• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dokumentari Perpaduan Agama Di Miri Dinobat Pemenang Festival Filem Dunia Cannes

Oleh
Ismail NA
26 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tahniah!

Dokumentari Perpaduan Agama Di Miri Dinobat Pemenang Festival Filem Dunia Cannes . Sebuah episod menerusi siri dokumentari Islamik ‘Syahadah’ yang bertajuk ‘Hijrah Muhibah’ atau terjemahan Bahasa Inggerisnya, ‘Migration Goodwill Malaysia’ telah berjaya memenangi Anugerah Filem Dokumentari Pendek Terbaik.

Dokumentari yang diterbitkan dan diarahkan oleh Azry Ahmad Mustapha Hadi ini mengisahkan tentang seorang agamawan dari Terengganu ke Miri, Sarawak untuk menyampaikan dakwah, dan akhirnya berhijrah secara tetap di sana setelah melihat sendiri perpaduan agama di bahagian utara Sarawak itu.

Dokumentari Perpaduan Agama Di Miri Dinobat Pemenang Festival Filem Dunia Cannes
Dokumentari Perpaduan Agama Di Miri Dinobat Pemenang Festival Filem Dunia Cannes. Sumber: FB Syahadah

Semangat toleransi antara agama yang wajar dicontohi oleh masyarakat dunia

Perpaduan agama di Miri adalah sebuah perkara yang unik meskipun umum mengetahui tentang hal tersebut. Keakraban dan keharmonian penganut Islam dan Kristian mencipta suasana yang damai dan positif.

Contoh yang begitu jelas adalah semangat toleransi antara Masjid An-Naim dan Gereja The Good Sheperd di Lutong, Miri. Kedua-dua pusat keagamaan ini berkongsi pekarangan letak kereta untuk kedua-dua penganut. Pada waktu solat Jumaat, gereja akan membuka perkarangannya untuk penganut Islam. Begitu jua pihak masjid akan membuka pekarangannya untuk penganut Kristian setiap pagi Ahad.

Malah, amalan menjemput penganut yang berlainan untuk menikmati jamuan bersama juga menjadi tradisi setiap tahun di sini. Misalnya, pada bulan Ramadan, pihak masjid akan menjemput penganut Kristian untuk bersama-sama menjamu selera bersama Muslim yang berbuka puasa di hadapan masjid. Begitu juga sebaliknya apabila tiba Hari Natal di mana pihak gereja akan menjemput jemaah masjid untuk menjamu selera di gereja dengan hidangan halal.

Dokumentari Perpaduan Agama Di Miri Dinobat Pemenang Festival Filem Dunia Cannes
Dokumentari Perpaduan Agama Di Miri Dinobat Pemenang Festival Filem Dunia Cannes

Festival filem yang turut mengiktiraf Jennifer Lopez, Clint Eastwood

Festival filem ini merupakan sebuah acara rasmi dalam kalendar IMDb. Tayangan untuk filem yang tercalon diadakan setiap bulan di Cineum Cannes di Perancis. Antara filem lain yang turut memenangi anugerah ini adalah ‘Draw with Me’, dokumentari tentang pelakon dan penyanyi Jennifer Lopez, ‘Why on Earth’ – Clint Eastwood, ‘Moonwhatcher: A Personnel Odyssey’ – Yoko Ono.

Dokumentari Perpaduan Agama Di Miri Dinobat Pemenang Festival Filem Dunia Cannes
Sumber: cannesworldfilmfestival.com

Dokumentari terbitan RTM ini juga turut memenangi Anugerah Dokumentari Pendek Terbaik dalam Bangkok International Documentary Awards. Tahniah diucapkan!

Ini satu lagi usaha anak tempatan yang wajar dipuji dan diberikan sokongan penuh:

Filem Pendek ‘Teether’, SK Luagan Lawas Sekolah Rendah Pertama Di Malaysia Masuk Festival Filem Di New Orleans
Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
SUMBER :Cannes World Film FestivalFB Syahadah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 11 Senarai Minggu Cuti Panjang Di Tahun 2023 (Dan Strategi Mohon Cuti)
Next Article diadakan sebagai penutup tirai bagi tahun 2022 Buat Warga Kuching, Countdown 2023 Peringkat Sarawak Bakal Diadakan Di Stadium Perpaduan Petra Jaya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?