• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Bukan Hanya Untuk Orang Islam, Karim Pertahan Cadangan Kasino di Borneo Highlands

Oleh
Nazihah AN
25 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Sarawak Bukan Hanya Untuk Orang Islam, Karim Pertahan Cadangan Kasino di Borneo Highlands

Keputusan untuk menubuhkan kasino akan dibuat oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak Bukan Hanya Untuk Orang Islam, Karim Pertahan Cadangan Kasino di Borneo Highlands. Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, tiada apa-apa masalah untuk menubuhkan sebuah kasino di Borneo Highlands Resort kerana Sarawak bukan hanya untuk orang Islam sahaja.

Beliau mengulas mengenai beberapa pihak yang membangkitkan bantahan terhadap pembukaan kasino di kawasan tersebut kerana judi adalah haram dalam agama Islam.

‘Saya rasa kita akan biarkan kerajaan negeri memutuskan sama ada untuk membenarkan kasino dibina di sana,’ -Abdul Karim

Abdul Karim berkata, “Mereka harus ingat bahawa Sarawak bukan untuk orang Islam sahaja. Mengapa mereka tidak bersuara tentang pembukaan kedai 4D atau Toto? Itu juga haram untuk orang Islam.”

Beliau merujuk kepada bantahan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee yang menyatakan bahawa kasino yang diusulkan akan menyebabkan lebih banyak kerugian daripada manfaat.

Jika anda terlepas, lihat pautan ini: Gesa Kerajaan Utamakan Bantuan Kepada Rakyat Sarawak, PAS Bantah Pembukaan Kasino Di Sarawak

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Miri pada hari Khamis (20 April), Jofri mengatakan bahawa kasino boleh menyebabkan ketagihan judi dan akhirnya merosakkan keluarga dan masyarakat.

Beliau menyatakan bahawa Borneo Highlands bakal menjadi pusat rekreasi yang lengkap

Abdul Karim tururt menyatakan bahawa kasino bukanlah satu-satunya tarikan yang diusulkan untuk pembangunan semula Borneo Highlands Resort. Menurut beliau, ia akan menjadi sebuah pusat rekreasi yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan lain seperti padang golf dan taman hiburan.

“Orang ramai tidak menyedari bahawa kasino tidak akan menjadi satu-satunya tarikan di situ, jika ia dibuka,” katanya, menambah bahawa keputusan untuk menubuhkan kasino akan dibuat oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sebelum ini, Abdul Karim tidak menolak kemungkinan untuk mengembangkan Borneo Highlands menjadi “Genting Highlands kedua”.

“Saya tidak boleh mengatakan ya atau tidak (terhadap pembukaan kasino di Borneo Highlands) pada masa ini. Saya rasa kita akan biarkan kerajaan negeri memutuskan sama ada untuk membenarkan kasino dibina di sana,” katanya bulan lalu apabila ditanya tentang rancangan pembangunan negeri untuk Borneo Highlands.

Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca pautan di bawah:

Kerajaan Sarawak Menang Kes Borneo Highland Resort, Netizen Pula Beri Cadangan Bina Kasino
Genting Highlands Kedua Negara, Sagah Setuju Pembangunan Kasino Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tips Keluar Kek Lepas Masak, Tanpa ‘Comot’
Next Article Elak Rasa Hangit, Ini Bahan Untuk Buat Perapan BBQ Ayam Dan Kambing Yang Sedap Elak Rasa Hangit, Ini Bahan Untuk Buat Perapan BBQ Ayam Dan Kambing Yang Sedap

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?