• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Richeese Factory Bakal Buka Cawangan Pertama Sarawak Di Vivacity Megamall

Oleh
Nazihah AN
12 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Richeese Factory Bakal Buka Cawangan Pertama Sarawak Di Vivacity Megamall

Richeese Factory Tiba di Kuching

Richeese Factory Bakal Buka Cawangan Pertama Sarawak Di Vivacity Megamall. Berita tentang kehadiran rangkaian makanan segera terkenal, Richeese Factory, di Sarawak mula tular dan mencuri tumpuan netizen. Perkara tersebut telah dimuat naik oleh laman Facebook rasmi Vivacity Megamall, sekali gus mencetuskan rasa teruja dalam kalangan penduduk tempatan.

Richeese Factory, yang berasal dari Indonesia, cukup sinonim dengan sajian ayam pedas berempah serta keju yang melimpah-ruah. Dengan konsep makanan segera yang unik, jenama ini telah berjaya menambat hati ramai penggemar keju dan rasa pedas di seluruh Asia Tenggara. Kehadiran cawangan pertama di Sarawak ini pastinya dinanti-nantikan ramai, terutamanya mereka yang gemar mencuba hidangan ‘cheesy’ dan beraroma memikat.

Richeese Factory Bakal Buka Cawangan Pertama Sarawak Di Vivacity Megamall

Ramai juga netizen tidak sabar untuk mencuba sendiri kelazatan yang selama ini hanya dilihat menerusi media sosial

Menurut hantaran Facebook Vivacity Megamall, Richeese Factory dijangka dibuka dalam masa terdekat dan akan menawarkan hidangan popular seperti ‘Fire Chicken’, ‘Fire Wedges’, serta pelbagai menu sampingan berkeju yang istimewa.

Ramai juga netizen tidak sabar untuk mencuba sendiri kelazatan yang selama ini hanya dilihat menerusi media sosial atau dirasai sewaktu melancong di Semenanjung. Kemeriahan sambutan daripada warganet Sarawak menunjukkan potensi besar Richeese Factory untuk menjadi tumpuan kulinari baharu di Kuching.

Pihak pengurusan Vivacity Megamall pula menzahirkan rasa syukur atas sokongan dan maklum balas positif daripada masyarakat setempat. Mereka turut menjemput orang ramai supaya mengikuti perkembangan terkini di laman media sosial rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh pembukaan dan promosi menarik yang bakal diadakan.

Baca juga cerita menarik di bawah:

Non-Halal: Haidilao Pertama Sarawak Kini Sudah Dibuka Di Vivacity Megamall
Christy Ng Buka Cawangan Pertama Sarawak Di Vivacity Megamall Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Faizal Tahir Pukau Warga Sarawak, Nyanyi 'Orang Kampung' Versi Iban Dan Melayu Sarawak Faizal Tahir Pukau Warga Sarawak, Nyanyi ‘Orang Kampung’ Versi Iban Dan Melayu Sarawak
Next Article Asrama SK Sungai Manong Niah Terima Pujian Ramai, Susunan Katil Baharu Kini Lebih Selesa Asrama SK Sungai Manong Niah Terima Pujian Ramai, Susunan Katil Baharu Kini Lebih Selesa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?