I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: ‘Ecoprint’ Batik Ikat Celup Jadi Tarikan Produk Kraf Tangan Terbaru Di Santubong
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Ecoprint’ Batik Ikat Celup Jadi Tarikan Produk Kraf Tangan Terbaru Di Santubong

Oleh Aina Syafiqah Musa 18 November 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
'Ecoprint' Batik Ikat Celup Jadi Tarikan Produk Kraf Tangan Terbaru Di Santubong

Batik Ikat Celup jadi produk pelancongan terbaru di Santubong

‘Ecoprint’ Batik Ikat Celup Jadi Tarikan Produk Kraf Tangan Terbaru Di Santubong. Batik celup atau juga dikenali sebagai batik ikat, merujuk kepada kaedah mencorak batik dengan cara mencelup kain ke dalam pewarna sebanyak beberapa kali.

Coraknya yang berulang menggunakan warna terang dan tampak eksklusif. Motif geometri yang ditampilkan juga menjadikan ia pilihan untuk digayakan sama ada lelaki atau wanita.

'Ecoprint' Batik Ikat Celup Jadi Tarikan Produk Kraf Tangan Terbaru Di Santubong
‘Ecoprint’ Batik Ikat Celup Jadi Tarikan Produk Kraf Tangan Terbaru Di Santubong. Sumber: Astro Awani

Tertarik dengan keunikan ‘ecoprint’ ini, Suriayani Wahap dari Kampung Santubong merebut peluang tersebut dengan menghasilkan kraf tangan batik ikat celup ini sebagai sumber pendapatannya.

Beliau yakin hasil jualan kraf seperti baju atau beg bercorak batik ikat celup atau menggunakan teknik ecoprint dapat menambah pendapatan keluarganya yang kini hanya bergantung kepada pendapatan suaminya dengan bekerja sebagai nelayan dan mengusahakan inap desa.

“Saya ada juga menjual ikan masin secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga tetapi tidak seberapa, jadi ini mendorong saya untuk belajar membuat baju atau beg bercorak batik ikat celup.

Bijak merebut peluang

“Tidak ramai yang menjual produk seperti ini dan difahamkan sekarang terdapat banyak permintaan, jadi saya inginkan peluang untuk menceburkan diri dalam bidang yang baharu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Suriayani berkata perancangan awalnya adalah menghasilkan produk batik yang mempunyai motif corak tersendiri untuk dijual kepada pelancong yang datang melawat kampungnya selain dipasarkan di inap desa serta penduduk setempat.

'Ecoprint' Batik Ikat Celup Jadi Tarikan Produk Kraf Tangan Terbaru Di Santubong

Suriayani merupakan antara 50 peserta kursus Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf yang diadakan di Kampung Santubong bermula 12 hingga 14 Nov lepas, bagi memberi pendedahan dan membangunkan kemahiran peserta dalam penghasilan produk kraf yang menarik serta berkualiti untuk dipasarkan bagi menjana pendapatan.

Turut dibantu oleh PPKK dan kerjasama Kerajaan Sarawak dan Persekutuan

Kursus tersebut adalah sebahagian daripada Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) dan inisiatif kerjasama kerajaan Sarawak dan Persekutuan yang memberi manfaat besar selain berjaya membantu lebih 443 komuniti setempat dalam industri kraf tangan di seluruh negeri itu.

Seorang lagi penduduk kampung itu yang menyertai kursus berkenaan, Abdul Rasid Bujang, 55, juga melihat hasil seni kraf tangan tersebut berpotensi dipasarkan hingga ke peringkat antarabangsa.

'Ecoprint' Batik Ikat Celup Jadi Tarikan Produk Kraf Tangan Terbaru Di Santubong
Kredit foto: Kraftangan Malaysia

Menurut Abdul Rasid, beliau melihat ia satu peluang perniagaan hasil inisiatif kerajaan untuk membantu masyarakat tempatan menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga.

Buka peluang pekerjaan kepada anak muda secara tidak langsung

“Kursus percuma ini sebagai satu permulaan kepada kami untuk mempelajari kemahiran membuat kraf tangan. Secara tidak langsung kemahiran yang ada ini akan turut membuka peluang pekerjaan kepada generasi muda yang berminat,” katanya.

Suriayani dan Abdul Rasid turut senada bahawa kraf tangan batik ikat celup mampu menjadi tarikan pelancongan di kawasan Santubong dengan corak yang mempunyai identiti tersendiri.

'Ecoprint' Batik Ikat Celup Jadi Tarikan Produk Kraf Tangan Terbaru Di Santubong
Kredit foto: Kraftangan Malaysia

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata kerajaan melalui kementeriannya giat bekerjasama dengan kerajaan negeri melaksanakan pelbagai insentif seperti Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi bagi membantu usahawan kraf di seluruh negara.

Beliau berkata program yang dilaksanakan seperti memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan teknik, bahan dan proses melakukan celupan dalam menghasilkan kraftangan dapat menggalakkan penduduk setempat aktif dengan aktiviti kraf sekali gus menjana pendapatan keluarga.

SUMBER : Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Niat Cari Rezeki Bertukar Tragedi, 2 Orang Kontraktor Maut Kena Renjatan Elektrik
Next Article Tular SMS Palsu Tuntutan RM1000 Untuk Pengundi Saratok, Mungkin Taktik Kotor Parti Politik

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?