• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Empat Laluan Di Lebuhraya Pan Borneo Terjejas Akibat Banjir

Oleh
Nazihah AN
31 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Empat Laluan Di Lebuhraya Pan Borneo Terjejas Akibat Banjir

Banjir Jejas Beberapa Laluan Pan Borneo, Tetapi Pengguna Masih Boleh Lalu

Empat Laluan Di Lebuhraya Pan Borneo Terjejas Akibat Banjir. Beberapa bahagian Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak telah terjejas akibat banjir, namun semua laluan masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan termasuk kenderaan ringan, menurut Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Empat lokasi yang terlibat adalah Serian (KM187-187.7), Selangau (KM524), Bakun (P-Loop Intersection di KM818.4), dan Pujut (berhampiran Eastwood Golf and Country Club di KM938-940).

Sumber gambar: FB Alexander Nanta Linggi

Tiada Laluan Ditutup, Pemantauan Berterusan Dilakukan

“Perkara paling penting adalah jalan-jalan ini kekal boleh dilalui pada setiap masa. Tiada laluan yang perlu ditutup,” kata Nanta ketika melakukan tinjauan ke salah satu lokasi terjejas hari ini.

Beliau memberi jaminan bahawa keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya menjadi keutamaan, dengan petugas ditempatkan di lokasi-lokasi yang terkesan bagi memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Menurut Nanta, bahagian Lebuhraya Pan Borneo yang paling kritikal terjejas adalah di Serian, sepanjang 700 meter.

“Banjir di kawasan ini bermula pada 29 Januari akibat limpahan air dari Batang Sadong yang berhampiran,” jelasnya.

Punca Berbeza di Setiap Lokasi

Beliau turut menjelaskan bahawa bukan semua laluan yang terjejas berpunca daripada limpahan sungai. Contohnya, di Bakun, banjir berlaku akibat limpahan dari sistem perparitan besar yang mula melimpah pada 28 Januari.

Sementara itu, kawasan di Pujut mula terkesan pada 29 Januari, manakala bahagian di Selangau mengalami kesan banjir sejak 30 Januari.

“Kami akan terus memastikan keadaan jalan raya dipantau dengan rapi agar ia kekal selamat digunakan oleh semua pengguna,” tambah Nanta.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap keadaan cuaca serta mendapatkan maklumat terkini sebelum memulakan perjalanan.

Ketahui juga perkembangan terkini di Sarawak. Baca di bawah:

RHB Lancar Bantuan Kewangan Banjir Untuk Pelanggan Di Sabah Dan Sarawak
Ini Senarai Bantuan Untuk Penduduk Terjejas Banjir Di Bintulu
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Singa Fidget Spinner Curi Tumpuan, Tarian Singa Versi Sabah Ini Buat Netizen Terhibur
Next Article DBKU Kesal Sikap Individu Buang Sampah Menggunung Di Kawasan Tamu Desa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?