• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Waris Sulu Ugut Mahu Sewa Sabah Kepada Negara Asing Setelah Gagal Tuntut Pampasan

Oleh
Nazihah AN
14 November 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Waris Sulu Ugut Mahu Sewa Sabah Kepada Negara Asing Setelah Gagal Tuntut Pampasan

Sulu mahu sewakan Sabah kepada Filipina atau China

Waris Sulu Ugut Mahu Sewa Sabah Kepada Negara Asing Setelah Gagal Tuntut Pampasan. Baru-baru ini, isu tuntutan oleh waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah kembali hangat dibicarakan selepas Mahkamah Agung Perancis membatalkan sepenuhnya tuntutan pampasan bernilai USD15 bilion yang dikenali sebagai ‘Final Award’ sebanyak RM62.59 bilion.

Mahkamah Agung Perancis membuat keputusan ini sebagai respon terhadap tuntutan yang pernah difailkan oleh seorang arbiter, Dr. Gonzalo Stampa, yang sebelumnya menyatakan bahawa pampasan seharusnya diberikan kepada waris Kesultanan Sulu sebagai balasan atas “hak” mereka terhadap Sabah.

Waris Sulu Ugut Mahu Sewa Sabah Kepada Negara Asing Setelah Gagal Tuntut Pampasan

Sebarang cadangan untuk menyewakan Sabah kepada kuasa asing adalah tidak masuk akal dan langsung tidak berasas

Susulan pembatalan tuntutan ini, peguam kepada waris Kesultanan Sulu, Paul Cohen, menyatakan bahawa anak guamnya kini bebas untuk “bertindak” ke atas Sabah. Tindakan ini dikatakan mungkin termasuk menyewakan wilayah itu kepada negara lain, seperti China atau Filipina, sebagai alternatif untuk mendapatkan pengaruh terhadap Sabah. Kenyataan ini menimbulkan kontroversi dan mencetuskan pelbagai reaksi di Malaysia, terutama dalam kalangan pemimpin yang melihat tuntutan tersebut sebagai cubaan mencabar kedaulatan negara.

Menteri Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang cadangan untuk menyewakan Sabah kepada kuasa asing adalah tidak masuk akal dan langsung tidak berasas. Beliau menegaskan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat sejak merdeka pada tahun 1957, dan Sabah pula menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 melalui proses yang sah dan mendapat sokongan majoriti rakyat Sabah sendiri.

Mengulas lanjut, Azalina menyatakan bahawa Malaysia mempunyai asas yang kukuh dalam menolak tuntutan ini, yang menurut beliau adalah “penipuan Sulu” atau “Sulu fraud”. Beliau turut mengingatkan bahawa Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962 serta referendum yang diadakan di Sabah membuktikan bahawa rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia dan ini menjadi asas undang-undang yang sah untuk menolak sebarang tuntutan luar.

Kes tuntutan waris Kesultanan Sulu ini bukan pertama kali mencetuskan isu, tetapi kehadiran peguam Cohen dan cubaan menggunakan undang-undang antarabangsa untuk menuntut Sabah dianggap sebagai taktik yang tidak sah oleh kerajaan Malaysia. Azalina memberi amaran bahawa Malaysia bersedia untuk menentang sebarang tindakan yang cuba mencabar kedaulatan negara, dan akan menggunakan semua saluran undang-undang untuk mempertahankan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Menang Kes Tuntutan, Malaysia Bebas Dari Bayaran USD 15 Bilion Kepada Pewaris Sulu
Therium, Sebuah Firma Amerika Dipercayai Dalang Membiayai Tuntutan Waris Sulu Terhadap Sabah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dituduh Jalin Hubungan Sulit, Wanita Ditahan Serang Jiran Hingga Cedera Di Sabah
Next Article Rakaman Dedah Ahli Politik Tertinggi Sabah Terlibat Rasuah Perlombongan Rakaman Dedah Ahli Politik Tertinggi Sabah Terlibat Rasuah Perlombongan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?