• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dokumentari Sarawak Satu-Satunya Produksi Malaysia Dicalonkan Di Festival Filem KLEFF

Oleh
Farisha
9 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Satu-satunya wakil Malaysia bersaing dengan produksi antarabangsa di KLEFF

Dokumentari Sarawak Satu-Satunya Produksi Malaysia Dicalonkan Di Festival Filem KLEFF. Dokumentari Sarawak ‘Guardians of the Shore’ telah tercalon dalam kategori Filem Cereka/Dokumentari Panjang, Festival Filem Eco Antarabangsa Kuala Lumpur ke-15 (KLEFF) 2023.

Dokumentari arahan Mark Nyambang merupakan sebahagian daripada pemilihan rasmi 14 filem untuk kategori tersebut dan satu-satunya produksi dari Malaysia yang terpilih.

Dokumentari Sarawak Satu-Satunya Produksi Malaysia Dicalonkan Di Festival Filem KLEFF
Dokumentari Sarawak Satu-Satunya Produksi Malaysia Dicalonkan Di Festival Filem KLEFF. Sumber: Facebook

Menurut sumber, ia dinominasikan bersama produksi pemenang anugerah dari Perancis, Jerman, Rusia, Belgium, Kanada, China, Itali dan Amerika Syarikat.

“Sungguh suatu penghormatan untuk dicalonkan bersama produksi hebat ini dalam industri filem ekologi,” kata Mark dari Kayu Malam Productions, menerusi laporan.

Menunjukkan usaha pemuliharaan alam sekitar di sepanjang pantai di Sarawak

‘Guardians of the Shore’ menampilkan usaha kerajaan Sarawak melalui Perbadanan Perhutanan Sarawak untuk melindungi sumber marin negeri ini menggunakan reef ball.

“Saya sentiasa terpesona dengan keindahan lautan kita dan ekosistem marin yang pelbagai. Filem kami merupakan hasil kerja keras hampir lima tahun dan memaparkan usaha luar biasa Sarawak untuk melindungi sumber marin dan alam sekitar demi generasi akan datang,”

Mark Nyambang, pengarah dokumentari ‘Guardians of the Shore’

Ia telah ditayangkan buat pertama kalinya pada Februari tahun lalu di TVS.

Sarawak telah diiktiraf kerana membina tembok reef ball terpanjang di dunia sejauh 746km. Sebanyak 23,500 reef ball telah ditempatkan di perairan Sarawak sejak 1998 hingga 2022.

Festival filem yang dianjurkan setiap tahun sejak 2008 adalah untuk mempercepatkan arus perdana hidup mampan dan penjagaan alam sekitar melalui kuasa bahan audiovisual dan aktiviti.

KLEFF akan diadakan 17-18 Februari di Pantai Dalam

Untuk makluman, KLEFF adalah platform kreatif Malaysia yang pertama dan terlama yang menggalakkan hidup mapan. KLEFF 2023 akan diadakan pada 17-18 Februari di Taman Ekologi IWK Pantai Dalam.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Dokumentari Perpaduan Agama Di Miri Dinobat Pemenang Festival Filem Dunia Cannes
Filem Pendek ‘Teether’, SK Luagan Lawas Sekolah Rendah Pertama Di Malaysia Masuk Festival Filem Di New Orleans
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isu Larangan Khatam Quran, Ibu Bapa Pelajar Pelawa Sokongan Pengusaha Makanan Untuk Jayakan Majlis Isu Larangan Khatam Quran, Ibu Bapa Pelajar Pelawa Sokongan Pengusaha Makanan Untuk Jayakan Majlis
Next Article Laman Pengantin Di Samarahan, Pilihan Terbaik Untuk Majlis Anda

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?