• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Oleh
Ismail NA
28 April 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam bagi masyarakat Muslim.

Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online. Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan. Maka, dengan itu, bermula jugalah kutipan zakat fitrah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Muslim yang berkemampuan. Untuk itu, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah menetapkan kadar zakat fitrah untuk Sarawak dan Sabah pada tahun ini masing-masing pada kadar RM 7.

Isi Isi Penting
  • Zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam bagi masyarakat Muslim.
  • Kaedah 1 : Portal Baitulmal Kamek
  • Kaedah 2 : Perkhidmatan Maybank2u/MAE Maybank/Maybank QRPAY
  • Kaedah 3 : Aplikasi Sarawak Pay
  • Kaedah 4 : Aplikasi Tulus
  • Kaedah 5 : QR DuitNow
  • Kaedah 6 : Amil Yang Bertauliah
  • Kadar zakat untuk Wilayah Persekutuan Labuan pula ditetapkan pada 3 kadar berbeza
  • Baca juga artikel berkaitan :

Tahun lalu, Sabah mengenakan 2 pilihan kadar zakat fitrah iaitu pada kadar RM 6 dan RM 7.50. Kadar zakat fitrah Sarawak pula kekal sama seperti tahun lalu.

Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online
Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Bagi penduduk di Sarawak, di sini kami kongsikan cara dan panduan yang telah tersedia untuk anda menunaikan kewajipan zakat tahun ini. Terdapat 6 cara mudah yang boleh anda pilih untuk anda membayar zakat fitrah sebelum berakhirnya waktu membayar zakat fitrah tahun ini.

Kaedah 1 : Portal Baitulmal Kamek

Jika anda memilih kaedah ini, anda perlu log masuk terlebih dahulu ke dalam portal Baitulmal Kamek. Jika anda belum mempunyai akaun, cipta akaun dan log masuk seperti yang disarankan. Kemudian, di bahagian kiri papan pemuka, tekan pilihan BAYARAN > ZAKAT FITRAH. Ikuti langkah seterusnya sehingga anda dibawa ke laman pilihan pembayaran seperti yang terpapar pada tangkap layar 4.

Anda juga akan diminta untuk mengisi alamat untuk tujuan penghantaran resit. Tetapi, jika anda rajin untuk mengambilnya sendiri di Bangunan Baitulmal, anda boleh memilih pilihan mengambil sendiri. Tandakan kotak yang selanjutnya, kemudian anda akan dibawa terus ke halaman pelayar pembankan. Mudah saja!

Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online
Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Kaedah 2 : Perkhidmatan Maybank2u/MAE Maybank/Maybank QRPAY

Setakat ini, Maybank merupakan satu-satunya bank yang membolehkan zakat fitrah Sarawak dibayar menggunakan 3 kaedah pembayaran digital mereka iaitu melalui perbankan internet Maybank2u, dompet digital MAE, dan juga Maybank QRPAY.

Hanya perlu imbas dan ikut arahan selanjutnya. Oh ya! Jangan lupa untuk simpan resit online anda selepas membuat pembayaran. Tak pun, ambil tangkap layar (screenshot) di skrin telefon pintar anda nanti.

Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online
Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online
Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Kaedah 3 : Aplikasi Sarawak Pay

Melalui aplikasi Sarawak Pay, anda juga boleh membayar zakat fitrah melalui 3 cara. Pertama, anda boleh terus ke aplikasi Sarawak Pay dan bayar terus. Kedua, memilih menggunakan aplikasi Sarawak Pay semasa anda membayar zakat menerusi portal Baitulmal Kamek. Ketiga, anda boleh memuat turun aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak dan pilih Sarawak Pay sebagai mod pembayaran.

Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Kaedah 4 : Aplikasi Tulus

Bagi anda yang belum pernah mendengar nama aplikasi ini, Tulus merupakan aplikasi pembayaran khas untuk 4 jenis muamalah Islam seperti zakat, waqaf, infaq, dan sedekah. Jika sebelum ini anda perlu memuat turun pelbagai aplikasi yang mewakili organisasi Islamik untuk menderma atau memberikan sedekah, tetapi dengan adanya aplikasi ini, anda boleh melakukan keempat-empat muamalah ini untuk pelbagai organisasi dalam satu aplikasi sahaja.

Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Setakat ini, aplikasi Tulus ini telah menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat untuk lebih daripada 10 buah negeri di Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan (termasuk WP Labuan), Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan juga Perlis.

Caranya mudah saja. Anda hanya perlu imbas kod QR yang diberikan berikut dan ikut langkah selanjutnya.

Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan resit rasmi pembayaran zakat fitrah anda, anda perlu menghubungi pihak Baitulmal Sarawak kerana aplikasi ini tidak mengeluarkan sebarang resit rasmi untuk pembayaran zakat fitrah.

Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Kaedah 5 : QR DuitNow

Jika anda pernah mendaftar DuitNow pula, tak perlu pening kepala. Imbas sahaja kod QR di bawah ini dan ikuti langkah selanjutnya.

Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Kaedah 6 : Amil Yang Bertauliah

Amil merupakan seorang wakil yang dilantik dan ditauliahkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak (Majlis Islam Sarawak) untuk mengutip zakat fitrah di kawasan kediaman ataupun di kawasan kampung. Pastikan anda membayar awal, ya? Jangan sampai tergesa-gesa pula di pagi raya.

Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Kadar zakat untuk Wilayah Persekutuan Labuan pula ditetapkan pada 3 kadar berbeza

Bagi Wilayah Persekutuan Labuan pula, terdapat 3 kadar zakat fitrah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kadar ini juga digunakan di wilayah persekutuan yang lain iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

3 kadar yang ditetapkan tersebut adalah sebanyak RM 5, RM 7 dan RM 14.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kadar tersebut telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan untuk tahun ini. Kadar wajib ditetapkan serendah RM 5 bagi mereka yang kurang berkemampuan bagi menunaikan kewajipan zakat fitrah akibat terkesan dengan pandemik COVID-19.

Bagi mereka yang sedikit berkemampuan, mereka juga boleh membayar dengan kadar RM 7 dan RM 14 bagi individu yang berkemampuan dan mempunyai kelapangan harta.

Bagi yang Muslim, jangan lupa tunaikan kewajipan anda. Salah satu daripada Rukun Islam tu!

Baca juga artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article UPSR Dimansuhkan Sepenuhnya, PT3 Bagi Tahun 2021 Pula Dibatalkan
Next Article Lebih Daripada 1,000 Sekolah Di Zon Merah Di Sarawak Akan Dibuka Semula Pada 14 Jun Lebih Daripada 1,000 Sekolah Di Zon Merah Di Sarawak Akan Dibuka Semula Pada 14 Jun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?