• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pesakit Hilang 2 Liter Darah, Pihak HUS Rayu Derma Darah Kumpulan O

Oleh
Nazihah AN
10 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Pesakit Hilang 2 Liter Darah, Pihak HUS Rayu Derma Darah Kumpulan O

Massive Transfusion Protocol: Apa yang Berlaku di HUS?

Pesakit Hilang 2 Liter Darah, Pihak HUS Rayu Derma Darah Kumpulan O. Hospital Umum Sarawak (HUS) sekali lagi menyeru rakyat Malaysia untuk tampil menderma darah, terutama mereka yang mempunyai darah kumpulan O.

Ini berikutan dua kes kecemasan yang berlaku semalam di mana Massive Transfusion Protocol (MTP) terpaksa diaktifkan. Bagi yang tak tahu, MTP ni hanya boleh diaktifkan oleh pakar perubatan jika pesakit menghadapi kehilangan darah yang sangat kritikal.

Pesakit Hilang 2 Liter Darah, Pihak HUS Rayu Derma Darah Kumpulan O

Darah Anda Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa

Menurut hantaran di Facebook rasmi Tabung Darah HUS, dua kes semalam melibatkan pendarahan serius akibat Upper Gastrointestinal Bleed. Pesakit-pesakit ini kehilangan hampir 2 liter darah setiap seorang, bersamaan hampir separuh jumlah darah dalam badan mereka!

Dalam usaha menyelamatkan nyawa, makmal pembekalan darah telah menghantar lebih daripada 60 beg darah untuk kedua-dua pesakit. Namun begitu, stok darah semakin berkurangan kerana penggunaan purata harian hospital ini hampir 80 beg darah. Majoriti keperluan adalah untuk darah kumpulan O.

Jadual Kempen Derma Darah Mingguan

HUS telah menyediakan jadual kempen derma darah mingguan untuk memudahkan penderma darah berpotensi mengetahui lokasi dan waktu yang sesuai untuk menderma. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut:

Pesakit Hilang 2 Liter Darah, Pihak HUS Rayu Derma Darah Kumpulan O

Kenapa Darah Kumpulan O Penting?

Darah kumpulan O dianggap sebagai penyelamat nyawa kerana ia boleh diberikan kepada pesakit dari kumpulan darah lain dalam situasi kecemasan. Tapi sekarang, bekalan darah kumpulan ini semakin kritikal. Jika anda berstatus “dah boleh derma”, HUS amat memerlukan bantuan anda untuk menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit di hospital.

Bagaimana Anda Boleh Membantu?

Mudah sahaja! Pergilah ke Tabung Darah HUS dan lakukan sumbangan darah anda. Proses ini hanya mengambil masa sekitar 30-45 minit, tetapi impaknya boleh menyelamatkan nyawa!

Jom jadi hero yang tak pakai jubah. Tangan anda mungkin jadi sebab orang lain boleh terus hidup. Derma darah sekarang!

Baca juga cerita berkaitan di bawah:

Hanya Terdapat Pada Etnik Bidayuh, Darah Rare Lelaki Sarawak Ini Diterbangkan Untuk Seorang Ibu Di Johor Bahru
Kenali Jenis Darah Ganjil Selain Darah ABO Yang Dimiliki Oleh Penduduk Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dominos Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan Dominos Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan
Next Article Netizen Teruja Dapat Guna Jambatan Muara Lassa Buat Kali Pertama

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?