• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Diubah Lokasi Ke Filipina Dalam Google Maps, Beberapa Tempat Di Sabah Ini Berjaya Ditukar Semula

Oleh
Aina Musa
20 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Beberapa Kawasan Sabah Yang ‘Bertukar’ Jadi Filipina Di Google Maps Telah Berjaya Ditukar Semula

Ditukar oleh individu yang tidak bertanggungjawab di Google Maps

Diubah Lokasi Ke Filipina Dalam Google Maps, Beberapa Tempat Di Sabah Ini Berjaya Ditukar Semula. Tular baru-baru ini apabila beberapa kawasan di Sabah dilaporkan telah ditukar nama oleh individu tidak bertanggungjawab dengan menambah nama negara Filipina dalam aplikasi Google Maps.

Menurut laporan Kosmo menerusi aplikasi tersebut, Lapangan Terbang Sandakan telah bertukar menjadi ‘Lapangan Terbang Sandakan Filipina’.

Diubah Lokasi Ke Filipina Dalam Google Maps, Beberapa Tempat Di Sabah Ini Berjaya Ditukar Semula
Diubah Lokasi Ke Filipina Dalam Google Maps, Beberapa Tempat Di Sabah Ini Berjaya Ditukar Semula. Kredit Foto: FB Sabah Post

Selain itu, terdapat juga beberapa kawasan lain yang ditukarkan nama seperti Pasar Malam Tawau pada asalnya bertukar kepada Pasar Malam Tawau Filipina.

Hasil pemerhatian Kosmo, pertukaran ini hanya dapat dilihat dengan menggunakan aplikasi Google Maps sahaja.

Diubah Lokasi Ke Filipina Dalam Google Maps, Beberapa Tempat Di Sabah Ini Berjaya Ditukar Semula
Nama Pasar Malam Tawau pada asalnya bertukar kepada Pasar Malam Tawau Filipina. Kredit Foto: FB Sabah Post

Minta warga Sabah untuk menukar semula nama tersebut di Google Maps

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Sabah Post menerusi laman Facebook mereka beberapa hari lepas, nama Sandakan Airport di Google Maps mungkin telah disunting atau digodam oleh individu yang tidak bertanggujawab.

Difahamkan, berkemungkinan individu itu telah ‘masuk’ ke Google Maps dan menukar nama Lapangan Terbang Sandakan Ke Lapangan Terbang Filipina.

Diubah Lokasi Ke Filipina Dalam Google Maps, Beberapa Tempat Di Sabah Ini Berjaya Ditukar Semula
Minta warga Sabah untuk menukar semula nama tersebut di Google Maps. Kredit Foto: FB Sabah Post

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik juga, mereka menyeru seluruh warga Sabah untuk bersatu hati bagi menyunting semula beberapa nama kawasan itu kepada nama asal.

Hal ini kerana, untuk menukar kembali nama beberapa kawasan tersebut kepada nama asal memerlukan sekurang-kurangnya 100 ‘submission’ di Google Maps.

Berjaya ditukar semula atas kerjasama warga Sabah, terbaik!

Terbaru, perkongsian terkini menerusi akaun Twitter @MyNegara menyatakan bahawa nama Lapangan Terbang Sandakan telah berjaya ditukarkan kepada nama asalnya di Google Maps.

Diubah Lokasi Ke Filipina Dalam Google Maps, Beberapa Tempat Di Sabah Ini Berjaya Ditukar Semula
Nama Airport Sandakan berjaya ditukar semula. Kredit Foto: Twitter Mynegara

Akaun Twitter itu juga turut menzahirkan ucapan terima kasih dan syabas kepada semua rakyat Malaysia yang berusaha menukarkan kembali nama asal kawasan-kawasan yang ditukarkan nama itu.

“Syabas dan terima kasih kepada semua warga Sandakan, Sabah dan Malaysia yang membantu mencadangkan pertukaran di Google Maps.”

Ini sebabnya mengapa Malaysia lebih berhak miliki Sabah berbanding Filipina:

Lelaki Ini Jelaskan Kenapa Malaysia Lebih Berhak Miliki Sabah Berbanding Filipina
SUMBER :FB Sabah Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Macam Ada Skill Bertinju, Netizen Puas Lihat Video Lelaki Berbaju Putih Pertahankan Diri Di Lahad Datu
Next Article Tular Bantu Rakan Istimewanya, Sikap Pelajar Tahun Satu SK Sungai Kapit Ini Dipuji Ramai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?