Ketika dibagi makan, buaya tersebut bertindak ganas dan membaham tangan pelatih tersebut.
Majlis Parti Ulang Tahun Kanak-Kanak Bertukar Tragedi, Tangan Pelatih Haiwan Dibaham Buaya. Sebuah majlis parti ulang tahun kelahiran seorang kanak-kanak di sebuah pusat reptilia di bandar raya Lembah Barat, Utah, Amerika Syarikat (AS) bertukar menjadi menjadi kelam kabut apabila seekor buaya telah menyerang pelatih haiwan tersebut baru-baru ini.
Kejadian yang mengejutkan itu berlaku pada 14 Ogos lalu di Scales and Tails, Utah di bandar raya tersebut
Menurut laporan, buaya itu dengan tiba-tibanya menyerang pelatih haiwan tersebut dengan membaham sebelah tangannya. Pelatih wanita berkenaan kemudian cuba menarik keluar tangannya dari mulut buaya tersebut dan tidak dilepaskan oleh reptilia itu.
Dengan pantas, seorang pelawat iaitu Donnie Wiseman bertindak melompat ke dalam air sebelum berbaring dan memeluk badan buaya bagi membantu pelatih berkenaan mengeluarkan tangannya dari mulut buaya tersebut.
[Trigger Warning: Pautan di bawah mungkin terlalu ekstrim bagi sesetengah penonton.]
Tangan pelatih wanita berkenaan kemudian berjaya dikeluarkan
Tangan pelatih wanita berkenaan kemudian berjaya dikeluarkan dari mulut buaya tersebut selepas beberapa pengunjung lain turut membantu. Pengunjung yang lain juga segera memberi bantuan sebelum ambulans tiba.
Pelatih wanita tersebut kini dirawat di hospital dan dijangka akan pulih sepenuhnya. Dia juga berasa amat bersyukur kerana tanpa bantuan daripada pengunjung di situ, kecederaan yang dihadapi oleh dirinya mungkin akan menjadi lebih serius.
