapit dalam atau luar dan kepala kain atau disebut palak kain. Bahagian badan kainnya dihiasi dengan corak motif, biasanya bunga yang berterabur. Pada bahagian pengapit atas bawah dan juga pengapit dalam luar pula, motif yang sering digunakan adalah motif leok pakuk atau awan larat, tampuk pedada, kuda laut dan kiapuk.

Apa yang menjadikan kain songket betabor ini sangat istimewa daripada jenis kain yang lain adalah penggunaan motif yang sinonim dengannya iaitu motif tepi bunga pengantin dan sisi pengantin. Corak ini adalah kombinasi beberapa motif geometri dan asbtrak yang diulang-ulang secara menegak.

Ditenun Menggunakan Sifir Khas, Kenali Keunikan Songket Sarawak
Kain betabor bunga melur. Sumber : MyCraft Shoppe
Ditenun Menggunakan Sifir Khas, Kenali Keunikan Songket Sarawak
Kain betabor bunga melur. Sumber : MyCraft Shoppe
Ditenun Menggunakan Sifir Khas, Kenali Keunikan Songket Sarawak
Kain betabor bungai terong. Sumber : MyCraft Shoppe

Tidak hairanlah jika kain songket Sarawak ini menarik perhatian peminat songket sama ada dari dalam Sarawak sendiri, Semenanjung mahu pun di luar negara. Sehelai kain songket Sarawak ini mempunyai nilai sehingga berpuluh ribu ringgit bergantung kepada kerumitan corak dan tempoh masa pembuatannya. Di Sarawak, pengusaha songket Sarawak yang prominen adalah Pusat Tenun Songket Sarawak, Kampung Rajang, Belawai serta Seri Gedong Songket yang dibarisi oleh penenun wanita muda.

Ditenun Menggunakan Sifir Khas, Kenali Keunikan Songket Sarawak
Ramtiniwaiti Ramlee, tukang tenun dan pemilik Seri Gedong Songket (paling kanan), bersama dua penenun muda, Aimi Rashidah (tengah) dan Dzulfarina Syameera (kiri).

Anda boleh melihat produk songket Sarawak mereka di MyCraft Shoppe dengan menekan butang berikut;

Lihat Songket Sarawak Di Sini

Baca juga di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Next Article Pisang Warna Biru? Ketahui Pisang Blue Java Yang Dikatakan Berperisa Ais Krim Pisang Warna Biru? Ketahui Pisang Blue Java Yang Dikatakan Berperisa Ais Krim

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?