• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Macam Ada Skill Bertinju, Netizen Puas Lihat Video Lelaki Berbaju Putih Pertahankan Diri Di Lahad Datu

Oleh
Husna Hazmi
19 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Video tersebut tular dan mendapat tontonan lebih setengah juta di Facebook.

Macam Ada Skill Bertinju, Netizen Puas Lihat Video Lelaki Berbaju Putih Pertahankan Diri Di Lahad Datu. Yakin bagaimanapun kita dengan diri sendiri, jangan sesekali lupa untuk bersikap rendah diri kerana di dalam dunia ini akan sentiasa ada yang lebih bagus daripada kita. Yakin itu boleh, tapi kenalah berpada-pada.

Baru-baru ini tular sebuah video pergaduhan dua orang lelaki di Lahad Datu, Sabah.

Macam Ada Skill Bertinju, Netizen Puas Lihat Video Lelaki Berbaju Putih Pertahankan Diri Di Lahad Datu
Macam Ada Skill Bertinju, Netizen Puas Lihat Video Lelaki Berbaju Putih Pertahankan Diri Di Lahad Datu

Lelaki berbaju ungu dilihat sedang mencabar lelaki berbaju putih

Pada awal video tersebut, lelaki berbaju ungu dilihat sedang mencabar lelaki berbaju putih ingin bergaduh.

Lelaki berbaju putih itu kemudiannya dilihat seperti ingin mengelak daripada pergaduhan namun apabila lelaki berbaju ungu tersebut mula menamparnya, dia lalu mempertahankan diri.

Apa yang membuatkan video tersebut tular di Facebook sehingga mendapat 568 ribu tontonan, lebih dari setengah juta, adalah apabila lelaki berbaju putih tersebut mempertahankan dirinya dengan skill bagai seorang peninju.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berkata bahawa mereka puas hati melihat lelaki berbaju putih tersebut mempertahankan dirinya.

Macam Ada Skill Bertinju, Netizen Puas Lihat Video Lelaki Berbaju Putih Pertahankan Diri Di Lahad Datu
Macam Ada Skill Bertinju, Netizen Puas Lihat Video Lelaki Berbaju Putih Pertahankan Diri Di Lahad Datu
Macam Ada Skill Bertinju, Netizen Puas Lihat Video Lelaki Berbaju Putih Pertahankan Diri Di Lahad Datu

Sebenarnya adiknya menghidap penyakit mental Schizophrenia 

Setelah tular video tersebut, sebuah akaun yang mengaku sebagai abang kepada lelaki berbaju ungu tersebut mengatakan bahawa adiknya menghidap penyakit mental iaitu Schizophrenia dan mendapat rawatan di klinik psikiatri.

Dia juga memohon agar sesiapa yang menemui adiknya tiba-tiba menjerit atau bertindak agresif untuk membiarkannya sahaja.

Sebaiknya, jika benar individu tersebut menghidap penyakit mental terutamanya Schizophrenia, seseorang perlu berada di sisi orang tersebut agar orang luar tidak akan tersalah faham. Seseorang yang menghidap penyakit Schizophrenia memerlukan penjagaan dan perhatian yang amat rapi.

Diharap agar video yang tular ini boleh menjadi pengajaran buat kita semua agar jangan sesekali melakukan provokasi terhadap individu lain dan kekerasan adalah bukan jalan penyelesaian.

Baca lagi di sini cerita terkini:

Seorang Mangsa Terpaksa ‘Ditidurkan’, Pemandu Langgar Lari 5 Kanak-Kanak Ditangkap Pihak Polis
Lelaki Pukul Warga Asing Enggan Beli Mesin Penggiling, Didenda RM 1,500 Di Kuching
SUMBER :Suara Sabah Today
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak Tatu Dianggap Simbol Keberanian, Ketahui Tradisi Kebangsaan Pribumi Sabah Dan Sarawak
Next Article Diubah Lokasi Ke Filipina Dalam Google Maps, Beberapa Tempat Di Sabah Ini Berjaya Ditukar Semula

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?