• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Fahmi Reza Cetus Kontroversi, Kali Ini Di Sabah Dengan Poster Provokatif Hina TYT

Oleh
Husna Hazmi
28 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Tindakan aktivis Fahmi Reza kini mencetuskan perdebatan hangat

Fahmi Reza Cetus Kontroversi, Kali Ini Di Sabah Dengan Poster Provokatif Hina TYT. Aktivis politik dan pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza, kembali mencuri perhatian, kali ini dengan tindakannya di Kota Kinabalu, Sabah. Dalam beberapa hantaran di Facebook, Fahmi berkongsi gambar dirinya memegang ilustrasi poster provokatif berhampiran lokasi ikonik, Maybank Jalan Pantai.

Poster yang memaparkan karikatur TYT Sabah, Tun Musa Aman, digambarkan sedang menggigit wang, dilaporkan ditampal di beberapa lokasi seperti kawasan berhampiran Wisma Kebudayaan SGM dan Asia City.

Fahmi turut memuat naik kapsyen berbunyi, “Solidariti bersama rakyat Sabah yang menentang rasuah!” bersama gambar dirinya berdiri di depan poster berkenaan. Tindakannya ini telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, dengan ada yang menyokong dan ada yang mengecam.

Fahmi Reza Cetus Kontroversi, Kali Ini Di Sabah Dengan Poster Provokatif Hina TYT
Fahmi Reza Cetus Kontroversi, Kali Ini Di Sabah Dengan Poster Provokatif Hina TYT. Sumber gambar: Facebook

Tindakan Fahmi Dikecam Hebat

Ketua Pemuda Umno Beaufort, Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahaya, mengecam keras tindakan Fahmi, mendakwa ia boleh menggugat keharmonian rakyat Sabah.

“Poster seperti ini jelas bertujuan untuk mencetuskan kemarahan dan kebencian terhadap TYT Sabah. Tindakan seperti ini boleh mengganggu perpaduan masyarakat,” kata Yazri dalam satu kenyataan.

Beliau juga mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap Fahmi bagi mengelakkan situasi menjadi lebih parah.

Fahmi Reza Cetus Kontroversi, Kali Ini Di Sabah Dengan Poster Provokatif Hina TYT
Sumber gambar: The Borneo Post

Laporan Polis Telah Dibuat Namun Fahmi Pertahan Tindakan

Tindakan Fahmi turut mendapat perhatian Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Sabah, yang telah membuat laporan polis terhadapnya, mendakwa poster tersebut menghina institusi TYT Sabah.

Fahmi Reza Cetus Kontroversi, Kali Ini Di Sabah Dengan Poster Provokatif Hina TYT
Sumber gambar: Facebook

Dalam salah satu hantaran terdahulu, Fahmi bertanya kepada rakyat Sabah sama ada tindakannya mengkritik TYT melalui poster boleh dianggap sebagai ancaman kepada keharmonian negeri itu.

“Adakah rakyat Sabah tidak suka jika orang dari Semenanjung seperti saya bersuara tentang pemimpin yang korup? Saya hanya ingin tunjukkan solidariti,” katanya.

Fahmi Reza Cetus Kontroversi, Kali Ini Di Sabah Dengan Poster Provokatif Hina TYT
Sumber foto: Astro Awani

Tun Musa Aman Dilantik Sebagai TYT Sabah

Untuk makluman, Tun Musa Aman telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 pada 17 Disember lalu dalam satu majlis di Istana Negara. Namun, pelantikan ini mendapat reaksi bercampur-baur daripada pelbagai pihak, termasuk di media sosial.

Tindakan Fahmi ini sekali lagi menimbulkan persoalan tentang batas kebebasan bersuara dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada keharmonian sesebuah komuniti. Adakah tindakan seperti ini akan terus mencabar norma masyarakat, atau ia sekadar suara lantang menentang ketidakadilan?

Kita tunggu dan lihat bagaimana pihak berkuasa dan rakyat Sabah memberi reaksi selanjutnya.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Tular Gereja Di Indonesia Mulakan Misa Krismas Dengan Memberi Salam
Pelancong Jepun Kini Dibenarkan Melancong Ke Sebahagian Sabah

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hidang Saprah, Tradisi Unik Makan Bersila Melayu Sarawak Hidang Saprah, Tradisi Unik Makan Bersila Melayu Sarawak
Next Article Kerajaan Sarawak Tunggu PM Umum Penyelesaian Isu Pengagihan Gas Dengan Petronas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?