• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular SMS Palsu Tuntutan RM1000 Untuk Pengundi Saratok, Mungkin Taktik Kotor Parti Politik

Oleh
ILB - AI
18 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Calon P.205 kongsi postingan pengundi Saratok layak tuntut RM1000.00

Tular SMS Palsu Tuntutan RM1000 Untuk Pengundi Saratok, Mungkin Taktik Kotor Parti Politik. Tinggal beberapa jam lagi hari pengundian akan tiba. Pasti ada sahaja kejadian yang berlaku. Antaranya adalah pesanan-pesanan atau SMS yang diterima oleh orang awam yang kelihatan seperti pesanan yang munasabah. Namun, ianya adalah satu penipuan.

Calon PRU ke 15 kali ini untuk Parlimen Saratok P.205 iaitu Datuk Ali Biju yang merupakan calon daripada PH telah berkongsi dengan memuatnaik satu postingan di Facebook milik beliau tentang sebuah SMS palsu yang tular dan diterima oleh pihak beliau di mana ada pengundi Saratok yang dipilih dan mereka layak menuntut wang sebanyak RM1000.00.

Tular SMS Palsu Tuntutan RM1000 Untuk Pengundi Saratok, Mungkin Taktik Kotor Parti Politik
Tular SMS Palsu Tuntutan RM1000 Untuk Pengundi Saratok, Mungkin Taktik Kotor Parti Politik. Sumber gambar: FB Ali Biju

Wang bernilai RM1000 adalah untuk duit perjalanan dan mungkin ini adalah taktik kotor parti politik

Menurut beliau, pihak beliau telah menerima SMS tular ini dan mereka tidak menyangka bahawa perkara ini akan menimpa pengundi Saratok. Bukan itu sahaja, beliau juga menegaskan bahawa pesanan tersebut adalah satu penipuan dan diyakini palsu.

Salah satu yang boleh kita perhatikan adalah nama yang dinyatakan sebagai orang tengah untuk mereka menuntut wang tersebut berbeza dalam setiap pesanan. Wang yang bernilai RM1000.00 tersebut akan diberikan kepada pengundi di Parlimen Saratok yang terpilih atas dasar sebagai duit perjalanan mereka.

Tular SMS Palsu Tuntutan RM1000 Untuk Pengundi Saratok, Mungkin Taktik Kotor Parti Politik
Tular SMS Palsu Tuntutan RM1000 Untuk Pengundi Saratok, Mungkin Taktik Kotor Parti Politik. Sumber gambar: FB Ali Biju

Malah, melalui postingan tersebut, Datuk Ali Biju menyatakan kemungkinan ini adalah antara taktik kotor parti politik dan calon yang terdesak. Dengan perkongsian bukti pesanan yang diterima tersebut, pihak beliau akan membuat laporan polis dan segala tindakan akan mereka serahkan kepada pihak yang berkuasa.

Banyak juga insiden yang terjadi dalam tempoh sebelum PRU ni kan. Antaranya boleh baca di dalam artikel dibawah:

Padah Rosakkan Bendera Dan Poster Calon PRU, Seorang Lelaki Ditangkap Di Kuching
Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik
SUMBER :FB Ali Biju
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Ecoprint' Batik Ikat Celup Jadi Tarikan Produk Kraf Tangan Terbaru Di Santubong ‘Ecoprint’ Batik Ikat Celup Jadi Tarikan Produk Kraf Tangan Terbaru Di Santubong
Next Article Roti Canai RM1 Legend Di Samarahan, Layan Sarapan Pagi Di Gerai Abang Ali Roti Canai RM1 Legend Di Samarahan, Layan Sarapan Pagi Di Gerai Abang Ali

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?