• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Masja Kena Ambush Polis, Netizen Sempat Rakam Gelagat Mat Motor Terciduk Lari

Oleh
Ismail NA
22 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Memang tak serik ya.

Masja Kena Ambush Polis, Netizen Sempat Rakam Gelagat Mat Motor Terciduk Lari. Masja sememangnya terkenal dengan kegiatan mat motor seperti melepak dan berlumba haram memandangkan jalan di kawasan berkenaan agak luas.

Namun, nasib mat motor ini kurang baik kerana mereka secara tiba-tiba diserbu secara mengejut oleh pihak polis.

Masja Kena Ambush Polis, Netizen Sempat Rakam Gelagat Mat Motor Terciduk Lari
Masja Kena Ambush Polis, Netizen Sempat Rakam Gelagat Mat Motor Terciduk Lari. Sumber: TikTok @alnizam10

Menerusi rakaman video yang tular di TikTok, sekumpulan besar penunggang motorsikal atau ‘mat motor’ lari tak cukup tanah apabila diserbu pihak polis semalam.

Masja, port terkenal lepak dan lumba mat motor di Kuching

Sebagaimana yang diketahui oleh umum, kawasan Masja di Petrajaya, Kuching merupakan ‘port’ terkenal bagi mat motor berkumpul secara beramai-ramai dan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti lumba haram.

Video yang berdurasi 32 saat ini memaparkan gelagat mat motor yang cuba untuk lari daripada ditahan daripada pihak polis. Namun kebanyakannya gagal melepaskan diri daripada pihak polis yang sudah bersedia untuk menyerbu mereka dari jalan utama.

@alnizaml0

#ambush#petangminggu #tiktokkuching #kuchingsarawak

♬ Sikok Bagi Duo – Meli Dedi

Serbuan ini dikhabarkan dilaksanakan pada petang hari Ahad (21 Ogos 2022). Sehingga artikel ini diterbitkan, video gelagat mat motor ini telah mendapat lebih 37 ribu tontonan di aplikasi TikTok.

Bertempiaran tak pakai selipar, sembunyi dalam belukar

Dalam video yang berasingan, salah seorang mat motor yang terlibat dalam serbuan tersebut juga sempat menceritakan bahawa mereka sempat lari daripada serbuan berkenaan sehingga tidak sempat memakai selipar. Menerusi video yang dimuat naik oleh mat motor berkenaan, mereka sempat bersembunyi di sebalik belukar bagi mengelakkan daripada ditangkap oleh pihak polis.

https://www.tiktok.com/@myzulashrafe/video/7134513156516252954
Masja Kena Ambush Polis, Netizen Sempat Rakam Gelagat Mat Motor Terciduk Lari
Tangkap layar TikTok

Netizen kata padan muka

Tinjauan di laman komen video pula mendapati rata-rata netizen yang menonton gelagat ini memuji tindakan PDRM yang pantas dan cekap menangani kegiatan yang tidak berfaedah ini. Bukan itu sahaja, ada juga netizen sudah sedia maklum bahawa Masja kini sememangnya menjadi kawasan panas dan sering dipantau oleh pihak polis memandangkan kegiatan sebegini sudah bertapak di sana sejak sekian lamanya.

Namun, mat motor ini nampaknya tidak serik. Bak kata orang Sarawak, Masja keras bossku.

Masja Kena Ambush Polis, Netizen Sempat Rakam Gelagat Mat Motor Terciduk Lari
Sumber: TikTok @alnizam10
Masja Kena Ambush Polis, Netizen Sempat Rakam Gelagat Mat Motor Terciduk Lari
Sumber: TikTok @alnizam10
Masja Kena Ambush Polis, Netizen Sempat Rakam Gelagat Mat Motor Terciduk Lari
Sumber: TikTok @alnizam10
Masja Kena Ambush Polis, Netizen Sempat Rakam Gelagat Mat Motor Terciduk Lari
Sumber: TikTok @alnizam10
Masja Kena Ambush Polis, Netizen Sempat Rakam Gelagat Mat Motor Terciduk Lari
Sumber: TikTok @alnizam10
Masja Kena Ambush Polis, Netizen Sempat Rakam Gelagat Mat Motor Terciduk Lari
Sumber: TikTok @alnizam10

Haih, macam-macam hal lah. Rasanya ada banyak lagi aktiviti lain yang lebih berfaedah dan menyeronokkan daripada menunggang, berlumba dan melepak tanpa arah tujuan. Cuba anda cadangkan aktiviti bermanfaat lain yang boleh dilakukan selain melepak dan berlumba di Masja?

Layangkan cadangan anda di laman komen ya!

Baru-baru ini juga, Masja juga pernah diserbu oleh pihak polis bagi membanteras kegiatan mencurigakan mat motor:

Buat Aksi Wheelie Di Masja Kuching, 3 Remaja Ditahan Polis

Ini baru betul aktiviti berfaedah:

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Terhibur Lihat Pelancong Asing Cuba Menari Tarian Sumazau, Tapi Lain Pula Jadinya Netizen Terhibur Lihat Pelancong Asing Cuba Menari Tarian Sumazau, Tapi Lain Pula Jadinya
Next Article Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?