I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Tak Perlu Risau Tiket Habis, Feri Labuan Ke Sabah dan Sarawak Kini Guna Sistem E-Tiket
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Perlu Risau Tiket Habis, Feri Labuan Ke Sabah dan Sarawak Kini Guna Sistem E-Tiket

Nur Afifah 23 Januari 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
LABUAN, June 11 -- Mass exodus at Labuan International Ferry Terminal as holidaymakers return to Labuan since the last three days, as the festive holiday season comes to an end. Ferry and boat operators in full compliance of safety requirements. --fotoBERNAMA (2019) COPYRIGHT RESERVED
Kongsi

Sistem Tanpa Tunai Feri Labuan Akan Dilaksanakan Pada 1 Februari 2020

Tak Perlu Risau Tiket Habis, Feri Labuan Ke Sabah dan Sarawak Kini Guna Sistem E-Tiket
Kredit : BERNAMA
Tak Perlu Risau Tiket Habis, Feri Labuan Ke Sabah dan Sarawak Kini Guna Sistem E-Tiket
Tak Perlu Risau Tiket Habis, Feri Labuan Ke Sabah dan Sarawak Kini Guna Sistem E-Tiket. Kredit : BES Labuan

Tak Perlu Risau Tiket Habis, Feri Labuan Ke Sabah dan Sarawak Kini Guna Sistem E-Tiket. Jika anda merupakan pengguna tetap feri untuk berulang alik ke Pulau Labuan, maka anda tentunya sudah lali akan masalah utama pengangkutan feri di sana iaitu masalah kehabisan tiket. Namun, anda tidak perlu risau kerana sistem pengangkutan laut di Labuan bakal menggunakan sistem tiket cashless. Sistem tersebut akan dilaksanakan bermula 1 Februari 2020.

Pembelian Tiket Boleh Dibeli Menerusi Aplikasi E-Wallet ‘LabuanPay’

Kredit : BES Labuan

Untuk pengetahuan anda, sistem tiket online tersebut akan dilaksanakan melalui sebuah aplikasi tanpa tunai yang terbaru iaitu ‘LabuanPay’. Untuk permulaan, kesemua urusan jualan tiket bagi lima buah feri dari Labuan boleh didapati secara atas talian. Feri-feri tersebut sehingga kini mempunyai jadual tetap perjalanan sebanyak dua hingga empat perjalanan setiap hari.

Tambahan pula, Terminal Feri Antarabangsa Labuan merekodkan jumlah penumpang seramai 445, 535 orang untuk perjalanan dari Labuan ke tanah besar Sabah dan Sarawak. Manakala, sejumlah 457, 533 orang penumpang dicatatkan dari Sabah dan Sarawak ke Labuan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengendalian penumpang di terminal tersebut mencecah hampir 1 juta pada tahun 2019. Sudah tentu sistem yang lebih efisien seperti pembelian tiket secara online wajar diperkenalkan.

Feri Labuan Ke Menumbok, Limbang dan Lawas ‘Rasmikan’ Tiket Online Terlebih Dahulu

Kredit : Sabah Post

Oleh yang demikian, bermula pada 1 Februari, feri dan bot penambang laju dari Labuan ke Menumbok (Sabah), Limbang dan Lawas (Sarawak) bakal memulakan pelaksanaan sistem e-tiket tersebut. Feri yang bergerak dari Sabah dan Sarawak menuju ke Labuan pula bakal menggunakan sistem tersebut pada bulan Mac 2020.

Tiket manual perkhidmatan feri dari Labuan ke Menumbok. Kredit : mijahism.blogspot,com

Sistem tanpa tunai tersebut merupakan ilham syarikat pelaburan Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) bagi memudahkan urusan pembelian tiket di Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Menurut pengerusi YPL, Dato’ Rozman Isli, pelancaran e-wallet ‘LabuanPay’ ini dapat mengelakkan daripada masalah kehabisan tiket semasa membuat pembelian secara manual di kaunter. Selain itu, ia juga selari dengan aspirasi bandar pintar Labuan untuk menjadi pulau tanpa tunai.

Dalam pada masa yang sama, syarikat pengendali e-wallet tersebut, Mobility One Sdn. Bhd. akan bekerjasama dengan pihak pengurusan terminal bagi meluaskan rangkaian sistem teknologi kewangan (fintech) kepada pengangkutan feri ‘roll-on-roll-off’ (ro-ro) di pulau bebas cukai tersebut.

Wah! Tak perlu lah beratur panjang lagi lepas ni kan?

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 10 Pelajar SM Sains Kuching Ditahan, Disyaki Buli Pelajar Junior Pelajar Kes Buli Di Sekolah Sains Sarawak Dibebaskan Atas Ikat Jamin Polis
Next Article Ekoran Coronavirus di Wuhan, KKIA Sabah Perketat Saringan Terhadap Penumpang

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?