• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

JPJ Lancar Ops Cahaya Seluruh Sarawak, Pemilik Kenderaan Cermin Gelap Berisiko Didenda

Oleh
Farisha
9 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

JPJ tegas pantau penggunaan cermin gelap, ini apa anda perlu tahu

JPJ Lancar Ops Cahaya Seluruh Sarawak, Pemilik Kenderaan Cermin Gelap Berisiko Didenda. Kalau anda peminat cermin gelap yang “kaw-kaw” gelap, mungkin ini masa untuk fikir dua kali! Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini melancarkan Ops Cahaya di seluruh Sarawak untuk memburu pengguna jalan raya yang melanggar peraturan cermin gelap di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Dalam kenyataan rasmi, JPJ menekankan bahawa operasi ini menumpukan kepada kesalahan penggunaan cermin gelap yang melampaui kadar ketelusan cahaya yang dibenarkan.

JPJ Lancar Ops Cahaya Seluruh Sarawak, Pemilik Kenderaan Cermin Gelap Berisiko Didenda
JPJ Lancar Ops Cahaya Seluruh Sarawak, Pemilik Kenderaan Cermin Gelap Berisiko Didenda. Sumber foto: Suara Sarawak

Kenapa JPJ Tegas Sangat?

Menurut JPJ, penggunaan cermin gelap yang melampau bukan sekadar melanggar undang-undang, tetapi juga membahayakan keselamatan diri sendiri dan orang lain.

“Kadar ketelusan cahaya yang rendah menyukarkan pemandangan, terutamanya dalam cuaca buruk atau waktu malam,” kata JPJ, menurut laporan media tempatan.

Malah, tahap penglihatan yang terjejas boleh menjejaskan kawalan stereng dan pergerakan kenderaan. Bayangkan kalau anda memandu dalam hujan lebat, tapi nampak jalan pun samar-samar. Bahaya, kan?

Peraturan Sedia Ada: Jangan Buat-Buat Tak Tahu!

JPJ mengingatkan bahawa kerajaan sudah memberikan kelonggaran bersyarat untuk penggunaan cermin gelap, tetapi masih ramai yang “main langgar” saja. Jadi, berikut adalah kadar ketelusan cahaya yang perlu anda tahu:

  • Cermin hadapan: Minimum 70% ketelusan cahaya
  • Cermin sisi hadapan (kiri dan kanan): Minimum 50% ketelusan cahaya
  • Cermin sisi penumpang dan belakang: Tiada had

Kalau anda fikir boleh “escape” dengan cermin gelap total, maaflah, JPJ memang tak akan kompromi kali ini.

Apa Hukuman Kalau Kantoi?

JPJ belum mendedahkan jumlah saman dalam kenyataan ini, tetapi jangan terkejut kalau dompet anda jadi ringan. Selain itu, ada risiko kenderaan anda disita kalau kesalahan dianggap serius.

Jadi, untuk pengguna jalan raya di Sarawak, sila semak keadaan cermin kereta anda. Tak rugi kalau patuh peraturan – selamatkan diri, orang tersayang, dan juga elakkan “duit melayang.”

Tag kawan anda yang suka “style” cermin gelap dan pastikan mereka baca ini.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan lelaki gelabah semasa roadblock kerana tinted kereta:

Gelabah Cabut Tinted Kereta, Gelagat Lelaki Limbang Jumpa Roadblock Ini Buat Netizen Berdekah
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Misteri Ratusan Ikan Mati Terapung Di 2 Sungai Kota Kinabalu, Punca Masih Jadi Teka-Teki
Next Article Dominos Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan Dominos Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?