• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Telan CD Ka Ni’- Tular Menyanyi Di Rumah Asap, Artis Tempatan Sarawak Raih Perhatian Ramai

Oleh
ILB - AI
13 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
'Telan CD Ka Ni?'- Menyanyi Di Rumah Asap Artis Tempatan Sarawak Ini Dipuji

Menyanyi di rumah asap tapi suara seperti suara Dayang.

‘Telan CD Ka Ni’- Tular Menyanyi Di Rumah Asap, Artis Tempatan Sarawak Raih Perhatian Ramai. Sejak viral semalam di media sosial Facebook, pemilik suara Winnie Albert meraih banyak perhatian apabila beliau menyanyikan lagu Percayalah nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dengan sempurna. Lagi menarik apabila beliau mendendangkan nyanyiannya di rumah asap.

Tidak salah apabila video nyanyiannya viral dek kerana suaranya benar-benar setanding dengan nyanyian artis profesional. Bahkan, ada yang menyamakan suara beliau seperti suara Dayang Nurfaizah. ”Telan CD” kata seorang netizen apabila memuji suara beliau yang sama sedap didengar seperti suara milik Dayang Nurfaizah.

'Telan CD Ka Ni'- Tular Menyanyi Di Rumah Asap, Artis Tempatan Sarawak Raih Perhatian Ramai
‘Telan CD Ka Ni’- Tular Menyanyi Di Rumah Asap, Artis Tempatan Sarawak Raih Perhatian Ramai. Sumber gambar: FB mStar Online

Hanya berpakaian kasual, tapi kualiti suara padu.

Walaupun dengan mengenakan pakaian kasualnya dan tidak mengenakan apa-apa solekan, tidak dapat disangkal kebolehan nyanyian beliau. Benar kata orang lama, jangan menilai rupa. Bahkan, menyanyi di rumah asap tanpa kelengkapan nyanyian yang gah seperti yang ada di pentas utama atau di studio rakaman, tetapi kualiti suara beliau langsung tidak terjejas. Padu, mantap, power bukan?

@dinozonefc09

#dayak #bidayuh #entertainer #dinozonefc #sarawak #fyp

♬ original sound – dinozonefc – DINOZONEFC

Dapat perhatian daripada artis dan komposer terkenal.

Ada juga netizen berseloroh “nyanyi lagu Siti tapi suara Dayang”. Kehebatan suara Winnie Albert ini telah menarik perhatian artis Malaysia iaitu Idayu AF. Seperti kita tahu, kehebatan suara Idayu mampu meniru sebijik suara artis lain dan memilik kelunakkan suaranya tersendiri dan suara Winnie telah menarik perhatiannya maka disini terbukti keaslian dan kehebatan suara emas Winnie.

Bahkan, komposer terkenal iaitu Ajai turut memberikan respon positif di video nyanyian beliau. Kita tahu juga hakikat bukan semua orang mampu mendendangkan lagu milik penyanyi nombor 1 negara kita. Tapi Winnie sudah membuktikan kemampuannya.

'Telan CD Ka Ni'- Tular Menyanyi Di Rumah Asap, Artis Tempatan Sarawak Raih Perhatian Ramai
‘Telan CD Ka Ni’- Tular Menyanyi Di Rumah Asap, Artis Tempatan Sarawak Raih Perhatian Ramai. Sumber gambar: IG mstaronlineofficial
'Telan CD Ka Ni'- Tular Menyanyi Di Rumah Asap, Artis Tempatan Sarawak Raih Perhatian Ramai
‘Telan CD Ka Ni’- Tular Menyanyi Di Rumah Asap, Artis Tempatan Sarawak Raih Perhatian Ramai. Sumber gambar: IG mstaronlineofficial

Untuk pengetahuan semua, Winnie Albert merupakan artis Iban tempatan yang memiliki lagu miliknya sendiri seperti Nadai Ganti Nuan, Pengerindu Betuchik Laman dan beberapa lagi lagu miliknya yang boleh didengari di platform Youtube milik beliau sendiri Winnie Albert. Jangan lupa untuk sokong dan layan lagu artis tempatan okay?

Anak-anak Sarawak memang banyak yang memiliki kebolehan dan bakat yang boleh dibanggakan. Jadi, boleh baca artikel berikut untuk mengetahui tentang kebolehan dan bakat anak Sarawak yang lain:

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY

Para Asean Games Solo 2022, Atlet Sarawak Ini Berjaya Rangkul Pingat Emas 400M Gaya Bebas Lelaki
SUMBER :FB mStar OnlineTikTok @dinozonefc9
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap’ Wanita Ini Dedah Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di KFF ‘Dompet Hilang, Duit Dalam Akaun Lesap’ Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Kuching Food Festival
Next Article Pemandu Kancil Tersepit, Punca Kemalangan Disyaki Bawa Laju Di Kawasan Selekoh Jalan Stakan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?