• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Durian Yang Paling Dicari, Inilah Sebab Mengapa Durian Musang King Adalah Durian Termahal

Oleh
ILB - AI
10 Oktober 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Durian Yang Paling Dicari, Inilah Sebab Mengapa Durian Musang King Adalah Durian Termahal

Hate it or love it, buah durian tak dinafikan adalah ‘Raja segala buah’

Durian Paling Mahal, Inilah Sebab Mengapa Durian Musang King Adalah Durian Termahal. Digelar king of fruits, buah durian adalah salah satu buah terkenal di dunia. Dengan kulitnya yang berduri, isinya yang lembut dan berkrim, maka tak hairanlah durian ini diberi gelaran itu.

Buah ini tidak hanya terkenal dengan luarannya yang berduri dan bahagian dalamnya yang berkrim, bau buah yang menyengat itu mendapat pelbagai reaksi. Ada yang tidak kisah dengan baunya, sementara yang lain membenci bau durian, menyamakannya dengan bau daging busuk.

Stink Smells Bad GIF by Charm La'Donna
Durian Yang Paling Dicari, Inilah Sebab Mengapa Durian Musang King Adalah Durian Termahal

Terdapat 30 spesies Durio (nama scientific Durian) yang diiktiraf, sekurang-kurangnya sembilan daripadanya menghasilkan buah yang boleh dimakan, dengan lebih dari 300 variasi bernama di Thailand dan 100 di Malaysia pada tahun 1987. Durio zibethinus adalah satu-satunya spesies yang terdapat di pasaran antarabangsa. Manakala, spesies lain dijual di kawasan tempatan mereka. Ia native to Borneo dan Sumatera.

Antara semua spesies durian, durian Musang King merupakan durian terkenal di kalangan spesies durian. Musang King terkenal dengan dagingnya yang berwarna kuning cerah serta harganya yang… boleh tahan mahal juga lah.

Kredit: Giphy

Asal usul durian Musang King

Durian Musang King (dikelaskan sebagai durio ziberthinus) merupakan durian yang manis dan pahit halus yang dikembangkan pada abad ke-20 dan sangat digemari kerana dagingnya yang berwarna kuning keemasan dan konsistensi yang lembut.

Ia juga dikenali sebagai D197, Rajah Kunyit, dan Mao Shan Wang di China dan merupakan salah satu varieti eksport teratas di seluruh dunia.

Kredit: Berita Harian

Asal usul ‘Musang King’ bermula pada sekitar tahun 1980-an, apabila seorang lelaki bernama Tan Lai Fook dari Pahang terserempak sebatang pokok durian di Gua Musang, Kelantan. Beliau kemudian membawa dahan pokok itu kembali ke Pahang untuk cantuman.

Berita tersebut lalu tersebar kerana baka baru ini menarik minat penanam lain. ‘Gua Musang’ jika diterjemahkan menjadi ‘Civet Cave’, dengan demikian mengambil nama ‘Musang King’, membuat buahnya berbunyi legendary.

Gua Musang, Kelantan. Kredit: TripAdvisor

Terkenal dengan isinya yang berwarna kuning cerah

Sebilangan besar kultivar (pelbagai jenis tanaman yang telah dihasilkan dalam penanaman dengan pembiakan selektif) mempunyai nama umum dan nombor kod yang dimulai dengan huruf ‘D’.

Sebagai contoh, beberapa klon popular ialah Sultan (D24), Kop (D99), Chanee (D123), Berserah/Green Durian/Tuan Mek Hijau (D145), Kan Yao (D158), dan Mon Thong (D159). Terdapat juga durian yang tidak mempunyai nama seperti D169. Terdapat lebih daripada 200 kultivar d. zibithinus wujud di Thailand.

Durian D24 (Sultan)
Durian D99 (Kop). Kredit: Durian Monthong Tani
Durian D123 (Chanee).
Durian D145 (Berserah/Green Durian/Tuan Mek Hijau). Kredit: DurioTourism
Durian D158 (Kan Yao). Kredit: Sixthseal
Durian D159 (Mon Thong).
Durian D169. Kredit: DurioTourism

Jabatan Pertanian mula mendaftarkan varieti durian pada tahun 1934. Terdapat 13 jenis yang mempunyai kualiti warna, tekstur, bau, rasa, hasil tinggi, dan daya tahan terhadap pelbagai penyakit.

Setiap kultivar ada rasa dan bau yang berbeza.

Bagi durian Musang King (D197), ia mempunyai aroma manis sulfurik, dianggap kurang pedas daripada varieti durian lain. Ia dikatakan rasa manisnya kaya dengan sedikit halia, buah-buahan tropikal dan bawang putih. Malah, isinya mempunyai penampilan yang berkerut dengan kulit semi-firm dan mempunyai konsistensi berkrim, padat, dan halus.

Durian D197 (Musang King). Kredit: Fun Hut

Jadi, kenapa durian Musang King paling mahal?

Buah durian mahal kerana beberapa sebab. Ia dianggap sebagai buah mewah, dan sangat dicari. Akibat permintaannya yang terus meningkat, sektor pertanian mengalami kesusahan untuk menampung permintaan pasaran. Selain masalah menampung permintaan pasaran, pengeksport menghadapi cabaran untuk mengangkutnya.

Sebab durian Musang King mahal adalah ia merupakan durian yang paling dicari. Tekstur dan rasanya yang menarik turut menyumbang kepada permintaan pasaran.

Tahukah anda bahawa harga durian Musang King di China jauh lebih tinggi daripada di tempat lain kerana permintaannya yang tinggi dan penawaran yang terhad? Ia sehingga mencecah 800% lebih tinggi daripada di Malaysia!

Di Malaysia, harga purata untuk sekilo durian Musang King adalah antara RM42 – RM96. Manakala di China, harga durian Musang King untuk berat yang sama boleh mencecah RM500 (untuk tahun 2017)!

Musang King di Hong Kong dijual dengan harga HKD1044 (bersamaan dengan RM551)! Kredit: Plantations International

Jika dibandingkan dengan harga durian D24 iaitu durian paling common di setiap gerai durian, harga durian D24 hanya sekitar RM21 sekilo (tahun 2021).

Durian Musang King vs D24. Kredit: Year of the Durian

Selain cabaran menampung permintaan pasaran dan pengangkutan, durian Musang King hanya boleh didapati semasa musim monsun barat daya di Malaysia – dengan musim menuai puncak dari bulan Jun hingga Ogos. Namun, ia penting untuk diperhatikan bahawa ketersediaan dan musim setiap tahun akan berubah bergantung pada cuaca.

Dengan gabungan ketersediaan terhad dan permintaan yang semakin meningkat kerana teksturnya yang unik dan enak, tidak hairanlah durian Musang King disebut durian termahal di antara varieti durian.

Durian mana anda suka? Komen dan jangan lupa share artikel ini!

Lagi di sini:

Keunikannya Digemari Ramai, Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo
Pekerja Pos Di Jerman Dimasukkan Ke Hospital Setelah Terhidu Bungkusan Durian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mempunyai Makna Tersendiri, Kenali Keunikan Mercu Tanda Setiap Bandar Di Sarawak
Next Article Rai Hari Lahir Pembantu Rumah Walaupun Berbeza Bangsa, Netizen Puji Tiktoker Dari Kuching Ini Rai Hari Lahir Pembantu Rumah Walaupun Berbeza Bangsa, Netizen Puji Tiktoker Dari Kuching Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?