• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bintulu Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2022 Tahun Ini

Oleh
Nazihah AN
23 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Peringkat Negeri Sarawak 2022, Bintulu Jadi Tuan Rumah Untuk Sambutan Hari Malaysia Tahun Ini

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud turut hadiri sambutan tersebut

Bintulu Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2022 Tahun Ini. Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri akan diadakan secara fizikal di Lasar Kenyalang, Lapangan Terbang Bintulu Lama, Bintulu, Sarawak, pada 16 Sept, dan dijangka dihadiri 5,000 tetamu.

Menerusi portal berita BERNAMA, Menteri Pemodenan Pertanian dan Kemajuan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, yang juga menteri yang bertanggungjawab bagi sambutan itu berkata, sambutan ini penting bagi memperingati peristiwa bersejarah yang berlaku pada 16 Sept 1963.

Bintulu Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2022 Tahun Ini
Bintulu Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2022 Tahun Ini. Sumber gambar: Berita Harian

Bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’

Menurut beliau juga, sambutan itu akan dijalankan secara fizikal dengan mematuhi norma  baharu dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Oleh itu, marilah kita memupuk semangat patriotisme yang tidak berbelah bahagi untuk merealisasikan masa depan yang sejahtera ke arah menjadikan Malaysia negara maju mengikut piawaian kita sendiri, dan mengibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan atau kediaman untuk memeriahkan sambutan ini,”

katanya dalam satu kenyataan.
Peringkat Negeri Sarawak 2022, Bintulu Jadi Tuan Rumah Untuk Sambutan Hari Malaysia Tahun Ini
Sumber gambar: Berita Harian

Tambah beliau, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tab Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, dijangka menghadiri sambutan itu.

Menurut Utusan Borneo, sambutan Hari Malaysia 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ amat bermakna dalam memperingati perjuangan pemimpin terdahulu negara yang tiada tandingannya.

Peringkat Negeri Sarawak 2022, Bintulu Jadi Tuan Rumah Untuk Sambutan Hari Malaysia Tahun Ini
Sumber gambar: kkmm.gov

Pelbagai artis dan tarian suku kaum tempatan bakal dipersembahkan

Sambutan perayaan tersebut bakal mempersembahkan hiburan seperti nyanyian artis-artis tempatan dan artis terkenal tanah air akan menampilkan Dato M. Nasir, Andi Bernadee, Ramles Walter, Florence Lo, Claudia Geres, Safar Ghafar, Sazia Selir dan Max Kueh.

Tarian suku kaum tempatan di bahagian Bintulu iaitu etnik Iban, Orang Ulu, Melanau, Cina, Melayu, Bidayuh, Kadayan dan Vaie turut akan dipersembahkan pada majlis itu. 

Selain ini, kumpulan Koir Dvoices Majlis Seni Sarawak akan mempersembahkan Ritma Malaysia iaitu medley lagu-lagu patriotik digubah dalam satu persembahan nyanyian secara kumpulan (koir) dan gerak tari yang melambangkan semangat kebersamaan perpaduan dan kebanggaan sebagai anak Malaysia sebelum diakhiri dengan persembahan bunga api.

Lagi cerita terkini, anda boleh baca pautan di bawah:

Menjadi Pencakar Langit Dan Tarikan Di Kuching, Bangunan Vivacity 2 Bakal Dibina Di Tabuan

Netizen Terhibur Lihat Pelancong Asing Cuba Menari Tarian Sumazau, Tapi Lain Pula Jadinya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer Duit Dalam Bank Wanita Ini Lesap Dalam 2 Saat, Lelaki Dari Miri Ini Pula Jadi Mangsa Tuduhan Scammer
Next Article Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera Netizen Kagum Wanita Ini Berjaya Buat Peragut Di KL Terciduk Jatuh Motor, Rupa-Rupanya Askar Tentera

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?