I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Dulu Salah Satu Jenama Telefon Bimbit Terkemuka Di Dunia, Apa Yang Terjadi Pada Nokia?
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Dulu Salah Satu Jenama Telefon Bimbit Terkemuka Di Dunia, Apa Yang Terjadi Pada Nokia?

Oleh iloveborneo 9 September 2020
Kongsi
10 Min Bacaan
Dulu Salah Satu Jenama Telefon Bimbit Terkemuka Di Dunia, Apa Yang Terjadi Pada Nokia?

NOKIA – Connecting People

Dulu Salah Satu Jenama Telefon Bimbit Terkemuka Di Dunia, Apa Yang Terjadi Pada Nokia? Sebelum munculnya jenama telefon pintar seperti Apple, Samsung, Mi, Realme, Vivo, Oppo dan sebagainya, sebuah jenama menguasai pasaran telefon bimbit.

Isi Isi Penting
NOKIA – Connecting PeoplePada tahun 1998, Nokia menjadi jenama telefon bimbit terlaris di duniaMunculnya iPhone, CEO Nokia mentertawakan ApplePengenalan ‘iPhone Killer‘Jadi, apa terjadi?Diperoleh oleh Microsoft tetapi ia sudah terlambatKenapa sekarang? Kenapa tak buat dari dulu?Lambat ikut trend, tetapi kini berpulih secara perlahan-lahanSatu pengajaran bagi semua perniagaan

Jenama ini adalah Nokia. Pada suatu ketika dahulu, telefon bimbit Nokia dimiliki oleh hampir semua orang. Malah, sehingga hari ini Nokia masih memegang rekod untuk best-selling mobile phones dengan model Nokia 1100 dijual sebanyak 250 juta unit dan Nokia 1110 dijual sebanyak 250 juta unit, menjadi jumlah keseluruhan jualan sebanyak 500 juta unit.

Dulu Salah Satu Jenama Telefon Bimbit Terkemuka Di Dunia, Apa Yang Terjadi Pada Nokia?
Dulu Salah Satu Jenama Telefon Bimbit Terkemuka Di Dunia, Apa Yang Terjadi Pada Nokia?

Sebagai perbandingan, rekod Apple adalah 222.4 juta unit untuk model iPhone 6 dan iPhone 6 plus manakala rekod tertinggi untuk jumlah jualan telefon pintar Samsung adalah 80 juta unit bagi Samsung Galaxy S4.

Artikel Lain

Jadi Jururasa Kaki Ayam, Syarikat Ini Tawar Gaji Lumayan Sebanyak RM 13,000
Malaysia Menang, Berakhir Tuntutan Waris Sulu Atas Aset Syarikat Minyak Dan Diplomatik Malaysia
Malaysia Menang, Berakhir Tuntutan Waris Sulu Atas Aset Syarikat Minyak Dan Diplomatik Malaysia
Akibat Kehabisan Oksigen, Bayi-Bayi Di Gaza Terpaksa Dibungkus Guna Pembalut Aluminium

Dengan populariti serta jumlah jualan yang berkuantiti besar, Nokia mampu setanding dengan jenama besar seperti Apple dan Samsung. Namun dalam sekelip mata, mereka tiba-tiba hilang dari radar. Jadi, apa yang terjadi pada jenama ini?

Dulu Salah Satu Jenama Telefon Bimbit Terkemuka Di Dunia, Apa Yang Terjadi Pada Nokia?
Evolusi Nokia

Pada tahun 1998, Nokia menjadi jenama telefon bimbit terlaris di dunia

Tahukah anda Nokia ditubuhkan pada tahun 1865? Sebelum menjadi syarikat telekomunikasi yang kita kini kenali, Nokia ditubuhkan sebagai kilang pulpa. Nama Nokia bersempena dengan sebuah kota berhampiran iaitu Nokia di Finland.

Kota Nokia, Finland.

Beberapa perubahan perniagaan berlaku dalam masa beberapa tahun sehingga Nokia berputus untuk masuk dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Nokia pernah buat TV youuu! Kredit: Obsolete Technology Tellye

Setelah menceburi bidang IT, syarikat ini mula memperolehi syarikat-syarikat lain dalam misi membangunkan komputer, televisyen dan teknologi setaraf. Salah satunya ialah syarikat telefon bimbit Mobira pada tahun 1981, di mana Nokia mula membangunkan sebuah telefon bimbit yang mudah alih. Dalam masa sama, mereka tetap mengeluarkan komputer mereka dan lain-lain.

Menjelang 1990-an, Nokia mula mengalih fokus mereka kepada pasaran telefon bimbit.

