• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Family Trip Ke Hatyai, Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Dari Kuching

Oleh
Aina Musa
13 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Family Trip Ke Hatyai, Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Dari Kuching

Ini panduan untuk anda yang kaki travel

Family Trip Ke Hatyai, Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Dari Kuching. Sebut sahaja Thailand pasti anda terbayang pelbagai pilihan makanan kerana Thailand boleh dikatakan ‘syurga makanan’ kepada kaki travel dan food hunter. Malah, terdapat banyak destinasi pilihan yang boleh anda lawati seperti Bangkok, Hatyai, Krabi dan banyak lagi.

Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda satu perkongsian oleh Faizah Li menerusi laman Facebooknya. Dalam hantaran tersebut, beliau berkongsi tips dan panduan ke Hatyai dari Kuching.

Family Trip Ke Hatyai, Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Dari Kuching. Kredit: Faizah Li

Menariknya hantaran kali ini, beliau berkongsi panduan percutian ke Hatyai bersama keluarga.

Berikut adalah kesimpulan, perkongsian tip dan itinerari beliau untuk ke Hatyai:

Perjalanan

  1. Tempah tiket dari Kuching ke Penang. Disarankan untuk mengambil penerbangan awal pagi.
  2. Dari lapangan terbangan terus ke stesen Kereta api KTM Butterworth dengan menaiki Grab.
  3. Dari KTM Butterworth beli tiket ke Padang Besar. Tiket berharga RM 11 untuk dewasa manakala RM 5 untuk kanak-kanak. Perjalanan pula mengambil masa sekitar 2 jam. Disarankan untuk membawa bekalan makanan sendiri memandangkan perjalanan mengambil masa yang lama.
Family Trip Ke Hatyai, Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Dari Kuching

4. Dari Stesen Padang Besar, ada 3 cara untuk ke Hatyai

  • Naik kereta api Thailand (Harga tiket RM 10 ke bawah)
  • Naik van RM 30 (pusat perhentian van terletak di atas stesen KTM
  • Bas

Untuk trip kali ini, beliau memilih menggunakan van dari Stesen Kereta api Padang Besar ke Hatyai. Dari KTM Padang Besar, ‘supir’ akan membawa penumpang ke Imigresen dan terus ke hotel.

Anda tidak perlu risau ‘mengheret’ bagasi dan barangan anda jika dibandingkan menaiki kereta api ataupun bas. Sangat memudahkan!

Tambahnya, supir akan terus menyerahkan borang kemasukan pelancong ke Thailand. Sangat berbaloi, efisien dan mudah!

Menariknya, van mereka siap dilengkapi dengan wifi.

Untuk penginapan pula, mereka menginap di Siam Mansion. Difahamkan, hotel ini antara hotel yang sangat disyorkan oleh kaki travel kerana bersih, murah dan semestinya cantik.

Hatyai syurga makanan buat pelancong

Dalam perkongsian itu, beliau sempat ke Pasar Terapung yang cukup terkenal di wilayah Hatyai, Songkhla.

Family Trip Ke Hatyai, Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Dari Kuching

Ada berbagai jenis Thai street food yang dijual di sini. Jika anda pencinta makanan Thai, tidak keterlaluan jika kami katakan yang Pasar Terapung ini memang syurga makanan Thai!

Bukan itu sahaja, beliau berkesempatan berkunjung ke kedai serbaneka 7 Eleven. Walaupun di Malaysia ada kedai serbaneka 7E ini, tetapi boleh dikatakan ramai yang lebih menggemari cawangan di Thailand.

Family Trip Ke Hatyai, Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Dari Kuching

Macam-macam jenis makanan ada. Snek yang dijual di sini pun boleh tahan menarik juga.

Family Trip Ke Hatyai, Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap Dari Kuching
rupa van yang dinaiki

Untuk perjalanan balik pula, sekiranya anda ingin menggunakan khidmat van itu semula anda disarankan untuk membuat tempahan sehari lebih awal.

Untuk yang berniat untuk melancong ke Hatyai bersama keluarga mahupun kawan-kawan bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai panduan untuk anda!

Bercadang untuk bercuti? Boleh rujuk di sini:

Seperti Berada Di ‘Jurassic World’, Ini Itinerari 2 Hari 1 Malam Menerokai Syurga Tersembunyi Bengoh Dam
Itinerari Santai 3 Hari 2 Malam Ke Kuching (Kemaskini 2023)
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Harga Untuk Kayangan', Lagi Sekali Harga Tiket Masuk Kampung Budaya Jadi Bualan Netizen ‘Harga Untuk Kayangan’, Lagi Sekali Harga Tiket Masuk Kampung Budaya Jadi Bualan Netizen
Next Article Penemuan Mengejutkan, 49 Biji Telur Buaya Dijumpai Di Taman Malihah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?