• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guna Laluan Khas, Sarawak Metro Tegas ART Tidak Kongsi Jalan Dengan Kenderaan Lain

Oleh
Nazihah AN
3 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Guna Laluan Khas, Sarawak Metro Tegas ART Tidak Kongsi Jalan Dengan Kenderaan Lain

Sarawak Metro menegaskan bahawa ART guna laluan khas

Guna Laluan Khas, Sarawak Metro Tegas ART Tidak Kongsi Jalan Dengan Kenderaan Lain. Sarawak Metro Sdn Bhd mengumumkan bahawa kenderaan Autonomous Rapid Transit (ART) akan beroperasi di lorong yang diperuntukkan khususnya dan tidak akan berkongsi jalan dengan pengguna jalan raya lain, menurut satu siaran akhbar.

Menerangkan lanjut, lorong yang diperuntukkan ini akan sama ada berada pada taraf permukaan jalan (at-grade) atau ditinggikan. Kenderaan ART menggunakan tayar getah dan oleh itu lorong khusus akan menjadi tanpa jejak

Guna Laluan Khas, Sarawak Metro Tegas ART Tidak Kongsi Jalan Dengan Kenderaan Lain
Guna Laluan Khas, Sarawak Metro Tegas ART Tidak Kongsi Jalan Dengan Kenderaan Lain

Langkah ini juga dianggap sebagai pemangkin dalam memajukan inisiatif Sarawak

Operasi ART akan disokong oleh rangkaian bas pengantara, yang juga akan menggunakan kenderaan bertenaga hidrogen untuk menyediakan sambungan ‘batuan pertama dan batuan terakhir’ bagi pengguna.

Inisiatif penggunaan hidrogen ini adalah untuk menyokong aspirasi kerajaan Sarawak dalam memperkembangkan ekonomi hidrogen dan menyahkarbon pengangkutan awam di negeri tersebut.

Selain daripada menguruskan perubahan iklim, langkah ini juga dianggap sebagai pemangkin dalam memajukan inisiatif Sarawak untuk menjadi sebuah negeri yang maju menjelang tahun 2030.

Guna Laluan Khas, Sarawak Metro Tegas ART Tidak Kongsi Jalan Dengan Kenderaan Lain

Fasa 1 Projek KUTS dijadualkan mula beroperasi secara berperingkat, mulai suku keempat 2025.

Kenderaan ART pelepasan sifar itu merupakan tulang belakang Projek KUTS, projek yang dibiayai kerajaan Sarawak bertujuan untuk memodenkan sistem pengangkutan awam di negeri ini.

Projek KUTS akan dibangunkan secara berperingkat dan Fasa 1 adalah untuk pembangunan tiga garisan – Garisan Biru, Garisan Merah dan Garisan Hijau.

Guna Laluan Khas, Sarawak Metro Tegas ART Tidak Kongsi Jalan Dengan Kenderaan Lain
Guna Laluan Khas, Sarawak Metro Tegas ART Tidak Kongsi Jalan Dengan Kenderaan Lain

Laluan Biru, meliputi jarak 27.5km, adalah dari Rembus di Kota Samarahan ke pusat bandar Kuching; Laluan Merah (12.3km) adalah dari Kuching Sentral ke Pending; dan Laluan Hijau (30km) dari Pending ke Damai Central.

Lagi artikel semasa, anda boelh baca di pautan bawah:

Kerajaan Persekutuan Lapor Tiada Permintaan Rasmi Tukar Status Sabah Sarawak Ke Wilayah Persekutuan
Beza Agama Bukan Penghalang, Netizen Terharu Lihat Pasangan Cina Ziarah Kubur Anak Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Elak Sihir, Jangan Biar Pinggan Kotor Dalam Singki Dan Pakaian Dijemur Sampai Malam
Next Article Padah Curi Telefon Bimbit Dan Wang Tunai RM25, Penggangur Dipenjara Empat Bulan Di Kuching Padah Curi Telefon Bimbit Dan Wang Tunai RM25, Penggangur Dipenjara Empat Bulan Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?