I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer

Oleh Kedung BK 22 Ogos 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer

Difahamkan, lelaki itu hanya menyedari perkara itu apabila isterinya memaklumkan bahawa namanya telah menjadi viral

Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer. Beberapa hari lalu, seorang wanita menjadi mangsa rompakan perbankan dalam talian apabila sekitar RM11.6k dicuri daripada akaunnya.

Setelah disiasat dengan pihak berkuasa, mereka mendapati wang itu dikeluarkan dari akaun di bawah nama Mohamed Azri Arbi Bin Abdullah dan dianggap sebagai suspek. Namun, lelaki itu segera tampil memaklumkan kepada wanita berkenaan bahawa dia tidak menyedari keadaan itu dan mendakwa tidak mengetahui apa yang telah berlaku.

Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer
Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer

Duit dalam bank lesap dalam 2 saat sahaja, sedangkan nombor TAC tidak diterima

Wanita tersebut, Lily Natty Elegance, baru-baru ini berkongsi menerusi Facebook beliau di mana duitnya sebanyak RM11,668.16 telah dicuri dari akaun syarikat beliau iaitu Ageless Haven Resources. Yang lebih menyedihkan, tiada apa-apa yang tinggal dalam akaun itu, membuatkan Natty benar-benar berasa marah dan kecewa.

Menurutnya, beliau tidak menerima sebarang nombor TAC atau SMS sebelum duit itu dicuri. Malah, beliau juga tidak memuat turun mana-mana aplikasi yang selalunya digunakan untuk mencuri maklumat perbankan.

Bank enggan memberi kerjasama

Susulan menyedari kejadian itu, Natty membuat laporan polis mengenai perkara tersebut dan menghubungi jabatan keselamatan siber Public Bank, iaitu bank kepunyaan akaun syarikatnya. Namun, respons bank berkenaan terhadap aduannya amat mengecewakannya.

Katanya lagi, ketika membuat aduan mengenai perkara itu kepada pihak Public Bank, beliau menyatakan bahawa bank itu “tidak memberi kerjasama” dan mendakwa “seolah-olah (saya) yang memberikan nombor TAC untuk meluluskan transaksi itu.”

Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer
Gambar sekadar hiasan.

Malah, beliau turut dinasihatkan untuk membatalkan perbankan dalam taliannya kerana ia tidak selamat selepas mereka mendakwa telefonnya telah digodam dan disahkan dilakukan oleh penipu selepas siasatan.

Menurut siasatan, Natty mengatakan “transaksi itu tidak dapat dipulihkan kerana duit tersebut telah dikeluarkan daripada nama akaun benefisiari Mohamed Azri Bin Abdullah kepada Hong Leong Bank.”

Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer
Siasatan mendapati duit itu telah dihantar kepada akaun milik seorang lelaki bernama Mohamad Azri Arbi Bin Abdullah. Kredit foto: FB Lily Natty Elegance

Disebabkan wang itu telah dikeluarkan, Natty hanya dinasihatkan untuk menukar kata laluannya, membatalkan perbankan internetnya dan melakukan transaksi di kaunter – sebuah penyelesaian yang Natty tidak boleh terima.

Sehingga kini, Natty mendakwa pihak Public Bank langsung tidak memberi kerjasama untuk membantunya dan pihak Hong Leong Bank masih mendiamkan diri.

Pemilik akaun tampil untuk mempertahankan diri

Selepas perkongsian Facebook Natty menjadi viral, pemilik akaun bank Hong Leong terbabit, Mohamed Azri, tampil kepada Natty di Facebook Messenger untuk cuba membersihkan namanya kerana dia percaya akaunnya telah disalahgunakan.

Menurut Azri dalam tangkapan layar yang dikongsi Natty mengenai perbualan mereka, dia hanya menyedari namanya telah menjadi viral apabila isterinya memaklumkan perkara tersebut kepadanya.

Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer
Kredit foto: FB Lily Natty Elegance

Malah, sebaik menyedari perkara terbabit, Azri segera membuat laporan polis untuk cuba membersihkan namanya kerana kini dicopkan sebagai scammer.

Dalam laporan polis berkenaan, Azri berkata akaun bank terbabit sudah lama tidak digunakan dan kad ATM itu pun tercicir sejak dua bulan yang lepas. Azri juga menawarkan kerjasama penuh kepada Natty untuk membantu menyelesaikan perkara itu demi keselamatan dirinya serta keluarganya.

Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer
Kredit foto: FB Lily Natty Elegance

Jadi, siapa yang bertanggungjawab atas masalah ini?

Rata-rata netizen bersimpati dengan Natty atas musibah yang menimpanya. Untuk Azri pula, netizen berbahagi pendapat.

Antaranya seperti:

Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer
Kredit foto: FB Lily Natty Elegance
Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer
Kredit foto: FB Lily Natty Elegance
Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer
Kredit foto: FB Lily Natty Elegance

Apa-apa pun, jika Azri disahkan tidak bersalah dalam ini, semoga mereka berdua dapat menemui penyelesaian untuk masalah ini. Bagi pihak bank pula, ia diharapkan mereka beri kerjasama untuk membantu mangsa.

Selain itu, pihak bank juga digesa untuk meningkatkan keselamatan siber mereka kerana semakin banyak kes wang dikeluarkan dari akaun tetapi pemilik pun tak perasan. Makin lama makin rasa tak selamat guna online banking. 😭

Wanita ini pula mengalami kerugian sekitar RM10k selepas memuat turun aplikasi yang menyamar sebagai aplikasi IPTV:

Modus Operandi Scam Terbaharu, Hati-Hati Dengan Orang Menyamar Sebagai Seller Aplikasi IPTV

Hati-hati dengan modus operandi baharu ini:

Scammer Pencen Sebagai ‘Penjawat Awam’, Rupa-Rupanya Tukar Bidang Dan Guna Modus Operandi Baru
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Masja Kena Ambush Polis, Netizen Sempat Rakam Gelagat Mat Motor Terciduk Lari
Next Article Peringkat Negeri Sarawak 2022, Bintulu Jadi Tuan Rumah Untuk Sambutan Hari Malaysia Tahun Ini Bintulu Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2022 Tahun Ini

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?