• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Tunggu PM Umum Penyelesaian Isu Pengagihan Gas Dengan Petronas

Oleh
Husna Hazmi
28 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Sarawak tunggu pengumuman Perdana Menteri mengenai penyelesaian isu pengagihan gas dengan Petronas

Kerajaan Sarawak Tunggu PM Umum Penyelesaian Isu Pengagihan Gas Dengan Petronas. Dilaporkan, pengumuman tentang penyelesaian isu pengagihan gas antara Sarawak dan Petronas kini terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak.

Menurut Fazzrudin, kerajaan Sarawak sentiasa lantang mempertahankan hak negeri dalam isu pengagihan gas ini, dan keputusan untuk menyerahkan pengumuman kepada Perdana Menteri adalah sebagai tanda hormat.

Kerajaan Sarawak Tunggu PM Umum Penyelesaian Isu Pengagihan Gas Dengan Petronas
Kerajaan Sarawak Tunggu PM Umum Penyelesaian Isu Pengagihan Gas Dengan Petronas. Sumber gambar: The Star

Pengumuman penyelesaian isu

Beliau berkata pengumuman penyelesaian isu ini belum didengari lagi daripada Perdana Menteri. Kenyataan ini dibuat sebagai respons kepada gesaan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, yang meminta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mendedahkan butiran penyelesaian isu tersebut.

Senelum ini, Chong mendakwa bahawa rakyat Sarawak berhak mengetahui perincian sebelum sebarang persetujuan dibuat, bagi memastikan hak negeri tidak dikompromi.

Fazzrudin menegaskan bahawa kedudukan Sarawak adalah jelas, di mana kuasa pengagihan gas adalah di bawah kerajaan negeri. Petroleum Sarawak Berhad (Petros) juga diiktiraf sebagai pengagregat gas tunggal di Sarawak.

“Saya menyeru Chong untuk menyatakan pendirian beliau dalam isu ini dan bersama-sama kerajaan Sarawak mendesak penyelesaian daripada Putrajaya.

“Selama ini, kami dari GPS dan kerajaan Sarawak sentiasa lantang memperjuangkan hak Sarawak, sedangkan Chong dan DAP Sarawak seolah-olah berdiam diri.

Kerajaan Sarawak Tunggu PM Umum Penyelesaian Isu Pengagihan Gas Dengan Petronas
Sumber gambar: The Borneo Post

“Mungkin Chong boleh menggunakan hubungan politiknya di peringkat persekutuan untuk mendesak pimpinan DAP, seperti Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, atau mengangkat isu ini secara langsung kepada Perdana Menteri,” kata Fazzrudin.

Beliau turut mencabar Chong untuk menunjukkan keikhlasan DAP dalam menghormati dan memperjuangkan hak Sarawak, sebagaimana yang sering mereka nyatakan sebelum ini.

Isu pengagihan gas ini menjadi perhatian ramai kerana ia melibatkan hak autonomi Sarawak serta masa depan hasil negeri, yang dilihat amat penting untuk generasi akan datang. Kini, rakyat Sarawak menunggu pengumuman daripada Putrajaya bagi mencari titik penyelesaian yang adil.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Fahmi Reza Cetus Kontroversi, Kali Ini Di Sabah Dengan Poster Provokatif Hina TYT
Penutupan Sebahagian Jalan Merbau Dan Jalan Sylvia Di Miri Bermula Januari 2025

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Fahmi Reza Cetus Kontroversi, Kali Ini Di Sabah Dengan Poster Provokatif Hina TYT
Next Article Disyaki Miliki Dadah, Dua Lelaki Ditahan Di Kota Samarahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?