• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dominos Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan

Oleh
Nazihah AN
10 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Dominos Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan

Lepas Ini Tak Perlu Ke Kuching!

Dominos Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan. Berita baik untuk peminat Domino’s Pizza di Sarawak, terutama di kawasan Samarahan! Domino’s Pizza akan membuka cawangan pertamanya di Kota Samarahan, yang terletak di UniPark, berhampiran stesen Shell Samarahan.

Ini bukan cawangan kedua di Sarawak kerana Domino’s Pizza telah lama bertapak di Kuching dengan beberapa cawangan sedia ada. Namun, cawangan di Kota Samarahan ini adalah yang pertama di kawasan tersebut, menjadikan ia berita yang sangat dinantikan oleh penduduk tempatan.

Dominos Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan
Sumber gambar: Facebook Irk Sfa

Domino’s Pizza Akhirnya Sampai Samarahan!

Khabar ini mula tular di Facebook selepas seorang individu berkongsi maklumat mengenai pembukaan cawangan baru ini. Ada juga netizen yang turut memuat naik gambar lokasi cawangan Domino’s tersebut di ruangan komen

Namun begitu, tarikh rasmi pembukaan cawangan ini masih belum diumumkan.

Domino’s Pizza sememangnya terkenal dengan pelbagai pilihan piza seperti Aloha Chicken, Classified Chicken, dan Pepperoni Feast, selain promosi menarik yang kerap ditawarkan. Kehadiran cawangan ini pasti akan memeriahkan lagi pilihan makanan untuk penduduk Samarahan, terutamanya golongan pelajar universiti yang tinggal berdekatan.

Jadi, sementara menanti tarikh rasmi, penduduk Samarahan hanya mampu bersabar sambil membayangkan pizza panas terus dari oven Domino’s. Harap-harap pembukaan ini tidak lama lagi!

Baca juga cerita menarik di bawah:

Ini 5 Port Pizza Di Kuching Yang Anda Patut Cuba
Berita Baik, Netizen Dedah McD Bakal Buka Cawangan Pertama Di Kota Samarahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article JPJ Lancar Ops Cahaya Seluruh Sarawak, Pemilik Kenderaan Cermin Gelap Berisiko Didenda
Next Article Pesakit Hilang 2 Liter Darah, Pihak HUS Rayu Derma Darah Kumpulan O Pesakit Hilang 2 Liter Darah, Pihak HUS Rayu Derma Darah Kumpulan O

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?