• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mempunyai Makna Tersendiri, Kenali Keunikan Mercu Tanda Setiap Bandar Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
10 Oktober 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Lambang ikonik sesuatu tempat

Mempunyai Makna Tersendiri, Kenali Keunikan Mercu Tanda Setiap Bandar Di Sarawak. Setiap bandar di dunia ini pasti ada mercu tanda yang menjadi sebuah lambang atau identiti tempat itu sendiri.

Isi Isi Penting
  • Jom kita lihat mercu tanda yang unik dan menarik di Sarawak ini
  • 1. Kuching
  • 2. Serian
  • 3. Miri
  • 4. Lundu
  • 5. Limbang
  • 6. Sibu

Dari segi bentuknya yang berbeza mengikut keistimewaan yang ada pada tempat itu, mercu tanda ini merupakan sebuah tarikan serta satu medium untuk menyampaikan konsep pembangunan, sejarah, cerita lisan, bahkan budaya yang ada.

Di Sarawak khasnya, terdapat beberapa pusat bandar yang mempunyai maskot tersendiri. Malah lambang dan juga mercu tanda itu menjadi sebuah identiti yang membantu dalam mempromosi keistimewaan bandar kepada orang luar.

Mempunyai Makna Tersendiri, Kenali Keunikan Mercu Tanda Setiap Bandar Di Sarawak
Mempunyai Makna Tersendiri, Kenali Keunikan Mercu Tanda Setiap Bandar Di Sarawak

Jom kita lihat mercu tanda yang unik dan menarik di Sarawak ini

1. Kuching

Kuching merupakan pusat pentadbiran di Sarawak dan menjadi bandaraya pada 1 Ogos 1988. Ia mengandungi jumlah kependudukan yang paling tinggi di Malaysia Timur dan bandar yang terbesar di pulau Borneo. Kuching terkenal dengan maskot kucing menerusi sejarah Bukit Mata Kucing, pokok buah mata kucing dan istilah cochin dari India.

Mempunyai sebutan yang sama iaitu Kuching (bandar) dan Kucing (haiwan berkaki empat-felis catus), Kucing menjadi maskot kepada bandaraya Kuching kerana menurut kepercayaan lama, Kucing ialah haiwan yang membawa tuah.

2. Serian

Serian, sebuah bandar utama 60 km dari Kuching merupakan bandar yang terkenal dengan pusat rekreasi dan riadah. Selain itu juga, Serian juga mengeluarkan banyak hasil tanaman kebun yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

Durian menjadi mercu tanda kepada Serian kerana ia merupakan daerah utama dalam pengeluaran durian yang bermutu dan terbaik di Sarawak. Setiap kali musim durian, Serian akan bertukar menjadi ‘syurga raja buah’, sesuai dengan pemilihan maskot.

Kredit foto: FB SukaSuka

3. Miri

Miri merupakan bandar-bukan-ibu negeri di Sarawak yang diiktiraf menjadi bandaraya pada 20 Mei 2005. Miri diiktiraf menjadi bandaraya peranginan sebelum mendapat gelaran bandaraya pada 2005. Terkenal dengan telaga minyak dan petroleum, ia menjadikan Miri sebagai ‘bandar minyak’ atau ‘oil town’.

Selain itu juga, Miri terkenal dengan kekayaan biodiversiti, hutan hujan serta landskap akuatik yang diiktiraf oleh UNESCO. Kuda laut telah dipilih menjadi maskot Miri kerana kuda laut adalah khazanah kekayaan laut yang menjadi simbol kemegahan Miri.

4. Lundu

Terletak 100 km dari Kuching dan bersempadan dengan Kalimantan Barat, Lundu merupakan sebuah bandar kecil yang beroperasi sebagai kawasan pertanian seperti koko, lada, padi, buah-buahan, dan kelapa sawit. Ia juga merupakan kawasan bagi aktivit laut.

Sebelum ini, maskot bagi Lundu adalah sepasang burung merpati yang membawa maksud keamanan dan bersatu. Kini, pihak Majlis Daerah Lundu menjadikan Rafflesia sebagai maskot baharu bagi memperkenalkan tumbuhan unik tersebut yang tumbuh di Taman Negara Gunung Gading.

Kredit foto: FB SukaSuka

5. Limbang

Limbang merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di bahagian atas Sarawak dan juga penempatan lama yang kini menerima pembaharuan. Limbang merupakan lokasi utama di Sarawak dalam aktiviti lumba kerbau.

Pada 2011, pihak Majlis Daerah Limbang memutuskan untuk meletakkan replika kerbau di bulatan Bungsiol. Kini, kerbau jantan menjadi maskot utama Limbang dalam mempromosikan aktiviti lumba kerbau.

6. Sibu

Dikenali sebagai China Town Sarawak, Sibu merupakan daerah utama di Sarawak dan kaum Cina menguasai populasi di sini. Sibu juga antara pusat utama dalam tanaman lada hitam, lada putih dan dabai, makanan tempatan yang terkenal di Sarawak. Angsa putih menjadi maskot kepada bandar Sibu atas beberapa faktor.

Menurut legenda, Sibu pernah dilanda musim kebuluran. Apabila musim kebuluran berakhir, mereka melihat sekawanan angsa putih terbang di langit. Selain dari itu, sebutan sagu (makanan orang Melanau) adalah ‘go’ dalam bahasa Cina dan ia mirip dengan bunyi sebutan angsa. Oleh sebab itu, angsa putih dijadikan maskot kepada Sibu. Ia membawa makna harapan dan perubahan kepada bandar ini.

Kredit foto: FB SukaSuka

Haa, mesti anda pernah lihat kan segelintir mercu tanda yang terdapat di Sarawak ni. Sememangnya rekaan replika yang dibina adalah sangat unik dan menarik mengkiut keistimewaan tempat masing-masing.

Kalau korang tanya min, mana satu favourite mercu tanda semestinya Kuda Laut.

Lagi cerita menarik di sini:

https://www.iloveborneo.my/ini-kisah-misteri-dan-sejarah-tragis-di-sebalik-keindahan-tasik-biru-di-bau/
Kenali 4 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Yang Pernah Melakar Sejarah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Insiden Rempuhan Bola Sepak, Polis Jumpa 46 Botol Minuman Keras Di Stadium Kanjuruhan
Next Article Durian Yang Paling Dicari, Inilah Sebab Mengapa Durian Musang King Adalah Durian Termahal Durian Yang Paling Dicari, Inilah Sebab Mengapa Durian Musang King Adalah Durian Termahal

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?