Perkara ini disahkan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi
Lebih Daripada 1,000 Sekolah Di Zon Merah Di Sarawak Akan Dibuka Semula Pada 14 Jun. Dilaporkan bahawa lebih daripada 1000 sekolah di zon merah di Sarawak akan dibuka semula pada 14 Jun setelah ditutup sejak 20 April lalu.

Alang-alang lima hari persekolah tinggal sebelum cuti perayaan jika dibuka lebih awal
Menurut laporan, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong mengatakan bahawa keputusan untuk membuka sekolah pada 14 Jun adalah kerana hanya tinggal 5 hari persekolahan sebelum cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri jika dibuka lebih awal.

Cuti perayaan tersebut akan bermula dari 8 hingga 16 Mei tahun ini.
Keputusan ini diambil oleh Menteri Pendidikan Kanan persekutuan Datuk Dr Radzi Jidin berikutan pertemuan dalam talian semalam yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Sepatutnya, para pelajar yang terlibat harus kembali ke kelas pada 3 Mei setelah perintah penutupan dua minggu yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri.
Dengan pengumuman Radzi pada hari Isnin lepas bahawa pelajaran sekolah akan diadakan dalam talian selama 2 minggu selepas cuti Hari Raya (dari 17 – 28 Mei) dan cuti pertengahan selama 2 minggu bermula pada hari berikutnya iaitu 29 Mei, ini bermakna sekolah di zon merah di Sarawak akan ditutup hingga 13 Jun.
Oleh yang demikian, Manyin mengatakan perkara ini akan menjadi cuti panjang bagi 372,433 pelajar dan 30,435 guru di 863 sekolah rendah dan 146 sekolah menengah yang telah ditutup.

Percutian yang panjang
Manyin berkata kementerian beliau akan bertemu dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk membincangkan apa langkah seterusnya.
Beliau menambahkan bahawa langkah seterusnya adalah dengan mengikuti senarai panduan dan SOP Kementerian Pendidikan yang telah dibuat tetapi disesuaikan agar sesuai dengan keadaan di Sarawak.
Pada 20 April lalu, semua sekolah di zon merah diarahkan tutup selama 2 minggu berikutan banyak kes Covid-19 yang muncul di sekolah.
Pada pertemuan dengan Radzi, Manyin mengatakan Kementerian Pelajaran telah mencadangkan agar Sarawak mempertimbangkan untuk menerapkan dasar penutupan sekolah sekurang-kurangnya dua hari apabila kes positif dilaporkan.
Penutupan juga bergantung kepada laporan Pegawai Kesihatan Daerah.
Sementara itu, Radzi telah meminta Sarawak untuk mempertimbangkan semula dasar KPM sebagai langkah seterusnya selepas 28 Mei kerana beliau bimbang dengan penutupan sekolah secara menyeluruh di kawasan dengan jumlah jangkitan yang tinggi yang boleh menyebabkan pelajar tidak menghadir sekolah selama setahun.

Meskipun pihak Sarawak sudah menjelaskan bahawa lonjakan (kes) akan menjadi lebih teruk jika sekolah-sekolah ditutup, Manyin mengakui bahawa Radzi juga benar kerana penutupan sekolah yang berpanjangan akan menjejaskan pendidikan pelajar.
“Beliau (Radzi) juga berpendapat bahawa pergerakan pelajar dapat lebih terkawal jika mereka berada di sekolah. Beliau mengatakan bahawa mereka akan terhad di sekolah. Sekiranya mereka tidak bersekolah, mereka mungkin lebih mudah bergerak, malah pergi dari satu kampung ke kampung yang lain,” tambahnya lagi.
Keputusan untuk menutup sekolah adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 selepas cuti dan sekolah akan ditutup untuk cuti penggal dari 29 Mei hingga 13 Jun.