Apabila telefon bimbit menjadi murah dan boleh dipercayai, pasaran massa memerlukan peranti yang paling sesuai dengan keperluan semua orang. Bagi banyak pengguna, peranti ini akan menjadi Nokia 3310, antara telefon bimbit terlaris di dunia.

Nokia 3310.

Terkenal dengan reliability dan ketahanan, telefon bimbit ini merupakan telefon bimbit pertama yang dimiliki oleh banyak pengguna. Perhatian terhadap telefon bimbit ini menyebabkan Nokia menguasai pasaran sepanjang awal tahun 2000-an.

Pada titik tertinggi mereka pada suku keempat 2007, Nokia menikmati 50.9% bahagian dari keseluruhan pasaran telefon pintar. Namun, ini akan segera menurun.

Munculnya iPhone, CEO Nokia mentertawakan Apple

Pada tahun 2007, Steve Jobs iaitu CEO Apple pada waktu itu, memperkenalkan iPhone.

iPhone 1st Generation.

iPhone ini iaitu iPhone 1st Generation dianggap sebagai telefon pintar pertama yang mempunyai touch screen yang boleh ditekan tanpa pen stylus. Pada waktu itu, telefon pintar yang mempunyai touch screen perlu menggunakan pen stylus untuk menekan skrin. Namun, Steve Jobs mengembangkan iPhone 1st Generation yang mempunyai touch screen tanpa bergantung pada pen terbabit.

Steve Jobs enggan menggunakan stylus pen pada produknya, aksesori yang sering digunakan untuk menekan skrin telefon pintar tanpa sentuhan pada masa itu.

Ketika pelancaran iPhone tersebut, CEO Nokia pada waktu itu iaitu Steve Ballmer, mentertawakan Apple kerana menganggap telefon pintar tersebut terlampau mahal dan “tidak menarik minat ahli perniagaan kerana ia tidak mempunyai papan kekunci, menjadikannya mesin e-mel yang buruk.”

Anda boleh lihat Steve Ballmer memberi reaksi umpama menyindir syarikat Apple:

Malah, pada akhir tahun 2007, separuh daripada semua telefon pintar yang terjual di dunia adalah Nokia, sementara iPhone hanya memiliki 5 peratus bahagian pasaran global.

Pengenalan ‘iPhone Killer‘

Pada tahun 2010, Nokia memperkenalkan produk mereka iaitu Nokia n97. Telefon pintar ini digelar sebagai ‘iPhone Killer‘ dan dijangka akan mengatasi iPhone.

Nokia N97.

Walau bagaimanapun, telefon pintar ini gagal menandingi persaingan. Malah, dari sini kualiti telefon mewah Nokia terus menurun dan hanya dalam tempoh 6 tahun, nilai pasaran Nokia merosot sekitar 90%.

Penurunan Nokia makin mendadak menjelang tahun 2011 dan akhirnya, syarikat tersebut diperoleh oleh Microsoft pada tahun 2013.

Jadi, apa terjadi?

Kejatuhan Nokia dari menjadi syarikat telefon bimbit terbaik di dunia sehingga kehilangan semuanya pada tahun 2013 telah menjadi kajian kes yang dibincangkan oleh guru dan pelajar di kelas pengurusan perniagaan.

Ketika menjelaskan kejatuhan Nokia, banyak pemerhati menemui tiga sebab:

  • Teknologi Nokia lebih rendah daripada teknologi Apple
  • Keangkuhan di kalangan pengurus peringkat atasan
  • Tidak berpandang jauh
  1. Satu sebab ramai orang tidak mahu mengguna telefon pintar Nokia adalah sistem operasinya yang jauh ketinggalan.

    Pada waktu itu, Nokia hanya selesa dengan ciri-ciri asas seperti membuat panggilan dan SMS serta mendengar lagu, jadi sistem operasi tidak begitu penting. Kelebihan Nokia hanya tertumpu ke menghasilkan telefon bimbit dan bukan mengembangkan sistem yang mengendalikannya.

    Sistem operasi mereka guna pada waktu itu ialah Symbian. Tetapi dengan kewujudan telefon pintar yang memerlukan sebuah sistem operasi untuk mengendalikan telefon pintar dengan lancar mengakibatkan Nokia untuk mempercepatkan perkembangan sehingga menyebabkan pelbagai jenis bug dalam sistem mereka (dan menjadi punca telefon pintar mereka lagging). Ia ternyata mereka sudah terlalu lambat untuk menghasilkan sebuah sistem operasi setanding dengan sistem iOS Apple.
  2. Pengurus pihak atasan Nokia pada waktu itu terlalu selesa dengan kedudukan mereka sebagai jenama telefon bimbit terkemuka di dunia. Ketika menjadi jelas bahawa ada tren baru yang masuk, mereka tidak menindaklanjutinya tetapi memutuskan untuk kekal di kedudukan mereka. Mereka gagal menyedari bahawa tren itu beralih ke pengalaman layar sentuh dan hanya bertindak kemudian ketika mereka akhirnya menyedari bahawa mereka ketinggalan apabila jenama lain mulai muncul di pasaran.

