• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Doa Selamat Majlis Perkahwinan Penyebab Kluster Baru Di Bintulu, 41 Orang Positif COVID-19 Setakat Ini

Oleh
Husna Hazmi
15 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

102 orang telah disaring daripada Kluster Jepak Bintulu setakat ini.

Doa Selamat Majlis Perkahwinan Penyebab Kluster Baru Di Bintulu, 41 Orang Positif COVID-19 Setakat Ini. Dilaporkan bahawa, upacara perkahwinan di Kampung Jepak, Bintulu, telah mengakibatkan Kluster Covid-19 baharu, yang berlaku semalam ketika Sarawak melaporkan 489 kes baru dan lima kematian pada Rabu (14 April).

Doa Selamat Majlis Perkahwinan Penyebab Kluster Baru Di Bintulu, 41 Orang Positif COVID-19 Setakat Ini
Doa Selamat Majlis Perkahwinan Penyebab Kluster Baru Di Bintulu, 41 Orang Positif COVID-19 Setakat Ini. Gambar hiasan

Kes indeks Kluster Jepak adalah daripada seorang wanita dari kampung yang menganjurkan upacara “doa selamat” untuk perkahwinan

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengatakan kes indeks Kluster Jepak adalah daripada seorang wanita dari kampung yang menganjurkan upacara “doa selamat” untuk perkahwinan pada 3 April.

Wanita itu telah disahkan positif pada 7 April setelah menjalani pemeriksaan terhadap individu yang mengalami gejala di klinik kesihatan Bintulu.

“Kira-kira 70 orang menghadiri upacara itu. Setelah meneliti kenalan rapat, ahli keluarga dan kenalan kes indeks dan yang hadir dalam upacara tersebut, 41 kes positif lagi dikesan,” menurut JPBNS dalam satu kenyataan pada hari Rabu.

Dilaporkan bahawa, 102 orang telah disaring daripada Kluster Jepak Bintulu tersebut, dengan 36 ujian negatif dan 24 lagi masih menunggu hasil.

Gambar hiasan

Kluster baru yang dikesan di penjara Tembok Sri Aman dan pusat latihan polis Jalan Puncak Borneo

Selain itu, JPBNS juga berkata, Kluster baru yang dikesan di penjara Tembok Sri Aman dan pusat latihan polis Jalan Puncak Borneo, menyumbang kepada jumlah kes yang tinggi di negeri ini.

“Sebanyak 47 kes terlibat di Kluster Jalan Puncak Borneo. Kesemuanya adalah kenalan rapat yang dikuarantin dan tidak ada bukti bahawa jangkitan itu telah menyebar ke masyarakat.

“Kluster Tembok Sri Aman pula melaporkan 76 kes baharu dari ujian pusingan kedua. Kluster ini terkawal di penjara dan langkah-langkah telah diambil untuk mencegahnya daripada merebak ke masyarakat,” kata JPBNS.

Daripada lima kematian yang telah dicatatkan semalam, dua pesakit meninggal dunia di Hospital Sarikei, dua di Hospital Bintulu dan satu di Hospital Umum Sarawak.

Jumlah kes yang disahkan di negeri ini kini berjumlah 21,448 dengan 133 kematian.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PKP Di Sarawak? Pengerusi SDMC Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi Esok
Next Article Pelajar Didapati Positif COVID-19, SMK Sacred Heart Sibu Diarahkan Tutup

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?