SMK Sacred Heart ditutup selama 3 hari untuk disanitasi
Pelajar Didapati Positif COVID-19, SMK Sacred Heart Sibu Diarahkan Tutup. Dilaporkan bahawa, SMK Sacred Heart ditutup dalam tempoh masa 3 hari sehingga 16 April setelah didapati pelajar tingkatan 5 disahkan positif COVID-19.
Pelajar tingkatan 5A3 dikenakan kuarantin 14 hari
Notis diberitahu bahawa pelajar tingkatan 5A3 akan dikenakan kuarantin 14 hari setelah didapati kes COVID-19.
” Semua pelajar di kelas 5A3 akan menjalani kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikuti jadual waktu yang ada, dari jam 7.05 pagi hingga 1.35 tengahari,” tambah beliau.
Para pelajar dari kelas ini hanya dibenarkan sambung kelas fizikal pada 27 April ini.