I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Dr Jong, Doktor Asal Sibu Yang Mencipta Kondom Unisex Pertama Di Dunia

Oleh Farisha
15 Januari 2024
Kongsi
6 Min Bacaan

Kondom ini boleh diguna oleh wanita juga

Kenali Dr Jong, Doktor Asal Sibu Yang Mencipta Kondom Unisex Pertama Di Dunia. Secara umum, ia diketahui bahawa kondom dibuat untuk lelaki. Tetapi tahukah anda bahawa kondom untuk wanita wujud? Dan perekanya adalah seorang doktor dari Malaysia?

Dr. Jong Tang Ing Ching merupakan seorang pakar ginekologi dari Sibu dan juga pencipta jenama ‘Wondaleaf’ pada tahun 2013, mencipta kondom unisex pertama di dunia!

Kenali Dr Jong, Doktor Asal Sibu Yang Mencipta Kondom Unisex Pertama Di Dunia
Kenali Dr Jong, Doktor Asal Sibu Yang Mencipta Kondom Unisex Pertama Di Dunia

Bosan melihat kehamilan dan pengguguran yang tidak diingini

Dr Jong, seorang pakar ginekologi di Rejang Medical Centre di Sibu, berkata idea di sebalik ciptaan kondom ini adalah beliau “bosan melihat kehamilan dan pengguguran yang tidak diingini”.

“Saya telah melihat orang muda hamil pada usia 15 atau 16 tahun tanpa mengetahui apa yang harus dilakukan. Saya telah melihat wanita yang lebih tua dengan enam atau tujuh kanak-kanak hamil walaupun sudah ada kontrasepsi. Oleh itu, saya terus bertanya-tanya apa penyelesaiannya kerana tidak ada kaedah kontraseptif di luar sana yang 100% berkesan.”

Dr Jong

Selain itu, beliau juga bimbang alat-alat kontrasepsi yang ada tidak menjamin keselamatan daripada penyebaran jangkitan kelamin (STD) akibat liputan yang terhad.

“Kondom hanya menutupi zakar, ia tidak meliputi kawasan kemaluan lelaki. Banyak jangkitan, seperti herpes simplex atau genital warts, berlaku di pangkal zakar.”

katanya lagi.

Selain menyatakan kebimbangan terhadap lelaki, beliau juga berkata perkara yang sama berlaku untuk wanita. Menurutnya lagi,

“Kondom ini hanya baik untuk perlindungan pada faraj. Di luar faraj – vulva, labia – mereka tidak dilindungi oleh kondom. Semasa hubungan seksual, banyak geseran berlaku di sana dan serviks mengalami trauma. Itulah bagaimana human papillomavirus (HPV) masuk ke serviks dan menyebabkan barah serviks.”

Kondom yang boleh memberi pelindungan 100%

Setelah siasatan menyeluruh, Dr Jong memutuskan untuk membuat kondom yang dapat mengatasi masalah ini dengan berkesan – maka kondom Wondaleaf dilahirkan!

Kenali Dr Jong, Doktor Asal Sibu Yang Mencipta Kondom Unisex Pertama Di Dunia
Kenali Dr Jong, Doktor Asal Sibu Yang Mencipta Kondom Unisex Pertama Di Dunia. Kredit: Semantic Scholar

Kondom Wondaleaf bukan seperti kondom wanita biasa, ia boleh menutup kawasan perut bawah dan perineum!

Mempunyai dua sayap pelekat serta liputan yang meluas, kondom wanita ini boleh menghalang kontak kulit secara langsung serta mengelak pertukaran cecair badan semasa melakukan hubungan intim.

Ciri-ciri istimewa ini juga secara langsung mencegah risiko kondom itu tergelincir semasa hubungan seksual.

Kondom Wondaleaf bukan sahaja untuk wanita, bahkan lelaki juga boleh menggunakan kondom ini! Ia boleh dibalikkan untuk diletakkan di atas zakar dan boleh dipakai walaupun zakar lelaki belum ereksi – tidak perlu risau kondom anda tergelincir!

Ciptaan beliau dianugerahkan sekitar RM3 juta dalam geran inovasi persekutuan dan diluluskan oleh Lembaga Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) Malaysia

Dengan penemuan inovatif seperti ini, maka tidak hairanlah Dr Jong diberikan geran inovasi persekutuan sekitar RM3 juta. Penemuannya juga disetujui oleh PBPP serta memenuhi syarat untuk Intenational Organisation for Standardization (ISO).

Menubuhkan sebuah syarikat bernama Twin Catalyst untuk memasarkan produk tersebut, beliau dan pasukannya terus menyelidik alat perubatan baru. Beliau berharap suatu hari kondomnya dapat dijual di peringkat antarabangsa dan kini, mereka menggunakan teknologi yang sama untuk mengembangkan Wondaleaf Adhesive Pouch, pembalut kalis air untuk luka kecil seperti pada jari dan sunat.

Cara mengguna Wondaleaf Adhesive Pouch. Kredit: maymedictechnology

Kini, 4 pusat perubatan dilaporkan menggunakan teknologi ini dan Dr Jong serta pasukannya berharap inovasi baru ini dapat membantu mengurangkan kos perawatan luka dengan mengurangkan masa pembalut yang perlu diubah.

Boleh digunakan oleh mereka yang ada alahan lateks

Biasanya kondom dibuat dari getah, tetapi Wondaleaf dibuat dari polyurethane. Bahan ini merupakan sejenis plastik yang lebih kuat dan lebih nipis daripada lateks serta kalis air, fleksibel dan tidak berkimia.

3 tahun untuk memastikan bahan ini sesuai untuk tujuan yang dimaksudkan, kondom ini juga telah diuji untuk penembusan virus, biocompability, dan sifat tegangan serta ujian klinikal telah dibuat oleh wanita dan pasangan di Malaysia serta di Afrika Selatan.

Ujian klinikal telah di buat di Malaysia dan Afrika Selatan. Kredit: Vulcan Post

Kondom ini juga hanya nipis 0.04mm, sesuai untuk mereka yang ingin mengalami sensasi yang lebih realistik berbanding dengan kondom yang dikatakan memberi sensasi terhad.

Dengan harga RM14.99 untuk dua dalam sebungkus, pilihan ini lebih murah jika berbanding kondom wanita lain yang biasanya berharga RM15 ke atas (kondom wanita lebih mahal daripada kondom lelaki, serta tidak mudah didapati).

Wondaleaf Unisex Condom berharga RM14.99 untuk sebungkus dua keping, Kredit: Wondaleaf

Terdapat juga Wondaleaf Cap Condom yang hanya berharga RM8.00 sahaja untuk lelaki.

Kondom Wondaleaf untuk lelaki, lebih nipis dan selesa. Kredit: Wondaleaf

Sekiranya anda berminat untuk membeli kondom ini, anda boleh mendapatinya menerusi laman rasmi Wondaleaf. Terdapat juga video cara memakainya di sini sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana untuk memakainya.

Practice safe sex, elakkan perkara yang tidak diingini!

Baca lagi artikel yang berkaitan:

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Kenali Mohamed Bin Hamzah, Arkitek ‘Humble’ Pencipta Bendera Jalur Gemilang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Belum Jumpa Yang Power, Johan Ghazali Ajak Pesilat Beradu Tempur Di Kuching Johan Ghazali Jelaskan Perbandingan Sukan Silat dan Muay Thai
Next Article Isu Silat, Johan Ghazali Kesal Kenyataannya Disalah Erti Isu Silat, Johan Ghazali Kesal Kenyataannya Disalah Erti

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?