• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Elak Rasa Hangit, Ini Bahan Untuk Buat Perapan BBQ Ayam Dan Kambing Yang Sedap

Oleh
Nazihah AN
25 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Elak Rasa Hangit, Ini Bahan Untuk Buat Perapan BBQ Ayam Dan Kambing Yang Sedap

Yang plan nak buat BBQ dengan family, elok baca sampai habis tauu

Elak Rasa Hangit, Ini Bahan Untuk Buat Perapan BBQ Ayam Dan Kambing Yang Sedap. Jika anda sering mengalami masalah perapan BBQ yang hangit dan tidak sedap, jangan risau! Kesilapan paling umum yang dilakukan adalah menggunakan gula atau madu dalam perapan tersebut.

Walaupun kita mahu perapan BBQ kita menjadi manis, letak gula atau madu sebenarnya tidak diperlukan. Terlalu banyak gula atau madu akan menyebabkan perapan menjadi gelap dan hangit.

Elak Rasa Hangit, Ini Bahan Untuk Buat Perapan BBQ Ayam Dan Kambing Yang Sedap
Kredit: Limau Nipis

Jangan letak bahan seperti gula atau madu

Jadi, bagaimana kita hendak membuat perapan BBQ yang sedap dan tidak hangit? Berikut adalah bahan untutk perapan yang boleh anda gunakan:

Bahan perapan untuk ayam:

  • Serbuk bawang
  • Serbuk bawang putih
  • Lada hitam
  • Daun thyme
  • Garam
  • Jus lemon
  • Hirisan lemon
  • Minyak masak

Semua bahan tersebut digaul rata dan perapkan semalaman. Ayam tidak perlu ditambah dengan minyak ketika dibakar dan sukatan bahan hendaklah disesuaikan mengikut selera sendiri. Ayam akan menjadi lebih sedap dan juicy jika tidak terlalu kering.

Elak Rasa Hangit, Ini Bahan Untuk Buat Perapan BBQ Ayam Dan Kambing Yang Sedap
Kredit: greenisland.com.my

Bahan perapan untuk kambing:

  • Serbuk halia
  • Serbuk bawang putih
  • Serbuk bawang
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan putih
  • Lada hitam
  • Paprika
  • Garam
  • Sumac
  • Minyak masak

Gaul dan perap semalaman. Sukatan pun kena agak-agak ikut berat daging. Sumac jangan lebih nanti masam.

Elak Rasa Hangit, Ini Bahan Untuk Buat Perapan BBQ Ayam Dan Kambing Yang Sedap
Elak Rasa Hangit, Ini Bahan Untuk Buat Perapan BBQ Ayam Dan Kambing Yang Sedap

Dengan mengikuti bahan-bahan untuk perapan ini, anda akan dapat membuat perapan BBQ yang sedap dan tidak hangit. Selamat mencuba!

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

Hanya Buka Pada Bulan Puasa, Nikmati Ayam Panggang Legend Kampung Nombor 5 Di Kuching Ini
Ada Kesan Sampingan, Netizen Gesa Pantau Penggunaan Pewarna Pada Sayap Ayam Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Bukan Hanya Untuk Orang Islam, Karim Pertahan Cadangan Kasino di Borneo Highlands Sarawak Bukan Hanya Untuk Orang Islam, Karim Pertahan Cadangan Kasino di Borneo Highlands
Next Article 'Jangan Lupa Dengan Orang Borneo', Syed Saddiq Persoal Manfaat Tol Percuma Buat Sabah Sarawak ‘Jangan Lupa Dengan Orang Borneo’, Syed Saddiq Persoal Manfaat Tol Percuma Buat Sabah Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?