    Dalam erti kata lain, mereka gagal adapt dengan kemahuan pengguna.
  3. Pada puncak populariti mereka, mereka telah mengeluarkan telefon bimbit selama satu dekad. Selain itu, mereka menghasilkan pendapatan tinggi dengan kos yang lebih rendah, bererti syarikat tersebut mendapat keuntungan yang tinggi.

    Untuk telefon pintar, ia adalah konsep baru dan memerlukan lebih banyak wang untuk dikembangkan. Oleh sebab Nokia terlalu selesa dengan posisi mereka dalam pasaran telefon bimbit, mereka tidak terfikir untuk melabur dalam sesuatu yang akan menjadi jalan masa depan.

Diperoleh oleh Microsoft tetapi ia sudah terlambat

Menyedari sistem operasi Symbian tidak boleh digunakan lagi, Nokia berputus untuk menggunakan Windows 7 sebagai sistem operasi utama mereka.

Tak lama lepas itu, mereka memperkenalkan sebuah telefon pintar iaitu Nokia Lumia, sebuah telefon pintar yang dikendalikan oleh Windows 7.

Nokia Lumia

Pada tahun 2014, Microsoft akhirnya membeli Nokia dengan harga USD7.2 bilion tetapi hanya untuk Microsoft menjual aset mobile mereka dengan harga USD350 juta kepada Foxconn, HMD tidak lama selepas itu.

Dengan hanya 1% bahagian dalam pasaran telefon pintar pada sekarang ini, Nokia cuba membuat come back dengan menggunakan sistem operasi standard iaitu Android.

Kenapa sekarang? Kenapa tak buat dari dulu?

Pada masa pelancaran iPhone 1st Generation, Google sedang mengembangkan telefon pintar mereka sendiri. Namun, mereka berputus untuk menghentikan projek mereka dan beralih fokus pada konsep baru iaitu menciptakan sistem operasi yang dapat digunakan oleh syarikat telefon bimbit untuk telefon mereka. Sistem operasi ini kemudian dikenali sebagai Android.

Google menciptakan sebuah sistem operasi baru iaitu Android. Kini, sistem Android ialah OS standard untuk semua telefon pintar bukan berjenama Apple.

Apabila jenama lain mula partner dengan Android, Nokia masih bergelut dengan sistem operasi mereka dan membuat pilihan yang kurang bijak iaitu memilih Windows 7 sebagai sistem operasi pilihan mereka, menyebabkan mereka menjadi satu-satunya telefon pintar yang berbeza dari yang lain tetapi bukan seperti tahap iOS dan iPhone.

Menyedari bahawa orang sekarang lebih selesa menggunakan Android di telefon mereka serta aplikasi terhad di Windows, barulah mereka memutuskan untuk menggunakan Android sebagai sistem operasi mereka.

Lambat ikut trend, tetapi kini berpulih secara perlahan-lahan

Walaupun Nokia lambat bertindak, tak dinafikan mereka sudah belajar dari kesilapan. Malah, terdapat beberapa telefon pintar Nokia kini dijual di pasaran dan berdasarkan ulasan, mereka menunjukkan prestasi yang baik.

Nokia 7.2 dilancarkan pada tahun 2019.
Telefon pintar terbaru Nokia diumumkan pada bulan Ogos 2020.

Satu pengajaran bagi semua perniagaan

Kenaikan, kejatuhan dan kebangkitan semula Nokia harus dijadikan pengajaran terutamanya bagi pengusaha perniagaan.

Kisah ini juga berperanan sebagai peringatan – tak kira seberapa popular anda atau betapa tinggi di puncak anda berada, anda harus bertindak apabila perubahan trend berlaku.

Jangan stay put dan berharap semua akan berjalan lancar. Otherwise, anda hanya akan menjadi kenangan seperti bagaimana kita teringat pasal Nokia.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bekas Menteri Sabah Sahkan Veveonah Duduki Peperiksaan Pada Akhir Jun Bekas Menteri Sabah Sahkan Veveonah Duduki Peperiksaan Pada Akhir Jun
Next Article Video Lelaki Tembak Diri Sendiri Tular Di TikTok, Akaun Yang Buat Perkongsian Akan Dipadam Video Lelaki Tembak Diri Sendiri Tular Di TikTok, Akaun Yang Buat Perkongsian Akan Dipadam

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?