I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ekoran Coronavirus di Wuhan, KKIA Sabah Perketat Saringan Terhadap Penumpang

Oleh Ismail NA
23 Januari 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Saringan Dikenakan Kepada Semua Penumpang Di Pintu Mendarat Antarabangsa

Ekoran Coronavirus di Wuhan, KKIA Sabah Perketat Saringan Terhadap Penumpang

Ekoran Coronavirus di Wuhan, KKIA Sabah Perketat Saringan Terhadap Penumpang. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan penularan wabak Coronavirus yang berasal dari wilayah Wuhan, China. Sehingga kini, wabak ini dikatakan telah menular sehingga ke Jepun, Macau, Korea Selatan, Thailand, dan Amerika Syarikat. Ekoran daripada wabak ini, Sabah telah mempertingkatkan kawalan di semua pintu masuk mendarat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Saringan tersebut melibatkan semua penumpang yang mendarat menggunakan penerbangan antarabangsa. Ia bermula seawal penumpang bergerak keluar dari kapal terbang ke arah aerobridge dan sebelum memasuki kawasan pemeriksaan imigresen.

Sistem pengimbas haba yang digunakan di Stesen Kereta Api Hankou di Wuhan, China. Kredit : AFP via Getty Images

Setiap penumpang dan anak kapal dari penerbangan antarabangsa dikehendaki melalui pengimbas haba sebelum dibenarkan memasuki kawasan pemeriksaan imigresen.

Kesemua langkah ini telah dilaksanakan sejak 4 Januari yang lalu. Sekiranya terdapat individu yang disyaki menghidap virus ini semasa proses saringan, mereka akan dikuarantinkan serta merta bagi mengelakkan sebarang jangkitan dan penularan wabak.

Ekoran Coronavirus di Wuhan, KKIA Sabah Perketat Saringan Terhadap Penumpang
Ekoran Coronavirus di Wuhan, KKIA Sabah Perketat Saringan Terhadap Penumpang. Kredit : The Star

Walau pun tiada kes Coronavirus dilaporkan berlaku di Sabah setakat ini, langkah berjaga-jaga harus diambil memandangkan musim perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir. Kebiasaannya, para penumpang pada musim ini adalah dalam kalangan penduduk Sabah yang pulang ke kampung halaman dan pelancong dari negara China.

Sementara itu, kesemua pusat kesihatan serta lapangan terbang di Sarawak sedang bersiap sedia sekiranya terdapat tanda pesakit wabak tersebut. Saringan juga dilakukan di pintu masuk lapangan terbang terutamanya jika terdapat pelancong dari China. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato’ Sim Kui Hian turut menegaskan bahawa wabak ini perlu diambil serius memandangkan ianya tiada penawar berbanding influenza yang dapat dicegah melalui pengambilan vaksin.

Wuhan Diisytihar Darurat, 11 Juta Penduduk Dilarang Keluar

Kredit : Dake Kang via AP Photo

Dalam pada masa yang sama, kerajaan China telah mengisytiharkan darurat dan kuarantin di wilayah Wuhan. Wabak yang dikatakan serupa dengan SARS ini telah meragut 17 nyawa manakala beratus individu disahkan dijangkiti virus tersebut di sana. Bagi mengekang penularan wabak ini, semua jenis pengangkutan awam termasuk laut, udara dan darat dilarang untuk keluar dan masuk wilayah tersebut buat sementara waktu.

11 juta penduduk di wilayah tersebut juga dilarang untuk meninggalkan Wuhan tanpa alasan yang kukuh.

Selain itu, beberapa syarikat penerbangan antarabangsa telah mengumumkan penggantungan serta merta penerbangan keluar masuk ke wilayah Wuhan berikutan wabak ini. Antaranya ialah AirAsia, Malindo Air, Scoot, China Airlines, Korean Air, dan Cathay Dragon

Penduduk di Malaysia disarankan untuk tidak panik dan sentiasa mengutamakan kebersihan. Anda disarankan untuk memakai topeng mulut, kerap mencuci tangan dengan sabun dan air serta menghindari tempat awam yang sesak.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Perlu Risau Tiket Habis, Feri Labuan Ke Sabah dan Sarawak Kini Guna Sistem E-Tiket
Next Article Ketahuilah Apa Virus Wuhan Corona Dan Bagaimana Untuk Mencegahnya Ketahuilah Apa Virus Wuhan Corona Dan Bagaimana Untuk Mencegahnya

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?