• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Fakta Menarik Sulam Cabut Sarawak, Seni Sulam Trending Zaman 90an

Oleh
Ismail NA
3 Ogos 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Seni Sulaman Sarawak Yang Underrated

Fakta Tentang Sulam Cabut Sarawak, Seni Sulam Trending Zaman 90an. Pernahkah anda mendengar tentang seni sulam cabut Sarawak? Atau jika anda tidak pernah mendengar tentang sulam ini, pasti anda pernah melihat sulaman ini pada busana Melayu terutamanya baju Melayu dan baju kurung.

Isi Isi Penting
  • Seni sulaman yang unik ini dikatakan popular pada sekitar zaman 80-an hingga 90-an
  • Baju yang dihias sulaman ini dianggap baju orang “have-have”
  • Tiada mesin, hanya disulam 100% menggunakan tangan
  • Sulaman menggunakan benang bertona
  • Baca Juga Fakta Fakta Menarik Yang Lain :

Sulam cabut merupakan satu seni sulaman Sarawak yang kebiasaannya dibuat pada hujung lengan baju Melayu dan baju kurung serta poket baju Melayu. Namun begitu, seni sulaman ini kurang kelihatan pada zaman millenial ini kerana kekurangan individu yang mahir menyulam teknik cabut ini.

Fakta Tentang Sulam Cabut Sarawak, Seni Sulam Trending Zaman 90an
Fakta Tentang Sulam Cabut Sarawak, Seni Sulam Trending Zaman 90an. Kredit : Erpha Ahdayani Othman via CikguEmmet.com

Untuk artikel kali ini, kami kongsikan beberapa fakta menarik tentang sulam cabut tradisi masyarakat Melayu Sarawak ini.

Seni sulaman yang unik ini dikatakan popular pada sekitar zaman 80-an hingga 90-an

Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Sulam Cabut Sarawak, Seni Sulam Trending Zaman 90-an
Kredit : FB Erpha Ahdayani Othman via JKKN Sarawak

Sulam cabut ini mendapat sambutan yang hangat sekitar tahun 80-an dan 90-an kerana ia menyerlahkan lagi aura si pemakai. Baju Melayu atau baju kurung yang disulam menggunakan sulam cabut ini biasanya nampak lain daripada yang lain kerana kebanyakan baju tradisional pada zaman tersebut mempunyai potongan ringkas dengan corak polos. Kebiasaannya, baju bercorak seperti ini menjadi satu trend apabila tibanya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban.

Baju yang dihias sulaman ini dianggap baju orang “have-have”

Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Sulam Cabut Sarawak, Seni Sulam Trending Zaman 90-an
Kredit : FB Erpha Ahdayani Othman via JKKN Sarawak

Sekiranya anda pernah memiliki baju sulaman ini pada zaman kegemilangannya, anda dikira sebagai orang ‘have-have’ atau orang yang agak senang pada ketika itu. Ini kerana harga baju bercorak sulam cabut ini agak mahal kerana ketelitian hasil sulaman yang memerlukan dedikasi masa dan kemahiran yang tinggi.

Menurut laman web Cikgu Emmet, pada sekitar tahun 90-an, harga sepasang baju Melayu yang lengkap bercorak sulam cabut ini boleh mencapai harga sekitar RM 80. Pada waktu itu, jumlah tersebut merupakan jumlah yang agak besar memandangkan ia hampir mencecah 10% daripada sumber pendapatan.

Tiada mesin, hanya disulam 100% menggunakan tangan

Kredit : FB Kolej Komuniti Mas Gading

Walaupun kini terdapat mesin yang boleh menyulam pelbagai jenis corak, namun sulaman cabut ini hanya dapat dihasilkan menerusi kaedah manual iaitu menggunakan tangan. Ini kerana terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum boleh mula menyulam seperti mencabut benang mengikut ira. Kalau tak, bukan sulam cabut lah namanya kan?

Sulaman menggunakan benang bertona

Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Sulam Cabut Sarawak, Seni Sulam Trending Zaman 90-an
Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Sulam Cabut Sarawak, Seni Sulam Trending Zaman 90-an

Untuk menghasilkan corak sulaman cabut yang timbul dan menyerlah, para penyulam lebih gemar menggunakan benang bertona. Benang ini juga digelar benang DMC dan ianya lebih dikenali dalam kalangan penyulam kerana ia mampu memberikan kesan realistik pada sulaman.

Antara corak yang popular ialah seperti ;

  • Corak batu bata
  • Corak pucuk rebung
  • Corak anyam ketupat
  • Corak bunga raya
  • Corak jujuran
  • Corak tali air
  • Corak tampal tapak kaki itik dan ayam
  • Corak tampuk manggis
  • Corak tikar mengkuang
  • Corak tulang belut
  • Corak bunga cengkih
  • Corak pelita hati
Kredit : sulamsarawak.blogspot.com
Kredit : sulamsarawak.blogspot.com
Kredit : FB Erpha Ahdayani Othman via JKKN Sarawak
Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Sulam Cabut Sarawak, Seni Sulam Trending Zaman 90-an
Kredit : FB Erpha Ahdayani Othman via JKKN Sarawak
Kredit : FB Erpha Ahdayani Othman via JKKN Sarawak
Kredit : FB Kolej Komuniti Mas Gading

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sulaman ini adalah benang bertona, kain, pencabut benang, ram dan pembaris. Secara asasnya, saiz sulaman akan ditanda terlebih dahulu sama ada sebesar 10 cm atau setengah inci. Kemudian, benang akan dicabut satu persatu mengikut ira kain pada bahagian yang telah ditanda.

Ram kemudiannya dipasang bagi mengetatkan kain dan memudahkan proses sulaman. Benang kemudian dimasukkan menerusi bahagian kain yang telah ditarik benangnya dan disulam mengikut kreativiti si penyulam. Boleh tahan rutit juga kerjanya.

Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Sulam Cabut Sarawak, Seni Sulam Trending Zaman 90-an
Ram yang digunakan untuk mengetatkan kain semasa kerja-kerja menyulam. Kredit : FB Erpha Ahdayani Othman

Walau bagaimanapun, seni ini semakin dipinggirkan dengan kehadiran fesyen-fesyen baru busana tradisional. Apatah lagi seni sulaman ini kurang diberikan perhatian berbanding seni songket Sarawak dan keringkam.

Kepada generasi muda yang berminat dengan seni sulaman cabut Sarawak ini, eloklah dipelajari agar ianya tidak lenyap ditelan seni fesyen yang sentiasa berubah-ubah.

Baca Juga Fakta Fakta Menarik Yang Lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Lelaki Di Tahan Di Kuching Kerana Cuba Menjual Telur Penyu 2 Lelaki Di Tahan Di Kuching Kerana Cuba Menjual Telur Penyu
Next Article Raih 15 Pingat Emas, Akademi Tarian Tyng Harumkan Nama Sarawak Di Kejohanan Dancesport Antarabangsa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?