• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Johan Ghazali Jelaskan Perbandingan Sukan Silat dan Muay Thai

Oleh
Nazihah AN
15 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Belum Jumpa Yang Power, Johan Ghazali Ajak Pesilat Beradu Tempur Di Kuching

Beliau tidak bermaksud untuk menghina sukan silat

Johan Ghazali Jelaskan Perbandingan Sukan Silat dan Muay Thai. Johan Ghazali, seorang petarung Muay Thai muda yang kini sedang menempa nama di ONE Championship, telah mengundang reaksi ramai dengan pendapatnya mengenai sukan silat dan muay thai.

Jelasnya, sukan silat berbeza dengan muay thai di mana unsur-unsur pertarungan yang sengit tidak berlaku dalam sukan tersebut. Johan turut memberi contoh di mana sukan silat memiliki peraturan yang tidak membolehkan pesilat menumbuk bahagian muka, berbeza dengan sukan muay thai yang memerlukan seseorang mempamerkan kemahiran bertarung.

Johan Ghazali Jelaskan Perbandingan Sukan Silat dan Muay Thai
Johan Ghazali Jelaskan Perbandingan Sukan Silat dan Muay Thai

Ini adalah pendapat peribadi Jojo kerana beliau belum pernah berhadapan dengan pesilat yang kuat

Beliau mengatakan bahawa beliau belum pernah bertemu dengan pesilat yang hebat dan memberi pandangan bahawa sukan silat kurang realistik berbanding Muay Thai.

Beliau memberi pandangan ini dalam sebuah temubual dengan seorang pengaruh TikTok @yousaff, yang bertanya kepadanya tentang sukan silat. Johan berkata bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghina sukan silat, tetapi beliau merasakan bahawa sukan silat yang dipertandingkan di kejohanan-kejohanan tidak menunjukkan kemahiran sebenar.

Tak tahu sebab silat yang aku nampak, bukan aku nak jatuhkan sukan mereka, tapi silat olahraga yang aku tengok di orang fight tu macam sejujurnya dia rasa tak real. Sebab di orang tak boleh tumbuk muka, and diorang punya port sistem pelik, boleh bantahlah boleh itu inilah. So rasa muay thai lebih real and lebih authentic.”

@youusaff

Seni bela diri.

♬ Edit Phonk (Slowed) – Bgnzinho

Beliau menambah bahawa ini adalah pendapat peribadinya kerana dia belum pernah berhadapan dengan pesilat yang kuat. Di penghujung video, beliau menawarkan cabaran, “So kalau siapa-siapa silat nak challenge nak try, jom lah,” katanya.

Johan Ghazali, yang berasal dari Sarawak, telah mencipta nama dalam sukan Muay Thai dengan menangkap kontrak enam angka di ONE Championship. Beliau mempunyai rekod 4-0 tanpa kalah dalam siri ONE Friday Fights.

Beliau juga terkenal dengan kebolehannya untuk mengalahkan lawan-lawannya dalam masa yang singkat. Baru-baru ini, beliau menewaskan Edgar Tabares dari Mexico dalam 36 saat.

Ramai yang memuji bakatnya dan membandingkannya dengan Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon. Ini bukan kali pertama Johan Ghazali membuat ‘K.O’ dalam masa yang cepat.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Bintang Muda Dalam Sukan Muay Thai, Ini Biodata Johan Ghazali
Atlet Sarawak, Johan Ghazali Muncul Juara Muay Thai Remaja Peringkat Dunia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Fakta Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Cuti Ehsan Kematian Di Malaysia
Next Article Kenali Dr Jong, Doktor Asal Sibu Yang Mencipta Kondom Unisex Pertama Di Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?