• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

RHB Lancar Bantuan Kewangan Banjir Untuk Pelanggan Di Sabah Dan Sarawak

Oleh
Nazihah AN
31 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
RHB Lancar Bantuan Kewangan Banjir Untuk Pelanggan Di Sabah Dan Sarawak

RHB buat penangguhan pembayaran sehingga enam bulan

RHB Lancar Bantuan Kewangan Banjir Untuk Pelanggan Di Sabah Dan Sarawak. Kumpulan Perbankan RHB (RHB) terus menunjukkan komitmennya dalam membantu komuniti yang terjejas akibat bencana alam dengan melanjutkan Program Bantuan Banjir. Program ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada individu serta perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di Sabah dan Sarawak yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Inisiatif ini berlangsung sehingga akhir Februari 2025, dengan matlamat meringankan beban kewangan mangsa banjir serta membantu mereka membina semula kehidupan dan mata pencarian. RHB juga akan menghulurkan bantuan komuniti secara langsung bagi menyokong usaha pemulihan.

RHB Lancar Bantuan Kewangan Banjir Untuk Pelanggan Di Sabah Dan Sarawak

Bantuan untuk Pelanggan Individu

RHB menawarkan beberapa bentuk bantuan kepada pelanggan individu yang layak, termasuk:

  • Penangguhan Pembayaran – Sehingga enam bulan (Februari hingga Julai 2025) untuk:
    • Pembiayaan Perumahan
    • Pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB)/Pembiayaan-i
    • Pinjaman Peribadi/Pembiayaan-i
    • Pembiayaan Sewa Beli/-i
  • Pengecualian Caj – Sehingga RM500 bagi caj lewat bayar dan faedah/caj pengurusan Kad Kredit/-i yang terjejas (Februari hingga Julai 2025). Selain itu, pelanggan juga diberikan pengecualian yuran untuk penggantian Kad ATM, Kad Debit/-i, dan Kad Kredit/-i.

Bantuan untuk PKS dan Mikro-PKS

Pelanggan PKS yang layak, termasuk mikro-PKS, dan yang tidak terlibat dalam program penyusunan atau penjadualan semula boleh memohon:

  • Bantuan Pembayaran – Penangguhan pembayaran sehingga enam bulan (Februari hingga Julai 2025) untuk:
    • Sewa Beli/-i
    • Pinjaman Pembiayaan/-i
    • Faedah/Profit Overdraf/-i
    • Pembayaran bil Multi Trade Line/-i
  • Kemudahan Bantuan Bencana (Disaster Relief Facility, DRF) – Pembiayaan khas sehingga RM700,000 pada kadar istimewa bagi membantu pemulihan perniagaan.

Menurut Jeffrey Ng, Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan Komuniti RHB, bencana banjir yang melanda Sabah dan Sarawak telah memberikan kesan besar kepada ramai individu serta perniagaan. Oleh itu, RHB komited untuk memastikan pelanggan yang terjejas mendapat bantuan kewangan yang diperlukan.

Cara Memohon Bantuan

Pelanggan individu yang memerlukan bantuan boleh:

  • Menghubungi Pusat Panggilan RHB di 03-9206 8118
  • Mengunjungi cawangan RHB terdekat

Manakala pelanggan PKS boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi pengurus hubungan mereka untuk maklumat lanjut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Bantuan Banjir RHB, pelanggan boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di pautan berikut: FAQ Program Bantuan Banjir RHB.

Baca juga cerita semasa di bawah:

Ini Senarai Bantuan Untuk Penduduk Terjejas Banjir Di Bintulu
Beberapa Jalan Terpaksa Ditutup Sementara Di Sri Aman, Serian Dan Miri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Talian Kecemasan Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Sabah
Next Article Jumpa Pelakon Kegemaran Anda Soloz: Game Of Life Di The SummerMall Samarahan Jumpa Pelakon Kegemaran Anda Soloz: Game Of Life Di The SummerMall Samarahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?