I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: ‘Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap’ Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap’ Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival

Oleh Aina Syafiqah Musa 13 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
‘Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap’ Wanita Ini Dedah Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di KFF

Hati-hati ke Kuching Food Festival dan awasi barangan peribadi anda.

‘Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap’ Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival. Semasa berada di tempat awam, tentunya kita perlu lebih berhati-hati dan melindungi barangan peribadi daripada menjadi mangsa ‘penyeluk saku’ dan sebagainya. 

Terbaharu, seorang wanita telah mendedah dirinya telah menjadi mangsa penyeluk saku semasa berkunjung ke Kuching Food Festival (KFF) 2022 yang sedang berlangsung ketika ini.

'Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap' Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival
‘Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap’ Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival. Kredit Foto: FB 零一摄影师James

Beliau telah mendedahkan insiden tersebut menerusi akaun facebook miliknya dan dikongsi oleh Facebook Sarawak Road Updates.

Selain dompet, duit dalam akaun turun hilang

Menerusi perkongsian tersebut, beliau memaklumkan bahawa dompet miliknya telah hilang dicuri tanpa disedari oleh beliau.

Tambah memilukan, duit yang disimpan dalam akaunnya turut hilang ‘dikebas’ oleh penyeluk saku itu.

Dalam perkongsian tersebut juga, beliau sempat berpesan kepada pengunjung yang hadir ke Kuching Food Festival supaya lebih berhati-hati dengan taktik kotor penyeluk saku ini.

Ini reaksi dan pesanan daripada netizen!

Perkongsian beliau di Facebook telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Berdasarkan beberapa komen, rata-rata netizen beranggapan penyeluk saku tersebut terlebih dahulu membeli barangan dan membayar barangan tersebut menggunakan kad bank beliau.

Barangan tersebut pula dibayar menggunakan transaksi ‘pay wave’ sehingga menyebabkan duit dalam akaun mangsa lesap.

'Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap' Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival
Kredit Foto: Sarawak Road Updates
'Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap' Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival
Kredit Foto: Sarawak Road Updates
'Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap' Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival
Kredit foto: Sarawak Road Updates
'Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap' Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival
Kredit foto: Sarawak Road Updates

Tips untuk mengelak menjadi mangsa penyeluk saku

Selain berpesan untuk lebih berhati-hati, netizen turut berkongsi pelbagai idea untuk mengelak daripada menjadi mangsa penyeluk saku.

Antaranya adalah dengan membuat pembayaran melalui ‘Sarawak Pay’ dan meminimumkan had transaksi pembayaran menggunakan ‘pay wave’.

'Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap' Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival
Kredit foto: Sarawak Road Updates
'Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap' Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival
Kredit foto: Sarawak Road Updates

Malang tidak berbau. Semoga semua pengunjung ataupun orang awam lebih berwaspada dengan taktik penyeluk saku ini lebih-lebih lagi ketika berada di tempat yang sesak.

Awasi barangan peribadi anda! Ketahui apa yang menarik di Kuching Food Festival:

Menarik Dan Unik, Ini 5 Gerai Paling Best Di Kuching Food Festival 2022
Kuching Food Festival Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 29 Julai Ini!
SUMBER : FB Sarawak Road Update
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Guru Dari Sabah Ini Ambil Inisiatif Pelihara Pakaian Etnik Rinongkitan Berusia 100 Tahun
Next Article 'Telan CD Ka Ni?'- Menyanyi Di Rumah Asap Artis Tempatan Sarawak Ini Dipuji ‘Telan CD Ka Ni’- Tular Menyanyi Di Rumah Asap, Artis Tempatan Sarawak Raih Perhatian Ramai

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?