I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Restoran Dapur Melanau Di Metrocity Ini Menyajikan Menu Asli Kaum Melanau Di Kuching
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Restoran Dapur Melanau Di Metrocity Ini Menyajikan Menu Asli Kaum Melanau Di Kuching

Oleh Husna Hazmi 18 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Nang nyaman!

Restoran Dapur Melanau Di Metrocity Ini Menyajikan Menu Asli Kaum Melanau Di Kuching. Merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sarawak, kaum Melanau ini memang popular dengan keunikan makanan mereka. Untuk artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan anda sebuah restoran yang menyajikan menu autentik Melanau di Bandaraya Kuching.

Dibawa oleh pihak Tourism Malaysia untuk menikmati makanan lazat di restoran ini, kami berasa puas hati dengan semua menu yang disajikan kepada kami.

Restoran Dapur Melanau Di Metrocity Ini Menyajikan Menu Asli Kaum Melanau Di Kuching
Restoran Dapur Melanau Di Metrocity Ini Menyajikan Menu Asli Kaum Melanau Di Kuching. Kredit foto: I Love Borneo
Restoran Dapur Melanau Di Metrocity Ini Menyajikan Menu Asli Kaum Melanau Di Kuching

Cuba tiga menu istimewa di sini

Singgah sahaja di Dapur Melanau anda perlu mencuba tiga menu istimewa di restoran ini iaitu linut, tumpik kelapa dan juga umai. Untuk linut, biasanya kita melihat orang menggunakan tepung sagu untuk membuatnya tetapi di restoran Dapur Melanau, mereka menggunakan lemantak untuk menghasilkan linut mereka.

Perbezaan lemantak daripada tepung sagu adalah lemantak ini biasanya diproses secara tradisional atau manual oleh suku kaum Melanau di Sarawak.

Linut yang dihasilkan daripada lemantak ini dimasak menggunakan api kecil bersama air panas. Proses pembuatannya memerlukan kesabaran tinggi kerana anda perlu menggaulnya secara perlahan sehingga tekstur linut itu menjadi likat.

Restoran Dapur Melanau Di Metrocity Ini Menyajikan Menu Asli Kaum Melanau Di Kuching
Kredit foto: I Love Borneo

Tumpik dibuat menggunakan lemantak dan isi parutan kelapa

Untuk menu istimewa seterusnya, tumpik kelapa atau lempeng kelapa ini merupakan salah satu snek ringan kaum Melanau yang biasa dijadikan santapan diwaktu pagi atau petang. Menggunakan lemantak dan juga parutan isi kelapa, tumpik ini dimasak di atas kuali yang panas dan bentuknya pula seperti lempeng. Tumpik kelapa ini paling enak jika dimakan bersama gula apong!

Restoran Dapur Melanau Di Metrocity Ini Menyajikan Menu Asli Kaum Melanau Di Kuching
Kredit foto: I Love Borneo

Umai makanan tradisi masyarakat Melanau

Bukan makanan orang Melanau di Sarawak lah kalau tiada umai. Umai adalah salah satu makanan tradisi masyarakat Melanau yang sudah menjadi sajian ikonik tanpa mengira bangsa di Sarawak. Umai ini adalah campuran ikan mentah bersama hirisan bawang merah, bawang besar, cili padi, cili besar, cuka dan limau nipis.

Selain daripada tiga menu makanan Melanau tersebut, kami juga turut dihidangkan ayam pansuh, ikan bawal asam pedas, sayur keladi, ikan terubok masin, ulam ulaman dan banyak lagi menu lazat yang lain.

Jika anda ingin merasai makanan authentic kaum Melanau di Kuching, anda boleh singgah ke Dapur Melanau yang terletak di port syurga makanan iaitu Metrocity, Matang.

Lagi port makan menarik di Kuching buat anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/part-1-syurga-buat-pencinta-makanan-ini-10-port-makan-paling-best-di-metrocity-kuching/
https://www.iloveborneo.my/kegemaran-penduduk-tempatan-ketahui-6-kedai-mi-kolok-lokal-terbaik-di-kuching/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Mengaku Sebagai Polis Di Miri Lepas Ganggu Individu Undang Kecaman Netizen
Next Article Warga Emas Maut Kereta Dipandu Langgar Pokok Di Miri Warga Emas Maut Kereta Dipandu Langgar Pokok Di Miri

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?