• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Faizal Tahir Pukau Warga Sarawak, Nyanyi ‘Orang Kampung’ Versi Iban Dan Melayu Sarawak

Oleh
Nazihah AN
12 Mac 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Faizal Tahir Pukau Warga Sarawak, Nyanyi 'Orang Kampung' Versi Iban Dan Melayu Sarawak

Pass Sik? Faizal Tahir Buat Kejutan Dengan Sebutan ‘R’ Pekat Khas Sarawak

Faizal Tahir Pukau Warga Sarawak, Nyanyi ‘Orang Kampung’ Versi Iban Dan Melayu Sarawak. Kecoh di media sosial apabila penyanyi ternama tanah air, Faizal Tahir, menyanyikan semula lagu beliau bertajuk “Orang Kampung” (daripada projek Let Zapin), tetapi dalam versi istimewa iaitu Bahasa Melayu Sarawak dan juga Bahasa Iban.

Menerusi sebuah rancangan radio tempatan, Faizal Tahir berjaya mencuri perhatian ramai apabila sebutan huruf ‘R’ dan penguasaan bahasa Iban serta dialek Sarawak kedengaran begitu meyakinkan.

Faizal Tahir Pukau Warga Sarawak, Nyanyi 'Orang Kampung' Versi Iban Dan Melayu Sarawak

Faizal memberikan aura segar dalam lagu “Orang Kampung”

Ramai peminat di Sarawak meluahkan rasa teruja dan bangga melihat Faizal Tahir yang berasal dari Semenanjung Malaysia tampil dengan kelainan dalam persembahannya. Penggunaan dialek Sarawak dan bahasa Iban pula dianggap ‘sempurna’ kerana Faizal dilihat langsung tidak kekok sewaktu menyampaikan lagu tersebut. Menurut komen orang ramai di media sosial, Faizal memberikan aura segar dalam lagu “Orang Kampung” serta berjaya mempamerkan keindahan kepelbagaian bahasa di Malaysia.

Dalam perkongsian di laman-laman sosial, netizen memuji keupayaan Faizal Tahir menjiwai loghat Melayu Sarawak dan bahasa Iban, seolah-olah beliau sudah lama menguasainya. Ada yang menyatakan betapa ‘ngam’ bunyi Faizal melontarkan sebutan “R” Sarawak dan patah perkataan Iban. Malah, kesungguhan Faizal dicerminkan menerusi persembahan yang bersahaja tanpa mengurangkan keunikan lagu asal.

@erasarawak KIAK KAONG 🎶 : Orang Kampung dari Faizal Tahir versi Bahasa Melayu Sarawak dan Iban! Bah guys camne ? Pass sik Bahasa Iban Abang @Faizal Tahir @Glowrush ? On sik on? #ERASarawak #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #sarawaktiktok #KiakKaong ♬ original sound – ERA Sarawak

Lebih menarik, nyanyian tersebut turut dianggap sebagai inisiatif baik bagi mengetengahkan dialek tempatan serta bahasa sukuan kepada pendengar di seluruh Malaysia. Pendekatan ini mendapat sambutan hangat daripada warga Sarawak, tambahan pula mereka sentiasa menghargai usaha artis luar yang cuba mendekati budaya dan bahasa tempatan.

Ternyata, usaha Faizal Tahir meneroka dialek dan bahasa lain telah menjadi titik pemersatu budaya, sekali gus mengingatkan kita bahawa Malaysia sememangnya kaya dengan warisan serta kepelbagaian kaum. Sama-sama kita nantikan lebih banyak karya kreatif sebegini pada masa akan datang!

Baca juga cerita semasa di bawah:

Artis Kelahiran Sarawak, Claudia Tan Bakal Berkolaborasi Dengan Anderson Paak
Sumpah Naim Daniel Juara AJL34, 2 Anak Sarawak Turut Bolot Trofi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Video Tular Penyelam Sabah Pegang Penyu Secara Paksa Demi Bergambar, Cetus Kemarahan Netizen
Next Article Richeese Factory Bakal Buka Cawangan Pertama Sarawak Di Vivacity Megamall Richeese Factory Bakal Buka Cawangan Pertama Sarawak Di Vivacity Megamall

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?